Rumah Pajam : Terpaksa Buka dan Buat Semula.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum ni Amy ada citer kan pasal tambah poin kipas kat ruang makan, Amy minta kontraktor yang buat tembok dan grill tu tolong buatkan. Buat poin aje tak pasangkan kipas pun.

Masa nak pasang kipas, punyalah lama en Hubby buat. 2-3 kali balik sana buat benda tu aje. Perasan dah wayar bumi tak de tapi pasangkan jugaklah kipas tu.... heheh.

Dah siap pasang semua tapi kipas tak boleh berfungsi... hadoiii. Dah lah panas. Turunkan kipas tu dan tukar kipas lain pulak, manalah tahu kot-kot kipas yang rosak tapi tetap sama jugak. Memang kena ada wayar bumi tu jugak.

Bila telifon balik kontraktor tu dia ada kat Johor. Tunggu punya tunggu sampai ke sudah, sampai hari ni dia tak muncul-muncul.


buat poin kipas

Dah tak tahan panas punya pasal En Hubby panggil kontraktor lain.    Nasib baik petang semalam jugak dia boleh buat.

Memula ingat tambah wayar bumi aje tapi bila dah buka.... adehhhh. Sambung sana sambung sini wayar kat dalam tu. Wayar dari suiz tu kaler merah bersambung dengan wayar hitam pastu sambung balik wayar merah. Pastu boleh pulak sambung menyambung dengan poin yang lain. Hangin betul.

Bukannya free. Sepatutnya dia buat betul-betul lah.

Semalam buat balik wayar-wayar tu, betulkan balik suiz yang terbengot tu dan siap pasangkan kipas. Alhamdulillah, kipas dah boleh berfungsi. Dia caj RM150 untuk semua tu, murah banyak dari kontraktor yang sebelum ni.

Lepas ni nak pasang kipas ke lampu ke, Amy panggil dia aje.

Umrah PertamaKu - Umrah Kedua.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum Amy mula bercerita Amy nak share tentang pakej umrah yang sangat menarik dan yang penting ... dekat dengan masjid dengan harga yang sangat berpatutan

Kalau ada yang tengah 'tengok-tengok' pakej umrah bolehlah cuba klik 👉 PAKEJ UMRAH 2019/2020

masjid aisyah, miqat tannaim

Dari jauh lagi boleh nampak 2 menara masjid ni.

Umrah kedua kami lakukan pada hari yang sama dengan umrah pertama. Petang tu selepas solat Asar kami semua menaiki bas keluar dari tanah haram dan bermiqat di Tannaim iaitu di Masjid Aisyah.



Selesai solat sunat ihram dan solat sunat yang lain sempat juga kami solat maghrib berjemaah di situ.

Masa kami sampai di situ, kami satu bas aje tapi masa nak balik ada 2 lagi bas yang sama (group kami jugak tapi dari hotel lain). Jadi ada 3 bas yang sama. 

Masa nak naik bas tu rasa pelik pulak... apasal orang dalam bas tu lain... apasal driver bas ni lain, rupanya salah bas daaaaa.
 Dari jauh nampak driver bas kami melambai-lambai ke arah kami. 

Bila sampai aje kat bas tu dia cakap bahasa dia sambil tunjuk nombor bas. Amy dan Nadia tergelak aje... adehhh nasib baik driver tu kenal kalau tak huru hara tak jumpa anak dan en hubby.




Sampai aje hotel isyak dah nak masuk. Cik Ya terus pergi masjid tapi kami kena tukar bilik. Dari tingkat 11 turun ke tingkat 9. Tak sempat nak pack cantik-cantik, orang angkat beg dah sampai. Baling ajelah semua dalam beg.

Kami semua kena berkumpul di WC3 pukul 9 malam jadi tak sempat nak kemas-kemas, lepas solat Isyak aje kami terus pergi berkumpul.

Tak ramai yang buat umrah malam tu. Cik Ya dia dah pergi buat umrah sendiri sebab malas nak menunggu yang lain. Yang lain masih lagi penat sebab umrah pertama pagi tu.


berhenti rehat di Safa
Rehat sekejap di Safa.

