Gambar Kenangan Tingkatan 5, 1997.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...



SMBBS 1997

Sembang-sembang whatsapp tetiba seorang sahabat Amy hantar gambar ni. Gambar yang tak pernah Amy ada. Tak sangka dapat tengok lagi gambar tingkatan 5 tahun 1997 tu. Amy yang belakang sekali. Kebudak-budakan sungguh muka masa ni kan.

Masa ni kelas BI dan guru yang mengajar tu bernama Jaib Singh tapi kami semua panggil Cikgu Mr Bean sebab dia selalu buat gaya-gaya Mr Bean. Masa gambar ni diambil kami semua kena buat ala-ala ratu cantik, kena berjalan dan bercakap lepas tu tapi kami semua jalan tegak aje. budak lelaki pun kena jugak tapi bukanlah ala ratu cantik... 😅.

Kami tak berapa sangat dengan cikgu tu sebab ada aje aktiviti yang kita orang kena buat dan yang paling tak best kami kena buat pilihan raya sekolah. Kalau kelas kami aje oklah jugak tapi satu sekolah. Ahli politiknya tentulah murid-murid kelas kami. Siap berkempen bagai dan semuanya dalam BI.

Masa tu kami buat kerana terpaksa lepas-lepas tu barulah sedar kenapa cikgu tu bersusah payah untuk kami.

Masa sekolahlah masa yang paling best sekali dan masa yang paling tak best sekali ialah masa tanam anggur ... masa mencari kerja.

Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Hari Minggu di My Town, Cheras.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Ahad lepas kami ke My Town, Cheras untuk kali ke dua. Kali pertama kami datang minggu sebelum tu, kebetulan kami ke Ikea teruslah menjengah sekali My Town tu. Punyalah besar, kami jengah aje dan ambil Servis & Facilities booklet dulu. Malas nak naik satu-satu tingkat...tengok kedai apa yang ada ... jalan macam tak de hala tuju.



Hari Minggu di My Town, Cheras.

Minggu lepas kami ke sana lagi... terus tuju kedai mana kami berkenan nak 'melawat'... 😅.


daiso, my town cheras

Masih banyak lagi kedai yang belum dibuka. Yang dah dibuka pun banyak jugak. Ada parkson, GSC, Kaison, Daiso, MPH, Zara, H&M, Uniqlo, Mango Consept store, Village Grocer. Tempat makan pun ada banyak tapi Amy tak nampak pulak KFC ke MCD ke Pizza Hut ke. Tak buka lagi kot.

Daiso kat sini lagi besar dari Daiso di Maluri dan Pavilion.


Kaison, my town cheras

Lepas meyinggah di Daiso menyinggah pulak kat Kaison. Daiso, Kaison, MPH dan Cinema dekat-dekat aje. Dalam satu baris tak silap Amy.

Ini ialah kali pertama Amy pergi mencuci mata di Kaison. Selalu dok dengar citer aje sebab nak pergi jauh dari rumah. Sekarang ni dah dekat bolehlah pergi cuci mata selalu.

Kaison, my town cheras

Amy suka basikal ni...

Kaison, my town cheras

Yang ni pun Amy suka tapi harga dia....

Kaison, my town cheras

Rambang mata dah masuk dalam ni. Hajat di hati nak tengok wallpaper yang RM19 lebih tu tapi tak de yang Amy berkenan.

Kaison My Town, Cheras.

Kaison, my town cheras


Hari Minggu di My Town, Cheras.

Gambar untuk kenangan...



Hari Minggu di My Town, Cheras.

Anak soleh bertiga ni tak boleh dekat ada aje citer diorang. Pergi berjalan pun mulut mama dan mulut ayah dia tak boleh rehat.


Hari Minggu di My Town, Cheras.

 L3 ...
Sila abaikan Amy yang telah membesar, heheh.


Hari Minggu di My Town, Cheras.

Kat bawah ... berhampiran Ikea.

Hari Minggu di My Town, Cheras.

Ada ramai orang yang menjual...

Hari Minggu di My Town, Cheras.

