Baru Dua Minggu...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Cerita Jumaat minggu lepas, baru dua minggu beli vest tapi vest tu dah tak cantik lagi dah.


Perpustakawan SK Seri Bintang Utara.

Rasa nak pengsan sekejap bila nampak vest si Nasiim ni masa tu. Hadoiiii. Kalau harga dia RM14 oklah boleh beli satu lagi tapi harga dekat RM43. Itu pun Amy pergi cari kedai yang paling murah. Baju kuning tu RM26 ada satu kedai tu jual sampai RM49 tapi kain, jahitan dan 'cutting' dia cantiklah.

Bila tanya baru dia perasan vest dia dah jadi macam tu. Entah manalah dia gosokkan... agaknya meja kot.


Perpustakawan SK Seri Bintang Utara.

Hari Jumaat lepas kelas KAFA tak ada jadi kenalah ambil tengah hari. 

Selalunya kalau ada kelas KAFA, Amy akan ambil petang. Bekalkan baju dan songkok dalam beg siap-siap. Kalau KAFA yang dulu yang kat PPR sebelah rumah kena pakai baju melayu putih tapi KAFA yang kat sekolah ni pakai kemeja sekolah yang putih tu aje. 

Tip Kurus : Bersarapan Dengan Sihat.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Sarapan pagi sepatutnya hanya 20%-30% daripada kalori kita seharian. Cabarannya kita pagi- pagi dah masuk nasi lemak, mee goreng, lontong yang 400-500 kcal ke atas. Katakan kenyang makan pagi pastu lunch lewat, makan pukul 3 -500 kcal lagi, petang pisang goreng pukul 4 - 400 kcal lagi. Malam pulak makan lewat ke awal ke balik ke kalori juga.


tip kurus healthy breakfast



BAGAIMANA NAK BERSARAPAN DENGAN SIHAT?

PERTAMA : fokus makanan yg berprotein sihat( bukan haiwan) dan berfiber (tinggi serat) dan ada nilai nutrition yang maksimum dan OPTIMAL  lagi tinggi khasiat vitamin yang ada lagi bagus.

KEDUA : NO HIGH KARBO awal pagi.  Hanya fokus pada fiber dan protein yang sihat dan sikit karbo yang sihat.

KETIGA : KALORI YANG BELOW 300
Mostly rutin masyarakat kita akan bersarapan lebih kurang 600-800 kalori untuk satu hidangan. Bayangkan sarapan saja, kita dah guna dekat 60% kalori harian yang sepatutnya hanya :

30% : Breakfast
40% : Lunch
20% : Dinner
10% : Snacking Pagi & Malam

- berapa kalori nutrisi yg kita ambik seawal pagi ?

healthy breakfast

Apakah makanan yang bagus masa sarapan?

Makanan yang bagi minyak ron97 ke badan , ada cukup khasiat, micronutrients, ada fibre dan memberi kebaikan .

Sebaiknya protein baik supaya kita bagi minyak yang baik untuk badan kit .

Tak semestinya yg sedap di mulut bagus untuk badankan. 

Penyakit skrg mostly semua berpunca dari PEMAKANAN , pastikan sarapan betul, supaya insulin tak buat keje teruk pagi-pagi.


Happy Breakfast Semua

Pokok Touge ... Pokok Kacang Hijau

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..


 Amy tak taulah kenapa anak-anak Amy tu suka tanam pokok ni. 
Entah bila masa diorang buat kerje tetiba nampak anak pokok dah besar dah.

anak pokok kacang hijau

Patutlah diorang tanya Amy pernah tengok pokok kacang hijau ke tak. Amy pun tak delah syak apa-apa masa tu. Rupanya pokok touge dah jadi pokok kacang hijau daaaa.

FM Dari London ...Terima Kasih Daun Keladi.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Rumah Amy ni blok lain peti surat pulak kat blog lain tu yang sebulan sekali dua aje pergi jengguk peti surat tu.. heheh.

terima kasih

Berdasarkan timbunan surat kat dalam peti tu Amy rasa dah dua tiga hari sampul pos ekspres ni sampai.

Terima kasih Anies kerana sudi poskan Amy FM dari London ni. Bukan senang nak dapat ni. Kalau nak tunggu pergi sana... entah bilalah kan. 

Amy suka singgah blog Anies baca citer JJCM dia. Tak dapat pergi ... dapat baca dan tengok gambar pun jadilah kan..😀.



Terima kasih

Alhamdulillah, bertambah dah koleksi FM kat peti sejuk tu. 