Umrah kedua ni masa Saie, baru pusingan ke dua anak-anak soleh tu dah tak larat. En hubby kakinya dah start pecah. Faris pulak mengadu sakit bila nak memijak.

Pusingan ketiga ke keempat camtu lah, Faris langsung dah tak boleh jalan. Mulanya nak berhenti dulu, balik hotel dan datang balik untuk sambung kemudiannya tapi ... nak tunggu masa untuk sambung tu, kami tak rasa dia boleh kekal dalam keadaan ihram.

Terpaksalah naik wheelchair. Memula orang tu nak SR75 tapi kami tawar sampai dapat SR30 ke 40. Kalau 7 pusingan oklah dia nak Sr75 tu tapi ni tinggal sikit aje lagi. Bila kata tak nak, nak jalan aje dia kurangkan harga. Lama jugak lah tawar menawar tu. 

Baki pusingan tu Faris naik wheelchair orang tu tolak tapi En hubby pun ikut sekali. Kang apa pulak yang dia buat dengan anak aku tu.

Alhamdulillah Irfan ok lagi, boleh berlari anak lagi tapi Nasiim start dah 'nyanyi macam-macam lagu'. Penat lah kaki sakit lah. Puas jugak nak memujuk supaya habiskan pusingan. Tak larat Amy nak dukung, Irfan pulak tinggi aje boleh harap. Jalanlah perlahan-lahan. Orang dah lama abis kita baru nak abis.


Safa-marwa, saie

Malam tu orang agak ramai. Kami terpaksa bersaie di tingkat atas.
Sepatutnya kami naik scooter kat atas tak delah penat sangat anak-anak.

Bangun pagi keesokkan harinya, masing-masing kaki sakit susah nak jalan. En hubby pulak demam panas, nasib baik bawa ubat.

Lewat Buat Kad Pengenalan 12 Tahun Anak

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Entah macam mana tahun ni boleh terlupa yang Faris dah kena buat kad pengenalan (MyKad). Tarikh lahir memang ingat, siap belanja dia makan lagi tapi lupa yang dia dah kena buat kad pengenalan tahun ni... adehhhh.

4-5 hari sebelum kami pergi menunaikan Umrah baru teringat tapi tak berkesempatan nak pergi buat. Hari Isnin lepas baru teringat balik yang kad pengenalan dia tak buat lagi... rasa nak tepuk dahi aje.

kad kad pengenalan di jpn utc pudu central

Pagi Selasa kami bergi UTC Pudu, pintu belum buka lagi barisan dah panjang, nasib baik dapat no 21.

Sepatutnya kena buat kad pengenalan (mykad) 12 tahun tu dalam temph 30 hari dari tarikh lahir tapi Faris dah terlebih banyak jadi kenalah bayar denda RM10.


stesen lrt plaza rakyat

Pagi pergi naik MRT turun stesen Merdeka tapi balik malas nak jalan jauh, kami naik LRT aje kat Stesen Plaza Rakyat tu.

Sepatutnya hari Rabu kena pergi ambik kad pengenalan tapi malas nak keluar punya pasal hari khamis (semalam) baru pergi ambik.

anak-anak naik mrt

Kejap aje menunggu tak sampai 15 minit pun. Amy masukkan RM20 untuk TnG kat stesen LRT. Suka dia sebab mykad dia boleh pakai untuk TnG.

Balik tu baru pukul 9 pagi, tak sarapan lagi perut pun dah lapar jadi ambik MRT sebab nak menyinggah Ikea.

MRT ke Kajang kosong, dapatlah anak bertuah tu peluang berdiri kat depan sekali. Si Irfan tak ikut sebab dia ada projek berkumpulan KH.


laluan pejalan kaki ke ikea dari stesen mrt

Eh... dah ada jalan nak ke Ikea.

Lama dah tak pergi Ikea naik train. Sebelum ni kena seberang jalan, agak bahaya jugak sebab kereta banyak.


laluan dari mrt ke ikea mytown cheras

Agak jauh kena berjalan berbanding seberang jalan kat luar. Kena masuk MyTown dulu, naik tangga tawaf MyTown baru boleh sampai Ikea.

