OSAKA ALTERNATIF KEPADA TOKYO


Banyak-banyak flight yang Amy tengok, flights to Osaka kali ini sangat menarik perhatian. Di samping kemodenannya, Osaka turut terkenal sebagai salah satu kota yang paling santai dan mendamaikan di Jepun kerana penduduknya cukup terkenal dengan sikap ramah mereka.

Rasa macam nak bercuti ke Osaka pulak pada percutian akan datang. Osaka pun tak kurang hebat kalau dibandingkan dengan Tokyo, tapi sebelum tu kena rancang dulu nak ke mana, ada beberapa lokasi menarik yang boleh dimasukkan dalam rancangan perjalanan semasa di Osaka nanti.

Osaka Aquarium Kaiyukan

Terletak di dalam sebuah bangunan yang unik reka bentuknya, Osaka Aquarium Kaiyukan adalah sebuah tarikan penting yang wajib dilawati semasa berada di Osaka. Secara keseluruhannya, di dalam ini terdapat sebanyak 27 buah tangki yang terbahagi kepada 16 buah pameran berbeza. 
Tangki yang terbesar adalah berkedalaman 30 kaki di mana korang dapat melihat 2 ekor ikan jerung bergerak dengan bebas di depan mata.

Bahagian-bahagian lain yang ada di sini adalah Deep Sea Zone, Japanese Forests, Tunnel Tank, Panama Bay, Ecuadorian Jungle, Antarctica, Tasmanian Sea, Great Barrier Reef, The Pacific Ocean dan banyak lagi! 


Osaka Castle.

Bila melawat negara Jepun, tak sah kalau tidak singgah ke kawasan istana lamanya. Kalau di Osaka, tarikan bersejarah ini dapat ditemui di Osaka Castle. Untuk pengetahuan kita semua, bangunan sebenar istana ini telah dibina pada tahun 1583 sebelum beberapa kali melalui kemusnahan dan dibina kembali pada kali terakhir pada tahun 1931. 

Ianya turut diperbaharui pada tahun 1997 dengan kelengkapan moden seperti lif. Istana ini kini dijadikan muzium yang mempamerkan info dan pameran lain berkaitan sejarahnya sendiri setelah berabad lamanya wujud di tapak yang sama.

Nishinomaru Garden,

Setelah puas mengisi minda dengan kisah sejarah istana ini, kita boleh menenangkan fikiran dengan berjalan-jalan di Nishinomaru Garden, kawasan taman istana. Di taman ini terdapat 600 batang pokok sakura, tea house, bekas Osaka Guest House dan kemudahan rekreasi. 

Sakuya Lumina

Untuk pemandangan lebih indah, kenalah datang ke taman ini ketika musim bunga sakura berkembang iaitu pada awal April.

Dunia penuh magikal, Sakuya Lumina adalah sebuah lokasi tarikan di mana korang sekeluarga dapat merasai pengalaman yang mustahil boleh didapati di tempat lain. 

night walk Osaka Castle Park

Memori percutian di Osaka dapat diperindahkan lagi dengan aktiviti night walk di Osaka Castle Park. Yang menariknya lagi, kita bukanlah sekadar berjalan di tengah malam dalam suasana malam yang biasa, kerana night walk yang akan kita akan lalui adalah sebuah perjalanan yang dikelilingi oleh dunia fantasi. Seolah-olah kita telah ditelan masuk ke dalam filem fantasi yang selama ini hanya ditonton di kaca tv.

Anak-anak Amy mesti suka kalau bawa diorang ke sini.

Sakuya Lamina

Sakuya Lamina

Di dalam Sakuya Lamina, kita akan mengikuti karakter fantasi yang akan membawa korang di sekitar istana untuk menyelesaikan sebuah misi. Sepanjang perjalanan ini, kita dapat melihat efek pencahayaan, bunyi, efek pemandangan dan banyak lagi ciri interaktif lain yang dapat menghidupkan seluruh deria. Cukup unik dan menyeronokkan!


Osaka Science Museum

Jom tenggelam dalam dunia sains di Osaka Science Museum. Memang rugi kalau tak melawat muzium sains negara yang terkenal dengan teknologinya ini. Di dalam muzium 4 tingkat ini, kita dapat memahami dengan lebih mendalam bermacam info saintifik berkaitan tenaga, elektrik, kimia dan alam semesta. 

Selain ruang pameran, muzium ini turut menempatkan planetarium dengan beberapa pertunjukan berbeza setiap hari dan juga sebuah Imax Dome Theater / Omnimax yang memaparkan filem Imax pada setiap hujung minggu dan cuti umum.

Umeda Sky Building

Sudah menikmati pemandangan Osaka dari tingkat yang tinggi di Umeda Sky Building, cara unik seterusnya untuk menikmati keindahan Osaka adalah dengan mengikuti Tombori River Cruise. Tombori River Cruise akan membawa kita melalui 9 buah jambatan dan melihat pemandangan kawasan sekitar yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. 

Tombori River Cruise

Masa yang diambil untuk melalui sungai ini adalah dalam sekitar 20 minit. Sepanjang perjalanan ini, kita dapat belajar banyak perkara menarik tentang sesebuah lokasi yang dilihat dan kisah di sebaliknya hasil perkongsian jurupandu. 

Untuk membeli tiket, kita boleh ke Tazaemonbashi Bridge Boat Dock yang terletak berhadapan dengan kedai Don Quixote di Dotonburi. Jambatan ini hanyalah 5 minit berjalan kaki dari Namba Station. 

Antara cadangan kalau kita hendak ke Osaka ialah kita pergi ke online Singapore Airlines Flight booking dan terus book untuk ke Osaka. Senangkan, sekarang ni semuanya 'klik' aje.

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)