Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...
Hari Isnin (31/1/22) yang lepas masa ramai yang balik kampung, aku ambik kesempatan pergi Nitori kat Lalaport. Tak pernah rancang pun nak pergi ke sana, tempat tu dulu kan tapak .......
Kedai banyak lagi belum buka dan parking pun banyak kosong. Aku pergi berdua dengan En Hubby je, anak-anak tinggal.
Ikea versi Jepun tapi alahaiiii kocik aje.
Piring kocik ni RM12.90... tak sampai hati nak beli.
Konit aje milk pitcher ni tapi harga amboiii. Ni kocik bona nak isi apo ni?
Perabot versi Jepun... semua versi kecik-kecik, sesuai ler dengan rumah kita yang kecik. Mengamit kenangan masa duduk kat Jepun dulu. Semua kecik-kecik.
Super Absorbent Sponge... harga pun boleh tahan, Span aje kot.
Sekarang ni ramai yang minat spesis bakul ni, tapi harga kat sini aku tak pasti lebih mahal atau lebih kurang dengan Ikea atau Sportlight.
Bakul ni jumpa sebiji kat Mr DIY kat situ jugak RM39. Yang ini kiri kanan depan belakang ada lubang tempat nak pegang tu tapi yang kat Mr Diy tu aku tak pasti pulak.
Sebab utama pergi sini sebab si N Cool ni. Dari sejuk hingga super sejuk. Sesuai ler untuk bilik tidur yang tak ada air cond macam bilik aku.
Aku hanya mampu tengok dan sentuh aje spesis N Cool ni. Tak sampai hati nak beli.
comel -comel tapi harga dia tak comel kak hehehe. Terus dana google harga n cool tu... aduhai boleh tahan regenya ye. Tapi kot sekali beli ok jugak kot kak hehehhe
ReplyDelete