Kalau tak bawa anak memang Amy tak akan ikut jalan ni, jauh. Belum tawaf Ikea lagi dah penat.


sarapan, breakfast di ikea cheras

Selalu kalau masuk Ikea tak pernah meja-meja tu kosong tapi pagi ni lenggang. Tak payah cari meja dulu baru beli makan. 

Konon nak beli mihun RM1 tu tapi bila dah nampak roti telur terus tak jadi. Konon nak beli roti dan air aje tapi ... heheh.


jam ikea

Jam plastik yang RM3-4 dulu tu dah tak de, ganti jam yang ni RM6 lebih. Cantik jugak tapi kocik.


p/s: tak bw lagi, lambat sikit ye...

Petua Mengurangkan Gout - Minum Air Sebanyaknya

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera....

Masa belek-belek fb Amy ada ternampak post Dr Zubaidi mengenai gout. Amy kongsikan di sini semoga bermanfaat untuk kita semua.

gout
** gambar keluar tajuk... heheh

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, pesakit gout yang minum 5-8 gelas air sehari mencapai pengurangan 43% dalam serangan gout manakala minum lebih dari 8 gelas air sehari mencapai pengurangan 48%.

Iklan Jawatan Kosong...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Kes tak de idea ... Iklan kerja kosong pun jadi.. hahaha.


Iklan Jawatan Kosong mara


Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah.
Agensi : Majlis Amanah Rakyat.
Tempat Bertugas : Institut Kemahiran MARA Johor Bahru.
Skim : Guru Keusahawanan
Taraf Jawatan : Sambilan
Jadual Gaji : 100 sehari.



Iklan Jawatan Kosong mara

Cara memohon ada dalam gambar kat atas... heheh.

Tarikh tutup : 26 Mac 2018 ( Isnin) - sempat lagi ni kalau ada yang berminat.

Adab Masuk Rumah Baru...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Tak ingat tv apa yang Amy tonton pagi semalam tapi rancangannya Amy rasa Tanyalah Ustaz kot. 

Ustaz tu ada memberikan beberapa panduan untuk orang yang baru pindah rumah (masuk rumah baru atau rumah yang dah lama). 



Banyak panduan yang berguna antaranya ialah :-

1. Melaungkan azan
2. Bismillah / memberi salam
3. Membaca surah Al Baqarah, Yaasin, Al Fatihah dan Al Ikhlas
4. Solat Sunat
5.Masuk dengan kaki kanan.

Amy tertarik dengan bab baca surah Al Baqarah tu, kalau boleh baca surah satu rumah boleh dengar. Surah tu panjang, tapi ustaz tu kata boleh baca mula-mula ayat dan akhir ayat. 

Tapi kalau nak senang lagi ... buka aje youtube... heheh. 

Coklat Untuk Anak-Anak...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

 Semalam En Hubby belikan coklat sebab masa dia pergi meeting kat 'luar' dia tak sempat nak beli buah tangan untuk anak-anaknya. Selalunya memang tak beli coklat mahal ni, tapi sebab mengenangkan anak-anak yang kena tinggal 2-3 hari, belilah jugak. 


Pagi tadi sebelum anak-anaknya keluar bilik, mamanya siap-siap asingkan, masukkan dalam beg kecik dan siap tulis nama lagi.

 Kalau tak buat camni nanti ada aje citer 'dia ambik lebih, dia ambik sikit', adik ambik abang punya ... macam-macam.



Coklat Bounty ni paling diorang suka tapi coklat ni lah yang paling sikit. Satu pek ada 14 ketul aje yang lain lebih 20 ketul.

Bukan diorang aje suka, Amy pun suka jugak... heheh.

Tarikh Tutup Biasiswa Terkini Untuk Lepasan SPM 2017

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tarikh Tutup Biasiswa terkini untuk lepasan SPM 2017 ini Amy dapat dari Kelab Sokongan Ibu Bapa SMK Seri Bintang Utara (KSIB).

Tarikh Tutup Biasiswa terkini untuk lepasan SPM 2017

Banyak jugak yang dah dekat tarik tutupnya kan.

Alahai Anak...

Assalammualaikum Dan Sejahtera ...



Banyak-banyak tempat, dekat ruang tamu ni jugak yang dia tampal.... adeh. 