Bebelan sendiri: Anies dah update banyak tempat dah. Aku ni pulak entah bilalah nak habiskan citer kat spain tu, dah bertahun dah...😓

Banyaknya Kereta Pagi Ini.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


 Hari ni pepagi lagi dah bising dengan bunyi hon kereta. Pelik pulak, selalu senyap aje. Jengah kat balkoni rupanya... banyaknya kereta. Yang nak parking lain yang nak jalan lain. 

kereta, PGRM

Amy tak taulah ada acara apa kat PGRM tu tapi setiap kali ada acara mesti keliling rumah Amy ni penuh dengan kereta. Nak pulak kalau ada seminar DAO, sampai hari Ahadlah penuh dengan kereta.

Parking pelawat kat bawah rumah Amy ni mesti penuh. Sebelum ni ada jugak yang parking dalam kawasan rumah Amy ni, sekali bersusun yang kena kunci tayar.

Yang paling tak best, hari Jumaat sesi persekolahan habis pukul 12 dan 12:30 tengahhari, ada 4 buah sekolah kat situ. Diorang pulak parking sampai ke sekolah. Parking lot untuk ibu bapa pun diorang guna... dah lah bila nak ambil anak-anak ibu bapa tak de tempat nak parking kereta. Bila kereta tu penuh kat jalan dahlah jalan kat situ jem.


why muslim wearing hijab

Jawapan yang bijak. 

Mesti dah ramai yang dapat whatsapp benda ni kan. Saja nak memanjangkan post hari ni... Amy tepek kan di sini.

Rupanya Korang Yang Punya Kerja !

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah dua tiga hari Amy perasan daun bunga melor tu dah kena makan. Selak sana selak sini tak jumpa pulak sapa penjenayahnya. Lastnya, Amy potong dahan-dahan pokok tu. 

ulat daun

Semalam Amy tengok ada lagi daun yang kena makan... tak boleh jadi. Tak pasal-pasal kena siasat daun tu satu persatu. Dah macam polis pulak... hahaha. Akhirnya jumpa 2 ekor penjenayah yang bertanggung jawab.  Puas hati aku. Dah dekat 8 tahun duduk kat rumah ni... pokok melur tu pun dah bertahun-tahun hidup, tak pernah pulak ada yang berkenan. Tetiba aje ada peminat pelik pulak rasanya.

10 Tips Kurus Semasa Makan Kenduri

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Azam nak kurus tapi terhalang sebab kenduri. Benda ni memang selalu terjadi pada diri Amy sendiri. Nak pulak kalau satu hari tu ada lebih dari satu kenduri.

Sekarang ni menu kenduri ada macam-macam. Nasi dan lauk Amy tak heran sangat tapi yang lain tu yang tak tahan godaan. Ada mee, roti jala, ABC, cendol, bubur dan pengat dan macam-macam lagi.




 Tips Kurus Semasa Makan Kenduri

Tips Kurus semasa kenduri, semoga bermanfaat. 

1. Jangan Skip Sarapan pagi. Mentang-mentang tengahari nak makan kenduri, skip sarapan atas sebab tengahari nak makan lagi.  Ingat  Skip Sarapan boleh menggemukkan.
- Ambik full nutrition seawal pagi.  

2. Jika kenduri itu agak jauh dari rumah pastikan alas perut sebelum pergi kenduri. Ambil snek ringan seperti buah atau roti gandum supaya tidak terlalu lapar atau epal hijau

3. Ikut portion makanan seimbang. Jangan makan macam tak makan sepuluh tahun ya. Hehe
- Kena selalu ingat, 30% karbohidrat , 40% protein sihat dan baki fiber dan lemak sihat.

4. Pilih nasi putih jika ada pilihan selain nasi minyak.

5. Elakkan makan daging, pilih hidangan ayam dan sedikit kuah.

6. Penuhkan pinggan dgn  sayur dan buah..makan ini dulu sebelum makan nasi.

7. Elakkan minum air manis. Untuk lebih selamat bawak air mineral dalam botol kecil dan simpan dalam beg manalah tau tempat kenduri tu tak sediakan air mineral.

8. Elakkan makan dessert yang manis. Jika teringin, ambil portion yang sedikit atau berkongsi. 

9. Jika terdapat lebih dari 1 kenduri pada hari yang sama, makan sedikit untuk setiap kenduri dan kurangkan nasi. 

10. Makan perlahan dan enjoy makanan anda. Otak kita ambil masa 20 minit untuk beritahu kita sudah kenyang. 

Tak salah sekali sekala menjamu selera. Its all about balance. Selamat Makan Kenduri ! 

