Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Lama dah terperap n3 ni kat dalam draf tu. Congo bar ni Amy buat sebelum Irfan ambik PT3 tahun lepas.

Resepi ni sangat senang, tak payah mixer. Boleh aje kalau nak tambah kekacang atau cransberry.

Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang
Nampak macam kering sikit sebab panas-panas terus potong ... kes tak menyempat.


Tak boleh bebel panjang-panjang, banyak lagi yang kat dalam draf tu yang menunggu.

Amy sharekan di sini resepi ni untuk rujukkan masa hadapan. Lagi pun senang kalau letak kat sini, pergi mana-mana tak payah bawa buku resepi. 

Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang

Congo Bar.

75g butter - Amy guna scs
120g gula perang
 1 1/2 telor A - puas nak setengahkan dia.
1 sk esen vanila
155g tepung
1 1/4 sk baking powder
100g chocolate chip


Caranya :-
- ayakkan tepung dan baking powder.
- griskan loyang 7 inch, alas kertas. Biarkan kertas tu lebih dari loyang, senang tarik keluar nanti.
- Panaskan oven 150℃ selama 5-10 minit.

1. Cairkan butter
2. masukkan gula perang - kacau sebati.
3. Masukkan telor dan esen vanila - kacau lagi.
4. masukkan tepung kacau - sebati aje, jangan kacau lama-lama
5. masukkan chocolate chip - kaub balik bagi rata.
6. masukkan ke dalam loyang dan bakar 35 minit atau sehingga masak - Amy tambah lagi 10 minit.

*** tips - bila dah masuk bahan kering jangan kacau lama takut batat... 😉 *** 

Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang

Guna lesung batu ... heheh.

Amy tambah masa bakar 10 minit lagi kerana takut dalam dia rasa macam tak berapa masak, melekat kat lidah.


Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang

Comments