Ikea - Lain Pulak Yang DiBeli

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Dah lama tak pergi Ikea... Sabtu lepas ajak En Hubby ke sana. Kononnya nak mencari balang bulat besar untuk letak biskut. Balang sebelum ni kocik sangat. 

 Sampai sana puaslah mencari balang tu, yang ada jenis yang kecik macam sebelum ni dan satu lagi tinggi kurus, letak spaghetti oklah.

Balang yang di cari tak ada ... huhu. Ntah macam mana lalu kat tempat cawan ternampaklah cawan yang 'godang ni' RM13.90 tak silap Amy sekali dengan pinggan alasnya.


Amy tangkap 4 set (4 cawan 4 pinggan), 2 untuk rumah Kl 2 lagi untuk rumah Pajam.

Bila dah buat air, nak minum .. besarnya cawan aku.

Umrah PertamaKu - Umrah Pertama.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Kami tiba di Royal Dar Al Eiman Hotel dah dekat pukul 9 malam. Lepas macam-macam citer pukul 10 lebih baru masuk bilik.

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat kami nak bawa MIL dan FIL ke sana dan menginap di hotel yang dekat. Lega bila mereka selesa dan gembira.

Maklumlah masing-masing dah berumur, manalah larat nak jalan jauh-jauh 5 kali sehari. 

Royal Dar Al Eiman Hotel

Kami terbahagi kepada 2 kumpulan, kumpulan satu lagi menginap di  Hotel Mira Ajyad.

Royal Dar Al Eiman Hotel

Lobby...


Royal Dar Al Eiman Hotel

Ustaz yang tunjuk kami bilik tu pun baru perasan. Agaknya letih sangat kot. Kami berlapan diberinya bilik satu aje katilnya pulak ada 4 patutnya 2 bilik.

Royal Dar Al Eiman Hotel

TV ada 2 channel aje, satu siaran langsung kat Masjid Nabawi dan satu lagi siaran langsung dari Masjidil Haram. 

24 jam benda yang sama. Kalau nak pergi masjid tu bolehlah tengok kat tv orang ramai mana ada kat dalam tu.

Royal Dar Al Eiman Hotel

Setiap kali masuk waktu, akan dengar azan life dari masjid. Bukan dari luar. 
Amy tak tahulah hotel lain macam ni juga atau tak. Mungkin sama kot.

hotel royal dar al eiman




Depan wc3


Lepas dapat bilik, golek-golek, gi toilet... ala buatlah apa yang patut dan kami turun berkumpul di Wc3 pukul 12:30 pagi.
Rupanya banyak Wc kat situ, yang dekat ngan hotel kami Wc3 toilet lelaki, toilet perempuan Wc4 jauh sikit menghala ke sebelah Hilton.

Dalam perancangan pukul 12:30 pagi tu nak buat umrah pertama tapi tunggu ketibaan group yang lain, pukul 2:30 pagi baru start umrah pertama.

Rupanya pukul 2:30 pagi tu orang dah kurang. Kami dapat tawaf dengan selesa, boleh jalan relax-relax lagi. 

umrah dibimbing ustaz harianto

Kami semua berjalan dalam satu kumpulan perlahan-lahan dengan diiringi oleh Ustaz Harry. Kami dibimbing oleh ustaz melalui walkie talkie. Satu-satu ustaz tu bimbing, bermula dari saat melihat kaabah, berniat tawaf, bacaan doa, Saie sehinggalah habis. Dia cakap kita jai tukang ikut aje.

Ketiga-tiga kali umrah ustaz akan iring dan bantu. Buat yang pertama kali macam Amy dan anak-anak, ia sangat membantu. Mula-Mula risau jugak tapi ahamdulillah semuanya lancar lepas tu.

Tak nampak sangat dalam gambar ... kami semua dibekalkan walkie talkie dan headphone tu sebabnya semua bawa beg. Senang nak letak walkie talkie tu. Amy senang aje, masuk dalam poket baju, headphone pakai dalam telekung, semua orang tak nampak.

Guna walkie talkie tu semestinyalah untuk berhubung kan, malah tau kot-kot ada yang hilang sekejap. Lagi satu tak delah terjerit-jerit ustaz tu nak bagi tau kena angkat tangan, sampai lampu hijau, baca doa semua tu kan. Tak lah menganggu jemaah yang lain.