Nampak sangat gambar tampal...

Hari Minggu di My Town, Cheras.

Yang ni keje en hubby.


Hari Minggu di My Town, Cheras.

Menyinggah kat Lavender. Amy suka beli roti kat sini, mahal sikit tapi sedap. Anak-anak Amy paling suka madeleine.

Hari Minggu di My Town, Cheras.

Dah lama tak mengopi... singgah sekejap kat JCO. Amy order coffee yang ada puding.. Amy pun tak ingat apa ntah nama dia. Donat pula hanyalah untuk anak-anak. Lepas tu kami ke Ikea beli hotdog dan karipap untuk makan tengah hari.

Ini ajelah kedai yang kami singgah... punyalah besar My Town tu. Tak larat nak tawaf. Anak-anak pun dah bising sebab penat berjalan.

Hari Minggu di My Town, Cheras.

Hasil tangkapan .... Beli di Kaison RM12.90.

Kesimpulannya... Amy suka cuci mata di My Town ni sebab ada macam-macam. Sediakan duit aje. 

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tetiba pepagi ni nak join GA .. heheh. Blogger Elsa buat GA ni untuk menyokong bisnes adik beliau. Jomlah kita memeriahkan lagi GA ni sebagai tanda sokongan kita.

Elsa akan memilih 5 orang pemenang. Syarat nak join pun senang tak de banyak citer.

Klik Banner untuk join...

Email: arifamy@gmail.com


Rumah Pajam - Apa dah Jadi ???

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah 2-3 minggu kami tak pergi menjengah rumah Pajam. Aduan kecacatan rumah yang kami hantar pada pihak management Seri Pajam awal bulan Februari tu masih lagi tak dengar khabar berita. 

Rumah Seri Pajam

Isnin minggu lepas kami ke sana nak tengok kot-kot lah dah siap kerja pembaikan diorang tu. Kami hantar sekali kain langsir mana yang dah siap dan bercadang nak pasang rod langsir sekali tapi bila masuk aje rumah .... 😱😱😱 ada air atas lantai ruang makan, tengok kiri kanan rupanya air jatuh dari atas siap ada lubang lagi.

Dari mana pulak datang air tu? Air hujan ke? Ada crack yang diorang tak tampal lagi ke? 



Rumah Seri pajam

Buka pintu kat dapur nampak lantai basah. Ingatkan tempias masa hujan lebat sekali donggak atas ... alamak air menitik keluar dari lampu. Apa hal pulak ni? Mana datang air pulak ni?

Rumah Seri pajam

 Rupa-rupanya air tu dari toilet bilik atas. Saja letak kertas nak bagi nampak macam terapung tapi tak berjaya pulak. Punyalah banyak air bertakung, dah boleh buat bela ikan. 

Tak taulah dah berapa lama diorang biarkan air tu bertakung. Amy tahu diorang buat macam tu sebab nak tengok tersumbat ke tidak. Tapi cepatlah cari mana bahagian yang tersumbat tu jangan dibiarkan air tu yang mencari jalan keluar sendiri. 

defect

Bahagian luar toilet yang dah jadi kolam. 

defect

Air tu dah sampai hujung yang satu lagi. Dari sini lah air tu jatuh kat ruang makan tingkat bawah.

Nasib baiklah benda ni terjadi masa ni. Bayangkan lah kalau dah duduk dan 'gerenti' untuk benda macam ni dah tak ada ... memang menangis lah jawabnya. Lepas ni kami pun nak buat macam ni toilet yang lain. Mana tau kot diorang tak test lagi. 

Ingatan pada yang baru beli rumah ... ceklah benda-benda yang macam ni. Banjirkan toilet tu 2-3 hari atau seminggu supaya boleh tengok kot-kot ada tersumbat atau bocor kat mana-mana. Nak repair bukannya sikit duitnya.

rumah seri pajam

Lubang air kat dapur pun masih lagi belum siap. Yang ni kalau tak repair betul-betul .... syok-syok kita basuh pingan mangkuk sedar-sedar aje dapur dah banjir, naya.

