Resepi Pulut Mangga Yang Sedap...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Masa makan kat restoran Thai Isnin lepas, ternampaklah pulut mangga kat menu diorang. Balik rumah teringat-ingat pulak. Nak tak nak kenalah buat, kalau tak buat tak merasa. 

resepi pulut mangga sedap

Pulut Mangga ni Amy buat semalam. Rendam 4 jam aje. Mangga Amy guna mangga biasa tu aje, janji manis.

Amy kongsikan resepi pulut mangga yang Amy ambil dari blog kak Azie Kitchen. Terima kasih kak azie untuk resepi yang sedap ni. Untuk yang tak berapa kuat masin tu, bolehlah kurangkan sikit garam untuk sos santan. 



resepi pulut mangga sedap

Pulut Mangga
oleh : Azie Kitchen

Bahan-bahan:

3 biji mangga - potong ikut suka
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (Amy tak letak)

Pulut Kukus
Bahan bahan:
2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
1/2 santan pekat + air secukupnya + 1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan – carikkan

Cara-cara :
Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. 

Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut. 

Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.

resepi pulut mangga sedap


Sos Santan


Bahan bahan:

1/2 cawan santan kotak
1 cawan air 
1 sudu kecil garam - 
1 helai daun pandan 
1 sudu kecil tepung jagung - larutkan dgn sedikit air

Cara cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga mendidih. Terus dikacau supaya tidak berketul. Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi tepung jagung.


Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.


Cara Menghidang
Letak pulut ke dalam pinggan. Hiris mangga secara kiub atau apa yang disukai. Tuang sos santan ke atas pulut. Tabur bijan. Sedia untuk dihidangkan. 


resepi pulut mangga sedap

 Selamat Mencuba...

Alahai Anak - Cerita Minggu Lepas Part 2

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Sambung lagi cerita minggu lepas yang tak habis tu...😅.



Hari Sabtu lepas Amy tersalah tengok kalender ingatkan Homedec hari tu patutlah tak ramai orang.



Dah alang-alang sampai sana, menyinggahlah kejap kat KLCC tu. Lama dah tak kesana walaupun tiap-tiap minggu lalu situ nak ke British Counsil.



Anak-anak soleh Amy ni pun dah berjangkit penyakit tangkap pokemon tu. 


Nasib baik game tu diorang main masa kat luar aje. Budak yang kaki sakit tu, walaupun sakit kaki nak berjalan tetap nak ikut jugak. Suruh tinggal dengan nenek Maluri tak nak pulak tu.



Hari Isnin lepas... dah masuk citer minggu ni pulak, heheh. Pagi tu kami pergi jengah rumah Pajam. Pergi tengok apa yang diorang dah buat. Nanti Amy citer pasal rumah Pajam tu.

Balik dari sana kami menyinggah Karpet Prima tak jauh rupanya kalau ikut jalan kat Sek Batang Benar tu.


Singgah cuci mata aje pun, tak beli apa-apa.  

 Karpet corak ni saiz yang biasa dari RM150 boleh dapat RM138.
Selagi tak beli selagi tulah diorang ikut aje belakang kita. 



Dari RM550 boleh dapat RM400 untuk yang besar ni.


Ada corak yang Amy berkenan tapi kualiti pulak tak berkenan.

Kononnya kalau beli hari tu dapat diskaun banyak. Offer untuk hari tu aje. En hubby tanya nanti hari raya tak de offer lagi ke, diorang kata tak ada ... terus en hubby ajak balik. Tak kanlah nak raya nanti tak de offer kot, kedai lain ada aje.


Balik dari sana menyinggah pulak ke My Town. Kami park keta kat Ikea aje. Tak berapa berkenan dengan My Town punya parking. 



Dah tengah hari semuanya dah lapar. Nak makan kat Ikea dah jemu, nak menyinggah kat food court penuh pulak, lastnya kami ke restoran Thai.




Tak pernah lagi masuk restoran thai, ni first time... heheh.

Menu semuanya nampak menyelerakan tapi tekak kami tak boleh nak terima nasi dia... nak nasi kita jugak 😭😭😭.

Alahai Anak... Cerita Minggu Lepas Part 1

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

 Kebelakang ni agak terabai blog ni, inilah akibat jika selalu sangat terlebih vitamin M... hahaha. 


15 April, 2017 sukan tahunan SKSBU. Amy ingat nak pontengkan aje anak-anak hari tu tapi masing-masing terlibat dengan acara sukan hari tu.

Nasiim masuk 50X800 dan menang tempat kedua tapi tak sempat ambik hadiah sebab kami dah balik... tak tahan panas dan anak-anak pun dah letih. Zohor pun tak habis lagi acara sukan tu.


Sekarang ni kalau sekolah buat sukan hari Sabtu tak de ganti hari Isnin lagi dah ke?