Alhamdulillah pukul 4:30 pagi selesai umrah kami yang pertama. Pukul 5 lebih dah azan subuh. Kami balik hotel lepas solat subuh dan sambung pengsan. 

Korang yang mana?

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Mesti ramai yang dah jumpa benda ni kan, rasanya dah lama jugak benda ni.

korang yang mana

Saja aje hari ni nak post benda ni... asyik citer pasal umrah aje panjang menjela hari ni post pendek pulak.... 😀.

Amy ni dah membesar tahab chubby rasanya lah.... ke dah tahap comel ek? Takut nak menimbang... heheh.

Korang yang mana? 

Umrah PertamaKu - Madinah ke Mekah.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Selain dari pergi ke sekitar Madinah ada juga program ziarah sekitar Masjid Nabawi dan diberi penerangan mengenai sejarah pembinaan dan pembesaran Masjid Nabawi. 

Kumpulan kami juga dibawa menziarahi perkburan Baqi yang menempatkan para isteri Rasullulah SAW, ahli keluarga dan para sahabat RA. Aktiviti ni lah yang kami kena tinggal kali kedua tu... huhuh, padan muka.

Ziarah Muzium dan ziarah ke kawasan Saqifah Bani Saadah terpaksa dibatalkan sebab Muzium buat renovation. Semua aktiviti ziarah ni dibawa sendiri oleh Ustaz Hariato (Harry).

Umrah PertamaKu - Madinah ke Mekah.

Malam terakhir kami di Madinah, kami telah diberi taklimat perjalanan ke Mekah oleh Ustaz Faizal(Mursyid). Ustaz Faizal datang dari Mekah ke Madinah semata-mata untuk membawa kami ke Mekah.

Selepas solat subuh dan sarapan pagi kami semua diberi penerangan sekali lagi mengenai pantang larang ihram, pakaian lelaki dan perempuan ... apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Haaa masa nilah ada macam-macam soalan pelik yang keluar.

umrah bersama uhr travel

Kami semua diminta keluarkan beg sebelum pergi solat zohor dan ziarah Wada'. Balik masjid tinggal makan aje. Lepas makan boleh balik bilik kejap untuk ke toilet dan lepas tu kami semua check out.


Umrah pertamaku- madinah ke mekah

Miqat Bir Ali

Ingatkan jauhlah Masjid Bir Ali tu rupanya tak sampai setengah jam dah sampai.

Cantik kat dalam masjid ni, ada taman kat dalam dia. Amy suka. Masjid yang paling cantik yang pernah Amy pergi sepanjang berada di sana.

Miqat bir ali

Alhamdulillah, tak berapa ramai orang hari tu. Selesai solat kami semua berkumpul semula di luar masjid.

Ustaz faizal bagi penerangan sekali lagi tentang ihram dan larangannya. Orang perempuan tak de banyak citer. Orang lelakilah dia cek betul-betul tang selipar tu dan confirmkan sekali lagi yang diorang hanya pakai 2 helai kain aje. Manalah tau kot ada yang terlupa pasal seluar kecik... heheh.

Jemaah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan lelaki dan perempuan yang akan berniat umrah biasa dan satu lagi niat umrah bersyarat ... walaupun makan pil masuk jugak dalam kumpulan ni.

Dua-dua kumpulan Ustaz Faizal bacakan niat kami ikut aje. Bila tang niat bersyarat tu ... segan pulak rasanya, heheh.

Miqat di bir ali

Nasiim tengah test cara mama dia pakaikan kain ehram ...

Kain ihram
Mamanya tak pakai kain ihram tapi mamanyalah yang pening kepala pasal kain ihram ni. Manalah sempat kalau nak harapan en hubby sorang yang pakaikan anak-anaknya. Nanti ada pulak kes yang tertanggal tengah jalan.

Akhirnya mamanya lagi expert pakaikan kain ihram dari ayah dan datuknya... siap boleh keluar dan masuk balik tangan bila ittiba' 😁.  

Masjid bir ali

Masjid Bir Ali dari dalam bas.

Kami meneruskan perjalanan ke Mekah. Perjalanan 400 km lebih. tak jauh dari Masjid Bir Ali kami semua dah pengsan.