Lama betul nak siap .... semua kerja-kerja tu orang yang sama yang buat ke? Dia yang tampal retak, dia yang mengecat, dia yang repair paip, dia jugak ke yang repair benda-benda tersumbat ni?.

Rumah ni dah 2 tahun siap dibina. Kalau baru buat lainlah ... kena tunggu giliran. Rasanya kawasan Aria D tu rumah Amy satu aje yang hantar aduan kecacatan, rumah lain dah lama berpenghuni. 

Bubur Lambuk Kampung Baru Versi Kjee...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama sebenarnya gambar ni terperap dalam telifon tu. Nak tunggu langsir siap punya pasal, bubur dah kena makan tinggal gambar aje.

Bubur lambuk ni Amy buat minggu lepas atas permintaan en hubby yang bengkak gusi, sakit nak mengunyah. Resepi kjee ni dah lama Amy simpan tapi nak buatnya asyiklah bertangguh-tangguh. 

Alhamdulillah ... en hubby kata sedap tak tawar tak masin, Amy tak letak garam pun. Terima kasih kjee.

resepi bubur lambuk kampung baru


Bahan-bahan :

Secawan beras
Daging ikut suka banyak mana - Amy guna 5-6 ketul tulang lembu.
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kayu manis & bunga lawang
Telor masin
½ cawan pati santan
Garam dan aji (kalau perlu) - Amy tak guna aji.
minyak bijan - Amy tak letak.


CARA: 

- Cuci beras - kemudian jerang atas dapur. bubuhlah air banyak2.  

- Kemudian daging dipotong kecik-kecik dan dimasukkan bersama beras tadi. 

- Campakkan sedikit kayu manis dan bunga lawang.

- Masaklah sampai beras betul2 hancur. kalau tak cukup hancur, tambah air lagi sampai bubur jadi halus. 

- Bila beras dah cantik hancur, masukkan sedikit santan. susah nak agak banyak mana. Kalau satu cawan beras tu yang dah jadi bubur nasi, masukkan setengah cawan santan pekat. masak lagi sampai mendidih. 

- Bubur ni tak usahlah buat pekat atau cair sangat. kalau rasa pekat sangat bubuh air lagi dan masak. begitu juga kalau cair, masaklah bagi dia pekat sikit.

- Apabila bubur sudah mendidih, pecahkan telor masin ke dalam bubur perlahan-lahan. 

- Satu cawan beras tu, bubuhlah dalam empat biji telor asin. 

- Masak dengan api pelahan kerana kuning telor masin lambat sikit masaknye. Kacau perlahan-lahan, takut telor kuning pecah. Guna senduk dan angkat telor masin  untuk pastikan ia sudah masak. 

- Kalau perlu letak garam, letakklah sikit.

- Tumis halia yg telah diracik halus bersama bawang merah dan bawang putih dalam minyak yg sikit. Garing jer, tuangkan keatas bubur dalam periuk. 


- Hidangkan dalam mangkuk, bubuh kuning telor masin satu dan taburkan daun sop, daun bawang atau bawang goreng. Jngan lupa titiskan sikit minyak bijan. ini penting nak bagi aroma yang power.

Akhirnya Siap Jugak...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Lega bila kain langsir yang Amy beli tu dah siap jahit. Hari-hari mengadap langsir, dah tak larat nak tengok lagi dah...sampaikan tidur malam pun mimpi langsir jugak 😭. 

Sekarang ni nak rehat dulu, bagi hilang rasa muak tu dulu baru nak mencari kain langsir yang nipis tu pulak untuk 'day curtain'. Lepas-lepas tu barulah cari lagi untuk tingkap-tingkap yang lain.

kain langsir

Langsir tak abis jahit lagi mentol pulak meletop, nasib baik tak kena muka Amy masa tu. Mesti mesin ni nak bagitau dia pun dah bosan asyik kena menjahit aje kot.