Sepanjang 7 tahun anak-anak Amy bersekolah, kalau sukan hari Sabtu maka hari Isnin akan cuti tapi tahun ni tak de pulak.




Hari Jumaat lepas lepas SKSBU dan KAFA SKSBU buat hari Akedemik @ hari mengadap cikgu 😅.

Tahun-tahun yang lepas Amy datang dengan En Hubby, Amy pergi kelas Nasiim dan dia pergi kelas Faris. Tahun ni Amy pergi sorang dan kena mengadap 4 orang cikgu ( 2 sek keb dan 2 KAFA). Datang pukul 9 pagi pukul 12 baru balik. Letih.


Petang tu tak de kelas Kafa dan kebetulan cuaca baik Amy pun bawalah diorang ke Taman Pudu Ulu. Taman tu depan rumah aje jadi kami pergi jalan kaki. 

Sampai sana Amy pun ambiklah gambar diorang, lepas aje ambik gambar 👆, Faris dan Nasiim terus berlari. Tak sempat Amy nak bersuara Faris dah jatuh. Habis koyak seluar kat bahagian lutut. Punyalah besar luka. Tak sempat nak main terus balik rumah.



 Puas mencari minyak gamat tak jumpa terpaksalah pergi beli kat farmasi.
Mahal jugak ye benda-benda ni lebih RM50.



Terpaksa jugaklah ke sekolah walaupun susah nak berjalan. Macam manalah dia nak naik tangga kat sekolah tu. Kelas dia kat tingkat 3 pulak tu. Nak pergi sekolah pagi tadi pun Amy yang pakaikan stokin dan kasut.

When I Was A Child ... When I Grew Up Dan Ular Di Sekolah.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa pernah jumpa hantu?

Masa kecik-kecik dulu Amy memang takut hantu, waktu malam pantang dengar bunyi pelik sikit mulalah fikir yang bukan-bukan. Maklumlah Amy membesar di kampung, kampung dulu tak sama dengan kampung sekarang. 

Bekalan elektrik masuk pun masa tu Amy dah darjah 6.Cerita hantu dari mulut ke mulut memang 'femes' masa tu, cerita hantu kat tv start selepas ada elektrik. 

when i grew up


Di sekolah kawan-kawan pun bercerita pasal hantu. Bila nak masuk toilet mulalah takut. Toilet punyalah jauh dari kelas. Kalau bolejh tahan memang Amy tahan sampai balik.

Zaman sekolah pernah jumpa sekali dua... kat kampung kan haruslah jumpa.

Tapi paling banyak kali Amy jumpa masa zaman IPT, masa menyewa rumah kampung. Banyak kali aku tengok kau, kau tengok aku... nasib baik tak pengsan. Ada satu malam siap main lari-lari atas bumbung rumah lagi.

Tapi bila dah dewasa ni... Amy setuju, manusia lebih menakutkan dari hantu lebih-lebih manusia yang tak ada perasaan belas kesian sesama manusia. Manusia yang kejam pada anak-anak kecil dan orang tua.


ular di sekolah

Ular di sekolah.

Pagi Isnin lepas,  dapat dari group whatsapp. 

Walaupun bukan sekolah anak Amy tapi dalam satu pagar yang sama (4 sekolah dlm satu kawasan). Alhamdulillah ular tu berjaya ditangkap pukul 6:40 pagi sebelum anak-anak sampai disekolah tapi tak taulah kalau dah ada yang sampai waktu tu.

Ini ular yang kedua(ular besar) ditangkap masa anak-anak Amy belajar di sini.  Dulu dekat luar pagar padang sekolah, masa Amy nak jemput anak-anak balik sekolah.

Amy siap tunjuk lagi gambar ni pada anak-anak dan pesan dengan diorang agar berhati-hati selalu. 

Teaser Hari Sukan SKSBU 2017.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Sabtu ni hari Sukan Tahunan Sek Keb Seri Bintang Utara. Hari Selasa lepas cikgu bagi pada group whatsapp ibu bapa, tak sangka pulak sukan tahun ni ada teaser.



Gambar ajelah, video tak keluar pulak 😅


Yang ni keluar tajuk... heheh.
Konon-konon nak manjalah tu dengan abangnya. Sekejap aje baiknya tu tak sampai 1 minit dah start balik. Ada aje citernya nak gaduh.



Jadual peperiksaan pertengahan tahun dah keluar. Baru bulan 3 periksa ni dah periksa lagi sekali. Rasa sekejap aje dah tengah tahun kan.




rumah seri pajam

Citer Rumah Pajam pulak. 

Amy dah malas dah nak citer benda yang sama. Rasa bosan dan menyampah. Pembaca pun dah malas nak baca kannn.