Last sekali , back to "niat" kita pergi utk ukhwah dan silaturahim .. Bukan nak meriahkan lemak kita 😂😂😂.. 

Kempen Minum Air Kosong - Dapat Botol Air

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Semalam Faris dan Nasiim bawa balik botol air besar siap dengan logo sekolah. Rupanya semua murid dapat botol air ni dan kebetulan Faris dan Nasiim dapat warna yang sama. 

Kempen Minum Air Kosong - Dapat Botol Air


Kalau dah satu sekolah ada botol yang sama dan ramai pulak ada warna yang sama jadi kenalah tulis nama. Penutup pun Amy tulis nama sekali mana tau nanti ada pulak kes penutup hilanglah, penutup tertukarlah. Budak-budak... faham ajelah.


Kempen Minum Air Kosong - Dapat Botol Air

Rupanya semalam SK Seri Bintang Utara buat kempen minum air kosong dan semua murid dapat botol air.

Kempen Minum Air Kosong - Dapat Botol Air

Anak-anak Amy memang bawa air kosong ke sekolah. Kalau nak beli air, Amy tak galakkan diorang beli selain air kosong lagipun harga air lain tu mahal. 

Guru Mengaji ...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Tempat Amy ni susahnya nak mencari guru mengajar mengaji. Dulu masa anak-anak Amy sekolah KAFA yang lama, habis kelas ada guru yang mengajar mengaji. Bila dah pindah KAFA sekolah kebangsaan dah tak ada guru yang mengajar mengaji.

Tiga tahun yang lepas, ada guru mengaji yang datang ke rumah. Dua tahun dia mengajar sebelum pulang ke pangkuan illahi. Lama jugak anak Amy tak ada guru mengaji, maksud Amy... guru yang sebenarnya, guru yang ada ilmu yang mendalam. Bukannya tak ada guru tak mengaji, selain dari Amy dan en hubby yang ilmu cetek ni,  hujung minggu diorang akan mengaji dengan nenek diorang. 


guru mengaji

Alhamdulillah, sekarang dah dapat guru mengaji. Lega. 


Pengiraan Kalori Badan Boleh Bakar

Assalammualaikum dan Salam Jumaat..

Jom kita kira berapa kalori yang badan kita boleh bakar. Amy kononnya memula nak kira tapi bila dah ada depan mata selalu 'fail' 😅.






Kategori Makanan Rutin

Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
Roti putih (2 keping) = 156 kalori
Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

*Kategori buah - buahan*

* Tembikai (sepotong) = 20 kalori
* Betik (sepotong) = 45 kalori
* Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
* Durian (5 ulas) = 64 kalori
* Limau (sebiji) = 42 kalori
* Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
* Nenas (sepotong) = 59 kalori
* Epal (sebiji) = 63 kalori
* Ciku (sebiji) = 44 kalori
* Mangga (sebiji) = 103 kalori



Kategori Lauk Pauk
* Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
* Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
* Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
* Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
* Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
* Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
* Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
* Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
* Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
* Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
* Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
* Taufufa goreng (sekeping) = 110 kalori
* Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori Kuih Muih

* Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
* Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
* Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
* Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
* Popia goreng (satu) = 130 kalori
* Popia basah (satu) = 95 kalori
* Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
* Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
* Karipap (sebiji) = 130 kalori
* Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
* Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Kategori: Makanan Segera
* Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
* Nugget ayam (satu) = 60 kalori
* Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
* Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
* Burger keju (satu) = 425 kalori
* Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
* Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
* Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Uji Mata Rehatkan Minda.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi ni n3 simple aje. Jom kita uji mata dan rehatkan minda.

uji mata rehatkan minda

Agak-agaknya tangki yang mana penuh dulu?

Tabung 52 Minggu ... Jom Kita Menabung.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahun lepas Amy menabung duit RM20, Alhamdulillah dengan duit tu kami pergi bercuti di Port Dickson dan Melaka. Duit minyak, tol, hotel dan makan semuanya kami guna duit tabung tu. 

Tahun ni Amy tak dapat kumpul duit RM20 tu sebab setiap kali dapat RM20 tu lebih banyak dari duit RM10 dan RM5. Nak tak nak kenalah juga guna duit RM20 tu.

tabung 52 minggu

Tahun ni hangat citer pasal cabaran menabung 52 minggu. Rasanya  tahun lepas lagi Amy dah dengar pasal cabaran ni tapi baru sekarang tergerak nak buat. 