Kain Langsir

Mentol aje yang meletop tapi mesin tak boleh berfungsi lagi. Terpaksalah tunggu en hubby balik keje. Rupa-rupanya suiz kat main suiz tu yang 'tendang'. Cis, buat 'suspen' aje.


kain langsir

Part yang paling Amy tak suka... kena gunting bagi lurus. Kadang-kadang yang kita rasa dah lurus tu pun tak lurus jugak. Lantaklah kau langsir tak de sapa nak cek ko lurus ke tak. Benang pun Amy bantai aje guna benang yang ada, benang kaler lain, kain kaler lain.

kain langsir

Satu lagi yang Amy lupa nak beli ialah besi pencucuk langsir ni. Langsir-langsir yang Amy jahit sbelum ni tak guna besi pencucuk tu, semuanya main masuk aje kat rod langsir ... tu pasal lah tak terfikir masa beli tu.

Banyak betul belanja untuk langsir ni kan. Tahun-tahun yang sudah  beli langsir untuk 1-2 tingkap aje jadi tak de lah terasa sangat. Tahun ni nak mencari langsir untuk 3+1 sliding door dan 12 tingkap...😭😭😭. 
Tu baru tingkap belum lagi pasang grill, kitchen cabinet. Kenalah buat sikit-sikit dulu gayanya. Ada kita buat tak de kita senyap-senyap aje.... kannnnnn.

Cerita Hujung Minggu Yang Lepas...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak kebelakangan ni agak terabai blog Amy ni, selagi langsir-lamgsir tu tak siap selagi tulah tak boleh nak jengguk selalu blog ni.   Tugasan harian pun terkejar kejar inikan pulak nak menjahit. Satu hari dapat sekeping langsir pun dah syukur sangat.

kek kukus coklat

Hari Sabtu lepas, Along (kawan Amy) buat kenduri jadi dia minta tolong buatkan kek coklat. Dia sediakan bahan dan Amy tolong buatkan. Hari Khamis dia dah hantar barang jadi hari Jumaat pepegi lagi Amy dah bersilat kat dapur tu.

Amy buatkan 2 jenis, satu yang ada topping meleleh dan satu lagi yang biasa.  

Rebate Voucher AEON

Hari Sabtu pagi selepas hantar anak-anak ke kelas Tae Kwan Do, Amy dan en hubby ke Jaya Jusco Maluri untuk ambil rebate vaucher. Alhamdulillah dapat RM30. 

Point ada RM280 tapi tu Amy simpan dulu. Tahun lepas tak ambik. Hujung tahun ni baru nak ambil, boleh buat tambah-tambah beli baju dan kasut sekolah. 


Mehraj Pandan Jaya

Lepas kelas Tae Kwan Do menyinggah pulak ke Mehraj, Pandan Jaya mencari buku untuk anak-anak soleh Amy tu. Ada aje buku yang cikgu nak guna tapi bookshop sekolah masih tak ada stok. Dah 2 tahun macam tu... geram betul.

Novel

Amy suka beli buku kat Mehraj tu... harga murah sikit dari kedai buku yang lain. Tak silap Amy diskaun 10%... kalau tak silap lah. Dah lama tak beli buku jadi Amy pun tangkaplah satu. Kalau buku melayu, buku cintan cintun Amy dah tak berapa minat ... entahlah agaknya umur dah banyak kot penyebabnya. 

Buku tu masih belum terusik lagi ... entah bilalah nak baca tu. Tengok buku ingat langsir. 


Kain Langsir jakel

Dari Mehraj kami ke Jakel pulak. Entah macam mana masa beli langsir sebelum tu boleh pulak tertinggal satu tingkap. Tingkap tu pulak betul-betul sebelah sliding door kat ruang tamu. Kan ke pelik nanti satu bertutup labuh satu pulak tak de apa-apa. 

Nak tak nak terpaksalah en hubby bawa ke Jakel. Sampai sana kain yang sama dengan sliding door tu dah tak de terpaksa ambik yang sama kaler dengan tingkap yang lain. Sebelum ni Amy ada citer yang sliding door tu warna kain dia lain sikit sebab tak cukup kain. Jadi diorang keluarkan kain dari stor tapi kaler dia lain sikit. Kain yang tulah yang tak de lagi.