Hari Sabtu lepas kami ke sana lagi. Cerita toilet (bilik 2) yang boleh buat kolam bela ikan tu masih sama lagi. En hubby test sekali lagi toilet yang satu (bilik 3) lagi sebab masa kami sampai tu toilet tu dah kering. Mana tau kot dah repair. Rupanya tak pun. Air tu kering sendiri. 

Yang paling sakit hati, nak guna toilet yang lain tak boleh. Semua toilet yang dekat bawah kena kunci air. Puas siasat tak jumpa kat mana dia kunci, en hubby kata agaknya dia kunci kat bumbung. Nak sembahyang pun tak boleh. 

Sakit hati betul tak kan nak pergi cari tanda awam kot.

Pavlova - Passion Fruit

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Semalam, lepas masak tengok dalam peti tu nampak passion fruit yang dah kecut. Kesian tengok dia. Amy sebenarnya tak pernah makan buah ni, tengok pun tak pernah. Jadi masa jumpa kat JJ tu Amy pun terus beli sebab 6 biji RM3 lebih.


Pavlova sedap

Balik rumah belek-belek buah tu.... macam mana nak makan buah tu ek? Amy try lah potong dua barulah tau makan biji yang kat dalam tu, patutlah ringan aje. Masam pulak tu.

Ok sambung balik. Kebetulan ada strawberry terus teringat Pavlova.

Pavlova sedap

 Dah pecah telur barulah teringat gula kastor dah habis tinggal gula halus aje. Malas pulak nak ke kedai. Bantai ajelah guna gula halus.

Masalah dengan gula halus ni pulak, kena pukul lama sikit dari biasa. Jadi dah terlebih pukul.

Nasib baik jadi aje cuma bila dah sejuk sikit tak berapa cantiklah pavlova tu, kulit gareng dia banyak yang runtuh.


Pavlova sedap

 Letak whipping cream nampak cantik dah.

Amy buat 2 adunan semalam. Kalau buat satu memang tak cukup. Nasiim pulak mula-mula rasa passion fruit tu dia tak nak sebab masam tapi bila Amy paksa dia makan dengan pavlova terus dia letak banyak atas pavlova dia. Rasa masam + rasa manis gula = sedap.

Resepi Pavlova ni boleh ambil di sini.



Perempuan Kalau Memandu Mesti Berkaki Ayam. Setuju Ke?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...



Perempuan kalau memandu mesti berkaki ayam. Setuju ke?

Dulu-dulu kan.... dulu lah masa memula belajar pandu kereta, zaman pandu kereta tak berlesen 😅  selalu jugak berkaki ayam. Rasa macam 'tak rasa' aje kalau pakai kasut. 

Pokok Peria Dan Kacang Botol.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap aje dah hari Jumaat kan, pantas betul masa berlalu.

pokok peria dan kacang botol

Hari rasa happy aje bila tengok anak pokok peria katak dah bertambah besar, benih yang lain pun dah start bercambah. Harap-harap dia akan terus membesar dan dapatlah Amy merasa hasilnya. Maklumlah nenek Amy kata tangan Amy panas. Tanam pokok cili tak sempat besar dah mati, bela pokok cili yang dah besar pun boleh mati jugak.

Pokok yang Amy paksa panjat kayu tu pokok kacang botol. Yang ni mak mertua Amy bagi dah besar macam tu.

Rumah atas langit ni manalah nak tanam pokok menjalar macam ni. Tak kan nak lilitkan dia kat besi balkoni tu, nanti mana pulak nak sidai kain, lagipun kat situ panas terik.

Pokok kacang botol tu asyiklah nak ketepi... nak kejar cahaya mataharilah tu, suruh panjat kayu tak mau.... meh aku lekatkan ko kat kayu tu, padan muka.

Kanak-kanak dan Bayi - Resepi Minyak Bawang Putih Untuk Merawat Batuk Dan Selsema.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Semalam sahabat FB ada kongsikan post dari FB Page Dr Hana tentang bayi mati selepas diberi ubat selsema. Mungkin ramai yang dah tahu tentang tentang ni tapi Amy sharekan jugak di sini, mungkin berguna untuk yang belum tahu. 






Ubat batuk dan ubat selsema tidak boleh diberi sebarangan kepada kanak-kanak dibawah umur 2 tahun. Ubat yang ada kesan sampingan mengantuk itu akan menyebabkan kegagalan pernafasan.

Klik sini untuk tengok video beliau.


Minyak bawang putih bagus untuk merawat batuk dan selsema dikalangan kanak-kanak dan bayi. Kalau nak start batuk terus sapu minyak bawang putih ni tapi kalau dah bertambah teruk haruslah dibawa jumpa doktor.


Minyak Bawang Putih.

Bahan-Bahannya:
Minyak masak/minyak zaiton.
Bawang putih.