Dah dekat maghrib kami singgah di satu hentian RnR. 
Apa yang hendak Amy katakan ialah...

Aku tak tahu aku kat mana

ditengah-tengah padang pasir

tempat jin bertendang

In the middle of nowhere....

Umrah PertamaKu - Madinah ke Mekah.

Cantik pulak pemandangan...

RnR tu kecik sangat.
Masjid dia pun kocik sangat. Toilet lagilah... beratur.
En Hubby dan anak-anak antara yang awal masuk toilet dan berwuduk jadi diorang dapat solat dalam masjid.... ehhh Amy rasa Amy tak nampak seorang lelaki pun yang solat kat luar.

Amy, Cik Ya dan MIL lambat jadi kena solat atas kapet berpasir kat luar. Tak de priversi langsung. Punyalah ramai perempuan kena solat kat luar, orang dari bas dari jalan semua boleh nampak.

Umrah PertamaKu - Madinah ke Mekah.

First time solat kat luar ... 



mertabak arab
Mertabak SR3.

Tak banyak kedai kat situ, ada satu kedai makan, satu kedai serbaneka dan 2 orang yang menjual kebab dan mertabak.

Kedai makan lengang, semua beratur kat orang jual mertabak dan kebab.
Semua orang beratur tapi ada satu pak arab ni dia nak main potong aje alasan dia tak nak beratur dengan perempuan. 

Seorang perempuan Indon tak puas hati dia pun soundlah ... pak arab tu jawab dia lelaki orang tu perempuan ... haram, cakap dengan dia pun haram. Kami semua tengok dia... ko apa hal, zaman batu kapur ke apa

Sudahnya semua orang malas nak layan... lantak lah ko kat situ. 

Kami meneruskan lagi perjalanan, naik aje bas masing-masing sambung pengsan. Dah dekat nak sampai Masjid Saidatina Aiesyah (Miqat Tanaeim) baru kami dikejutkan dan bertalbiah sehingga sampai ke hotel.


p/s: Hari terakhir di Madinah ni bibir semakin teruk. Nak senyum pun payah. 

Umrah PertamaKu - Apa Yang Di Beli di Madinah

Assalammualaikum Dan salam Sejahtera...

Tak banyak Amy beli di Madinah ... masa tu rasa banyak tapi bila bandingkan dengan orang lain, tak banyak rupanya.

Benda pertama sekali kalau pergi sana mestilah nak beli kurma kan. Kalau beli tak kan nak beli sekilo dua aje kan. Bangsa kurma ni pun ada macam-macam. 

Amy sebenarnya memang tak tahu berapa nak agak harga kurma-kurma tu. Tak teringat nak google pun masa tu.

Umrah Pertama ku - Apa Yang Di Beli di Madinah

 Kurma medjool - dalam plastik putih tu.
Kurma ni besar-besar, mula-mula beli sekilo aje dulu SR40 lepas tu beli sekilo lagi.

Kurma Sukari basah - tak de dalam gambar sebab masa tu dia duduk dalam peti sejuk.
Sekotak 3 kg SR40. Amy suka rasa sukari ni lepas tu ajak En Hubby pergi beli sekotak lagi. Keesokkan hari menyinggah lagi ke kedai yang sama, dia jual sekotak SR20 ... melopong ajelah.

Kurma Ajwa Madinah - Dalam plastik biru.
Amy beli 2 kg aje sebab mahal. Harga ikut saiz. Amy beli yang kecik aje SR40 sekg

Kacang Pistachio besar unsalted - dah abis kena kenduri. SR60 sekilo. Kalau kat Malaysia memang aku tak beli. Mahal.

Kacang mix tu 2 kg tapi Amy dah lupa harganya.

Halwa pistachio bekas kecik SR10

Kurma Ajwa Alia dalam kotak - beli dari UHR SR110 (RM130)

Ramai yang tahu pasal kurma ni tapi Amy nak bagitau jugak ... heheh.

Kurma Ajwa Alia ni ditanam di dalam kawasan tanah haram Madinah. Ustaz kata kurma Ajwa yang dimakan 7 biji tu adalah kurma Ajwa yang ni. Susah nak dapat sebab tanah haram Madinah hanya seluar 16 kilometer persegi, Amy pun tak tau betul ke tak luas tu.