Harga kain tu RM26 lebih tapi dia nak bagi RM25. Amy tak puas hati. Teruslah Amy beritahu dia yang minggu lepas Amy beli RM22 memula macam keberatan tapi akhirnya dia bagi juga harga tu. 


Kain Langsir jakel

Tengah tunggu orang tu gunting langsir, Amy pun pergilah belek-belek kain yang lain. Tetiba terlintas pulak kat fikiran... "rumah nenek dah lama tak tukar langsir". Amy pun minta dengan en hubby belikan langsir untuk ruang tamu rumah nenek. 

Satu meter RM12.90 tapi dia nak bagi RM12 aje. En hubby kata kalau dia bagi RM10 kami ambik. Tak sangka dapat jadi kami ambil 10 meter.

Langsir jakel

Tetiba nampak pulak benda ni. Terus terfikir nanti kalau dah gantung langsir nak sangkut tali kat mana? tak teringat pulak sebelum ni. Tak banyak pilihan yang ada. Yang RM3- RM4 tak berapa cantik. En hubby kata ambik untuk ruang yang penting aje dulu yang lain kita cari yang lain. Tali pengikat langsir pun tak cari lagi. Nak buat sendir tak cukup kain. Nak beli paling murah rm10 tapi tak cantik. Emmm.


Sri Wangsa Nasi Beriani Batu Pahat

Balik dari kelas Tae Kwan Do lagi anak-anak soleh ni dah ajak pergi makan. Dah melompat sana sini memanglah lapar. Masa Kat Jakel tu mulut asyiklah "mama... lapar, bila kita nak pergi makan?". Mamanya pun tak sempat nak cuci mata tengok kain untuk baju. 

Si Faris pulak dari minggu lepas ajak makan nasi beriani. Nasiim kata nak lauk daging yang menyanyi dalam mulut tu. Menyanyi dalam mulut???? puas dia terangkan tapi mamanya masih tak paham last sekali iyakan ajelah.

Nasib baik kedai Sri Wangsa Beriani Batu Pahat ni dekat aje dengan Jakel tu. Sedap nasi beriani kat situ ... harga. Kalau makan seorang atau berdua ok lagi harganya tapi kalau berlima. Kalau nak di bandingkan dengan kedai nasi beriani lain yang pernah Amy pergi, kedai ni lebih sedap dan murah sikit.


Kenduri

Lepas makan kami balik rumah terus ... tak de menyinggah mana-mana lagi dah. Kenduri rumah Along tu lepas Asar tapi hujan lebat punya pasal pukul 6 lebih baru sampai rumah dia. Orang yang baca doa pun dah abis makan.


British Counsil

Hari Ahad lega sikit. Pagi Amy pergi pasar Pudu beli lauk untuk stok sebulan. Sayur dan buah aje tak beli. Petang pulak anak-anak soleh ni ada kelas kat British Counsil. 

Semalam dan hari ni sambung balik bersilat dengan kain langsir .... eh bila nak siap daaaa. Bosan asyik mengadap dia aje. 

Faris dan Irfan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah 2-3 hari terbiar blog ni rasa macam tak best pulak. Pagi ni sebelum bersilat di dapur, sebelum mengadap mesin jahit ... baik Amy mengadap blog ni dulu.

Faris dan Irfan

Tak de idea nak up date apa, tetiba teringat benda ni kat pintu bilik Faris tu. Nanti diorang dah besar bila terbaca blog Amy ni mesti diorang gelak.

Faris share bilik dengan Nasiim. Irfan bilik lain. Irfan selalu masuk bilik Faris dan suka usik barang-barang Faris... bukan dia ambik tapi saja nak menyakat.

Faris pun selalu masuk bilik Irfan, maklumlah Irfan dah sekolah menengah jadi ada barang-barang yang menarik perhatian si Faris tu. Nanti ada aje barang yang dia nak pinjam. Selalu kena marah dengan Irfan.

Bila dah gaduh inilah jadinya.... siap tampal kat pintu lagi. Bila Irfan nak tampal Faris kata Irfan nak tiru dia. Amy dan en hubby jadi tukang dengar ajelah.