Ramai kawan Amy yang dah mulakan cabaran ni dari bulan Januari. Amy pulak baru nak start ... terpengaruh punya pasal. 


tabung 52 minggu

Kebetulan kat rumah ni ada balang kuih raya ni aje yang ada ... jadilah. Kalau guna mason jar mesti lagi cantik... mesti lagi bersemagat nak menabung.

Amy buat dua sebab satu nak bagi kat En Hubby tapi macam risau aje nak suruh dia letak kat opis tu. Takut lesap. 

Digi - Free Youtube Service 14 Feb 2017.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Amy terima mesej dari Digi ni semalam. Percuma Youtube services hari ni sahaja. Bolehlah mengadap youtube dari pagi sampai malam... hahaha. Entah bilalah nak mengadap tu agaknya.








Tempahan Sandwich Untuk Pelbagai Majlis.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Ada tak pengemar sandwich yang singgah di sini?. Hari ni Amy nak promote sandwich sahabat satu kelas Amy masa sekolah menengah dulu. Ramai sahabat Amy yang repeat order. Selain untuk makan sendiri, diorang selalu jugak order untuk majlis dan makan-makan di pejabat. 


tempahan sandwich

Jika ada yang teringin nak makan sandwich tapi sibuk... tak sempat nak buat sendiri atau tak sempat nak turun lunch bolehlah tempah kat Enai. Dia juga ambil tempahan sandwich untuk pelbagai majlis.


Buat masa sekarang ada dua jenis sandwich yang boleh ditempah iaitu sandwich telor dan sandwich tuna. 


Sandwich untuk di order

Kawan Amy ni tinggal di Teluk Panglima Garang dan Cod ke Shah Alam, Kemuning, Putrajaya dan Subang.

Jika ada yang berminat nak buat tempahan bolehlah hubungi:

Enai : 012-933 5190.




Cerita Minggu Lepas...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Minggu lepas en hubby cuti jadi blog Amy ni pun turut bercuti jugak 😅. Masa nilah nak ke sana ke sini selesaikan urusan yang kena pergi waktu office hour aje, Sabtu Ahad tak buka.

Mencari Langsir

Selain selesaikan urusan "waktu pejabat" tu, kami ke Jakel dan Ikea untuk tengok langsir. Langsir yang berkenan kat Jakel tu paling murah pun RM25 semeter tingkap pulak ada banyak. Kesian Amy nak menjahit... kesian en hubby nak 'mendrill' bebanyak tu. Ingatkan nak suruh diorang jahit dan pasang sekali (termasuk drill). Upah jahit aje RM18 semeter ... kira punya kira ada tingkap yang kainnya lagi murah dari upah jahit. Kalau $$$ banyak dalam tabung tak pelah jugak. Jadi terpaksalah en hubby drill sendiri, Amy kena jahit sendiri... huhuhu. Kami pun balik dengan tak beli apa-apa.

Dari jakel kami terus ke Ikea. Kami beli rod langsir untuk 2 tingkap dulu, sepasang ready made langsir RM49 dan 2 blind untuk dapur RM9+ satu. Itupun dah habis dekat RM500. Berkira-kira jugak nak membayarnya. Kalau macam nilah... kenalah beli sikit-sikit. Pakai dulu langsir MIL yang ada, nampak tergantung pun tak pelah janji bertutup.
Cuti Taipusam kami ke Pajam, pergi tengok perkembangan kerja-kerja baiki defact dan pasang langsir di bilik belakang. Toilet yang boleh digunakan hanya bilik tu aje walaupun air kena masukkan sendiri kat dalam tong air dia. Bila dah pasang langsir tu bolehlah buat apa yang nak dibuat sebelum masuk toilet.


periksa dan baiki Iphone

I phone en hubby tetiba buat hal pulak... kompas tak boleh bergerak  . Puas jugaklah dia mencari mana silapnya dan di
mana hendak dihantar. Bila dah cek online dengan Singapore, diorang suruh pergi QCD di Berjaya Times Square. Amy ingatkan kena pergi KLCC rupanya k tempat lain daaa. Amy pun tak tau apa bezanya. 

Sekianlah cerita "alasan tak up date blog minggu lepas". Yang sebetulnya malas nak curi masa... heheh. Nanti Amy slow-slow buat BW ye... 

Resepi Cheese Cake Yang Mudah Dan Sedap

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

En hubby minta tolong buatkan kek untuk dibawa ke opis. Setelah tolak tambah 😂, Amy pilih kek cheese sebab resepinya yang simple, mudah dan yang penting sedap.