Caranya:
1. Bawang putih dicucuk pada garpu dan bakar atas api sehingga kehitaman.
2. Lenyek-lenyek sikit dalam bekas.
4. Masukkan minyak.
- Dah siap. 
- Bolehlah buat sapu dada dan belakang bayi.

Asyik Hilang Aje...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Hari ni kali BlogList Amy asyik hilang. Dah beberapa kali Amy masukkan balik tapi masih tak muncul jugak. Degil sungguh.

Hangin dah ni. Berapa lama daaa dia nak suruh Amy duduk depan komputer, tak berasap dapur tu nanti.


Eh... lantaklah ko labu, malas dah aku nak melayan.

Faris Demam.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Dah dua hari Faris tak ke sekolah. Selalunya demam sehari aje lepas tu dah boleh pergi sekolah tapi kali ni dah masuk dua hari dah. 
Pagi semalam kejutkan dia bangun pagi rasa badan panas sangat, bila cek 38.5 terus Amy bagi makan ubat. Nasib baik ubat sentiasa ada aje dalam peti tu.


Amy selalu risau bila diorang demam sebab diorang ni demam bukan sikit-sikit panasnya, paling rendah pun 38 tapi selalu lebih.

Bila makan ubat aje terus macam orang sihat ... start menyepahkan rumah tapi lepas 3-4 jam kemudian startlah panas balik, dia pun startlah tidur tak pun kejap-kejap mengadu sakit kepala lah, sakit tekak lah, bila nak jalan pusing-pusing lah.

Dulu masa anak-anak soleh Amy ni masih kecil, selalu diorang demam terutamanya si Irfan. Selang seminggu dia demam kadang-kadang sekali 3 demam, lepas tu Amy pun demam sekali... heheh.
Alhamdulillah... bila dah berumur 7 tahun ke atas dah semakin jarang diorang demam. Antibodi dah kuat kot.

Kononnya semalam Amy rancang nak ke Jaya Jusco beli barang sikit tapi tunda ke hari ni, nampaknya hari ni pun tangguh lagi.



Tip Kurus : Timbang Berat Badan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tips timbang berat badan, 3 hari atau seminggu sekali, the best time adalah sekitar bangun tidur dan sebelum pukul 10am. waktu ini badan berada dlm keadaan sifar.

tip kurus - timbang


Elakkan menimbang pada sebelah petang, badan akan lebih berat dan juga ketika datang haid untuk perempuan.

1 liter air, akan naik 1 kg, jadi elakkan minum minuman yang bnyak sebelum naik penimbang dan perut kosong 4 jam. Semoga membantu semua.

Segmen Pencarian Bloglist Peaceful by Najihah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Ini adalah segmen pertama blogger Najihah. Tujuannya segmen ini adalah untuk mencari senarai bloglist untuk diletakkan dalam blog beliau. Syarat-syaratnya pun senang, apa lagi jom kita meriahkan lagi segmen beliau ni.


pencarian bloglist

Klik Untuk join.

Rumah Pajam - Seminggu Kemudian.

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu lepas Amy ada citer tentang salur air rumah Pajam yang tersumbat kan, semalam Amy pergi tengok lagi rumah tu. Dah seminggu mestilah diorang dah buat baiki salur yang tersumbat tu rupanya takkk(geram ni). 


En hubby dah call pihak maintanance minggu lepas beritahu tentang perkara ni, sepatutnya diorang dah ambil tindakan.

Beli Rumah Seri Pajam

Ingatkan mereka dah baiki sebab air yang menitis di ruang makan tu dah tapi bila Amy naik atas rupanya toilet tu masih lagi penuh dengan air. NI NAK BELA IKAN KE NAK BELA NYAMUK???.

Dah seminggu pihak maintainance Seri Pajam buat tak tahu aje. Boleh diorang biarkan aje. Ingat magic ke apa benda tu boleh baik sendiri. Ini bukan lagi tak puas hati tapi dah jadi sakit hati.

beli rumah seri pajam

Toilet bilik ke 3 pun sama jugak. Masih belum dibaiki. Toilet master bedroom pun sama. Masih belum ada pembaikan dilakukan + air paip pulak tak keluar. Entah apalah yang diorang dah buat.

beli rumah seri pajam

Plaster ceiling di laundry.


beli rumah seri pajam

Mereka ambik jalan mudah dengan tebuk lubang untuk air keluar. Ingat tebuk lubang tu boleh selesaikan masalah 'tersumbat' tu ke? Sesuka hati korang aje buat lubang sana buat lubang sini kan. 


Pihak Mantainance Seri Pajam - Dah tahu tentang perkara ni tapi masih boleh buat tak tahu. Tak ambil tahu ke pekerja korang buat kerja ke tak, masalah tu dah selesai ke belum. Kami hantar borang defect tu dah dekat 2 bulan.

Kalau macam ni bila nak siap daaa. Tak kanlah bila kami dah beli kami nak buat tak perduli.