Faris dan Irfan

Bercinta betul nak mengadap kain langsir tu. Hari Selasa siap sekeping langsir aje. Semalam hanya dapat gunting 4 keping aje tak sempat nak jahit. Bila semua dah balik jangan haraplah boleh mengadap kain langsir tu lagi.

Tak sempat lagi nak buat BW. Jangan marah jangan kecil hati ye.... 

Kain Langsir ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Mengenangkan orang dari rumah seberang jalan boleh nampak sampai ke dapur dan orang sebelah yang rumahnya tinggi banyak tu boleh nampak apa yang ada dalam rumah Amy jadi terpaksa jugaklah mencari langsir.


Bayangkanlah dari pagi sampai petang kena pakai tudung (tutup aurat), kipas pulak tak de... nak sembahyang susah dan nak baring pun tak boleh. Rasa macam nak pengsan. 

Pagi semalam ajak en hubby pergi Jakel KL, punyalah ramai orang lama mencari parking. Amy sebenarnya tak suka kalau pergi mencari barang kalau ramai orang. Tak tenteram nak mencuci mata.

Beli langsir di Jakel


Semua kain yang cantik RM40 semeter keatas. Satu sliding door aje lebih kurang 10 meter, pengsan. Nasib baik ada kain yang RM10 - RM2+ semeter.

Target dari rumah nak beli langsir yang RM9.90 aje semeter tapi bila belek-belek balik kain tu rasa macam pakai setahun dah reput aje. Pernah terjadi MIL kononnya nak basuh langsir yang Amy beli tahun sebelum tu. Rumah mengadap matahari petang jadi langsir tu memang kena panas selalu, baru rendam belum basuh lagi... bila angkat aje dah rosak. Tak boleh pakai lagi.

Pekerja Jakel tu tunjukkan kain yang harganya sama tapi lebih baik dan jenis yang 'blind' tu (betul ke). Kain tu yang tergantung nampak sikit aje dalam gambar tu. Amy beli kaler purple gelap tu untuk tingkap kecik dalam bilik. Tak de kaler yang Amy berkenan pulak untuk sliding door dan tingkap kat bawah.



Beli langsir di Jakel

Semalam Amy tak beritahu pun budak bertiga tu yang kitaorang nak ke Jakel. Sampai aje sana terus bising. Tak puas hati kena pergi kedai kain. 

Kita sibuk memilih kain diorang sibuklah... "mama, bila nak balik"... "mama, dah laparlah". Penat mengadu, dia kacau dia pulak. Pastu mengadu balik... yang paling kelakar tu Nasiim mengadu yang bulu tangan dia dah panjang kena tarik dengan abang Faris.


Beli langsir di Jakel

Amy ni sebenarnya 'fail' tang nak gunting ni. Bukan setakat gunting aje, semua yang ada kaitan dengan garis lurus, Amy 'fail'. Amy minta pekerja Jakel tu potongkan siap-siap, nanti Amy tinggal jahit aje. Kalau setakat nak jahit tepi, nak sambung kain tu bolehlah, kalau nak macam-macam design, kirim salam lah... tak de bakat.

Beli langsir di Jakel

 Purple untuk bilik bawah... senang Amy nak solat nanti. Biru untuk sliding door ruang keluarga atas - naik aje tangga, orang sebelah dah boleh nampak jadi kena letak langsir. Coklat merah untuk sliding door bawah, pun supaya orang sebelah tak nampak. Yang merah tu pulak dah potong-potong tetiba tak cukup kain nasib baik ada yang kaler lebih kurang sama. Yang tu untuk sliding door depan dan tingkap depan.

Beli kain langsir untuk tingkap yang perlu aje dulu. 3 tingkap dan 3 sliding door. Rasa nak pengsan membayarnya. 


Beli langsir di Jakel

Nak bergambar pun sempat lagi mengusik.

Hari ni Amy tengok aje langsir dalam beg plastik tu. 'Bercinta' nak menjahit.