Semalam puas mencari resepi cheese cake yang selalu Amy buat dulu. Resepi tu Amy dapat daripada Kak Anie (biras). Dalam buku resepi tak ada dalam komputer tak ada dan dalam blog ni pun tak ada. Pelik betul manalah Amy simpan resepi tu. 

Akhirnya Amy buat ikut resepi yang dalam kepala... ingat-ingat lupa, nasib baik jadi 😁. Jadi hari ini Amy nak letak resepi tu kat sini supaya tak hilang lagi... heheh.

kek keju yang senang dan sedap
 Lampu kuning kek pun nampak kuning.




Cheese Cake 

250g biskut oreo - dikisar
100g butter- dicairkan. (Amy guna kurang daripada tu)

500g cream cheese di potong kecil - Amy guna philadelphia.
150g gula castor - tak suka manis boleh kurangkan sikit.
3 biji telor saiz A
1 sk esen Vanila.


Caranya:

Panas kan oven terbih dahulu.
1. Gaulkan butter yang telah dicairkan dengan biskut oreo.
2. Masukkan dalam loyang dan ditekan-tekankan sehingga rata.
3. Bakar sekejap aje dalam 10 minit.
4. Biarkan sebentar.


- Putar cream cheese sehingga gebu. Amy keluarkan dr peti , potong kecil kecil dan putar. Tak perlu tunggu suhu bilik, nanti tak sedap.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga sebati.
- Masukkan telor satu per satu sehingga sebati - jangan pukul laju. sekadar nak sebatikan sahaja.
- Masukkan esen vanila dan gaul rata.
- Ambik sedikit adunan untuk dicampurkan dengan sedikit serbuk koko untuk buat lorekan.
-Tuang ke atas lapisan biskut oreo yang suam.
- Akhir sekali bolehlah buat lorekkan yang kita suka guna campran cheese dengan koko tadi. Amy bantai aje.
- Di Dalam oven, letakkan loyang yang berisi air di bawah loyang kek dan bakar sehingga masak. Api jangan kuat sangat nanti merekah.
- Amy bakar 160c - 40 minit api atas bawah dan 10 minit lagi 170c. 

Dah lama tak buat suhu pun lupa jadi kenalah guna kaedah "try test".


Rumah seri Pajam - Ambil Kunci Rumah Baru

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dekat seminggu tak up date blog ni hari ni kenalah rajinkan diri jugak... heheh. Minggu lepas kami dah dapat kunci rumah Pajam jadi sepanjang minggu cuti ni Amy dan keluarga berulang alik dari KL ke Pajam.

Citra Park, Seri Pajam

Alhamdulillah, akhirnya kami dapat memiliki rumah yang besar sedikit dan ada tanah. Gembira lihat anak-anak yang merdeka, berkejar-kejar keluar masuk rumah tanpa perlu rasa bimbang. Yang penting pintu pagar depan kena kunci supaya diorang tak keluar ke jalan. 


citra park seri pajam

Inilah yang kami dapat masa pergi maintenance office. Masking tape yang basar tu Amy punya, diorang bagi yang kocik tu.



citra park seri pajam

Memeriksa poin lampu, plug, suis dan semuanya yang ada dalam senarai handover key tu bersama wakil maintenance office seri Pajam.

citra park, seri pajam

Amy cukup tak puas hati betul tembok pemisah belakang. Rumah belakang dan rumah kami di bina berselisih... jadi bila jiran belakang buat sesuka hati dengan tembok pemisah tu, tembok rumah dia nampak cantik tapi tembok rumah kami pulak yang nampak macam cacat. Dah lah sekerat ada besi sekerat lagi tak ada boleh pulak cat atas lain bawah lain.... tiang tembok tu ada yang tinggi dan ada yang rendah. 



citra park, seri pajam
Tengoklah tembok depan rumah Amy ni. Walaupun pintu pagar berkunci tapi orang masih boleh masuk ikut tembok tu. Nasiim pun boleh panjat naik dari jalan tu. 

citra park seri pajam
 Rasa macam berkelah pulak. 

Hari Isnin minggu lepas keluarga En hubby datang sekali bersama kami. Kak Ida dari Paroi Jaya (Seremban) pun datang sekali. Meriah rasanya bila dah berkumpul ramai-ramai macam ni. 


citra park seri pajam

Dah mengaji Al Quran dengan neneknya baru dapat bermain. 


citra park seri pajam

Banyak berkeliaran kat luar rumah. Mula-mula datang anak Amy asyiklah mengadap sebab tak pernah jumpa...😂.