Jadi kurma Ajwa Alia ni memang terhad, puas kami tawaf kedai pun tak jumpa. Ustaz kata UHR beli kat ladang dia. Siap ada alamat ladang lagi kat kotak tu.



Umrah Pertama ku - Apa Yang Di Beli di Madinah

Biskut coklat ni beli sebab si Faris yag beriya nak beli. Punyalah mahal, masa rasa tu dia kata sedap tapi bila dah beli jarang pulak nampak dia makan.
Sekilo dekat SR50 rasa tapi tak ingat pulak Amy tawar dapat berapa.

Umrah Pertama ku - Apa Yang Di Beli di Madinah

Coklat yang Amy beli di Bukit Uhud - 2 kilo SR40.

Amy beli lagi coklat yang macam ni di kedai dekat hotel tapi tak dapat sekilo SR20. Diorang jual sekilo SR35. Amy pun pelik apasal mahal sangat. 2-3 kedai Amy masuk diorang tak nak kurang.

Last dapat sekilo SR28 ke SR30 macam tu lah. Itupun Amy kata kalau dia bagi kurang Amy beli 2 kg.

2 kg tu banyak ... satu plastik besar, coklat tu besar-besar, lebih 100 biji tak silap Amy.

Amy lagi suka coklat yang beli kemudian dari yang dibeli di Bukit Uhud. Lebih sedap. Coklat Bukit Uhud tu sampai sekarang tak laku.


Itu ajelah yang kami beli rasa macam dah banyak tapi bila dah balik sini, dah bagi sana sikit sini sikit tak berapa lagi yang tinggal dalam peti tu.

Baju kurta untuk anak-anak dan En Hubby. Cukuplah seorang sehelai.

Amy pulak beli sehelai jubah hitam dan 2 helai jubah biasa. 

Umrah PertamaKu - Jalan-Jalan Sekitar Mardinah

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Hari Sabtu, tempat yang pertama sekali yang kami tuju pagi tu ialah Masjid Quba. Sesak sungguh pagi tu, bukan setakat kita yang datang ziarah tapi penduduk tempatan pun ramai jugak. 

Ustaz Nasrul Haq kata memang menjadi kebiasaan penduduk di sana bila cuti datang ke Masjid Quba dulu sebelum pergi ke tempat lain. 


masjid quba'

Masjid Quba'.

Sebelum bertolak banyak kali ustaz ingatkan agar berwuduk dulu sebelum bertolak dan dia jugak ada memberitahu kami, Rasulullah swt menyebut - Barang siapa yang telah bercuci (berwuduk) di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba' lalu solat di dalamnya 2 rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.

Tak delah jauh sangat Masjid Quba tu dari hotel tapi nak menjaga wuduk dari hotel tu yang agak banyak rintangan nak-nak pulak masa nak masuk ke dalam masjid tu ... sesak. 

masjid quba'

Macam kat Masjid Nabawi kat sini pun ada polis cek sebelum masuk ruang solat. Disebabkan ramai sangat yang datang jadi dia tak kasi lama-lama kat dalam tu. 

Kebetulan masa Amy masuk dapat pulak tempat yang agak tersorok, seronoknya lah rasa bila dapat solat dengan aman siap dapat solat dhuha lagi. 

Kat sini ada polis mak arab tu ada ayat baru berbanding polis mak arab kat Masjid Nabawi. "Ibu... ibu, cepat bas ...." Amy tak ingat dia kata bas jalan ke atau bas tinggal. Dalam hati pandainya dia buat supaya orang cepat kejar bas.


masjid quba'

Punyalah banyak burung merpati kat sini. Putih-putih kat atas simen tu dia punya kerjalah. Puas nak menjaga baju takut menyapu dia.

masjid quba'

Dah siap sembahyang semuanya berkumpul kat luar. Bagus jugak tali kat leher tu pink terang benderang ... dari jauh lagi dah nampak.  Amy memang suruh anak-anak pakai tag nama tu walaupun tak ada aktiviti ziarah ... senang nampak anak aku tu, nampak pink aje kat leher.

masjid quba'



ladang kurma

Ladang Kurma

Selepas Masjid Quba' kami ke Ladang kurma, ingatkan diorang menjual bawah pokok kurma tapi tak. Pokok kurma kat belakang kedai adalah. Kami beli kuma muda aje kat sini. Sodap makan sojuk-sojuk tu, macam ais krim.

Tapi ada pak cik kat dalam bas tu kata dia beli kuma muda tu kat Masjid Quba' dapat harga lagi murah. Emmm.... nak buat camner.

Ustaz ada beritahu ... kurma muda tu bukalah bererti baru dipetik sebab katanya kurma berbuah setahun sekali aje. Untuk kami yang kenal buah sawit dari buah kurma ni, info tu sangat membantu.... tak delah kami pergi mencari kurma yang paling baru sekali dipetik atau pun pergi tanya kat penjual tu bila ia di petik.... heheh.


ladang kurma

Dari lapar terus kenyang bila masuk dalam ni. Segalanya aku rasa... heheh. 

ladang tamar

Ingatkan nak beli coklat kat sini tapi lupa pulak lepas tu.

MIL nak beli kurma... dua tiga orang dia pergi tanya tapi tetap sama jugak. Diorang bagi kita rasa kurma yang ada atas meja tu tapi bila kita nak beli dia bagi yang dah siap-siap pack. 

Perasan tak kalau kurma kat Malaysia ni, kadang-kadang ada macam berhabuk-habuk kat dalam dia, kalau bernasib baik jumpa tetamu yang ada kat dalam tu kan.... biasalah ntah bila punya stok. 

Hari tu masa rasa-rasa kurma diorang ada 1-2 yang macam tu terus Amy tak jadi beli lagi pun kalau dibandingkan harga Amy tetap rasa kurma yang dijual sekitar hotel tu lagi murah.


bukit uhud

Bukit Uhud.

Dari Ladang kurma kami ke Bukit Uhud pulak. Cantiknya bukit kat sini dari jauh nampak merah. 


bukit Uhud

Turun aje dari bas terus bergambar.


Inilah hasilnya kalau suruh anak-anak yang ambik gambar mamanya... janji ambik. En Hubby siang-siang dah malas nak melayan baik dia pergi beli ais krim. Jadilah janji ada gambar kenangan di sana.


Bukit Uhud - beli ais krim

MIL kata bila sampai sini wajib beli ais krim. 

Ais krim dalam kon SR3 tapi kalau dalam cup SR5. Memang sodap ais krim dia ... memang wajib rasa. 

Tapikan ... kami ajelah yang beli ais krim tu, yang lain macam pelik aje tengok kami.



Bukit Uhud makan ais krim

Ni ikut muka mama ke muka ayah ke muka campur....


Bukit Uhud

Orang lain sibuk dengar penerangan kami pulak sibuk beli ais krim nasib baik sempat dengar cerita tentang Perang Uhud dan Saidina Hamza r.a.

Bukit Uhud

Papan Panduan Ziarah Perkuburan Syuhada.



Bukit Uhud

Sebelum ni tak ambik tahu pun sekarang baru tahu... adeh aku ni.

Kubur tak de batu nisan kata ustaz kat sini mereka lebih mementingkan kat dalam kubur dari kat luar kubur... insaf den mendongarnya.


Bukit Uhud

Boleh shopping lagi kat sini.


bukit Uhud

Kat sini pun ada jual kurma muda jugak.

Amy beli coklat aje kat sini, 2 kg SR40. Jadilah.

Sebelum balik kami menyinggah lagi beli ais krim, siap belikan satu untuk driver bas. 

Kami kan berenam (Nadia dan FIL tak ikut) enam-enam berdiri kat kete ais krim tu, terus penuh. Lepas tu barulah sorang-sorang ahli group kami join. Yang dah ada dalam bas turun balik nak beli ais krim. Bukan group kami aje tau ... group lain pun datang jugak. Tak sangka jadi tukang promote.

Dari sini kami terus balik ke hotel. Sempat lalu dan tengok Masjid Qiblatain aje sebab nak sampai hotel sebelum solat Zohor. 

p/s: Hari kedua bibir dah mula pecah, Amy terlupa bawa lipsbalm.