Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Kononnya lepas subuh pagi tadi nak pergi berkelah di Taman Tasik Permaisuri, Taman Pudu Ulu kat depan rumah ni pokok tak besar lagi ... panas.

Rancang nak pergi sebelum pukul 8. Belum panas lagi, orang pun mungkin tak ramai lagi. Rupa-rupanya mamanya aje yang tung tang sana sini, yang lain relax aje ... macam tak de nak kejar apa-apa. Sudahnya pukul 9 lebih baru sampai sana... 😤.

Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Sampai sana meja banyak dah penuh, nak betang tikar atas tanah ... nak golek-golek, tikar tak cukup besar. Nak tak nak bentanglah tikar semeter tu atas meja.


Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Lepas makan En Hubby dan anak-anak nak jalan-jalan keliling taman. Amy pulak kononnya nak duduk situ baca buku. Tak sampai 10 minit pun lagi Amy dah tak tahan. Banyaknya nyamuk, pastu tak selesa pulak sebab hari dah mula panas.

Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Akhirnya Amy bungkus-bungkus dan kejar En hubby.


Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Ni Gaya apa Amy pun Tak tau ...


Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

 Irfan yang jadi tukang ambik gambar... heheh.


Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Tengah jalan-jalan nampak playground kat sebelah satu lagi, short cut ajelah, kalau ikut laluan dia jauh pulak nak kena pusing.


Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Bukan senang nak tengok En Hubby mendaki bukit ... heheh. 


Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.



Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Kena gigit nyamuk ... 



Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.




Sepagi Di Taman Tasik Permaisuri.

Dapatlah satu keping gambar berdua. En hubby Amy ni memang malas nak melayan bab bergambar ni ... so jangan haraplah dia nak buat apa-apa posing ok. 

Pukul 11 kami pun balik. Bukanlah berkelah seperti yang Amy rancangkan ... lebih kepada sarapan dan jalan-jalan aje kat situ.

Chocolate Congo Bar, Resepi Senang, Mudah Dan Sedap

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Satu lagi resepi congo bar yang sedap. Lagi sedap dari yang Amy cuba sebelum ni. Resepi ni dikongsikan oleh kak Azlita masam manis. Kebanyakkan resepi yang Amy cuba dari blog beliau memang tak mengecewakan.

Chocolate Congo Bar, Resepi Senang, Mudah Dan Sedap

Resepi ni guna whisk aje pun boleh tapi Amy guna mixer sebab nak cepat.

Anak-anak dan En Hubby semuanya suka dengan congo bar yang ini. Cepat aje abis dikendurikan.


Chocolate Congo Bar, Resepi Senang, Mudah Dan Sedap

Chocolate Congo Bar
Azlita Masammanis

Bahan A - Ayak bersama :-
280g tepung
2 1/2 sk baking powder
30g serbuk koko 

kalau nak lagi sedap pakailah serbuk koko yang mahal tu... heheh.

250g butter - cairkan
300g gula perang
2 biji telor A
1 sk esen vanila
1 cwn coklat cip
1/2 cwn cransberry - opt
coklat hiasan - opt


Chocolate Congo Bar, Resepi Senang, Mudah Dan Sedap

Cara Amy :-
- panaskan oven suhu 170℃
- loyang 10 inch, gris dan letak baking paper.

1. Pukul telor dan gula sehingga sebati - tak perlu sampai kembang.
2. masukkan esen vanila - gaul rata
3. Masukkan butter yang telah dicairkan- gaul rata
4. masukkan tepung - gaul ratakan atau kaub balik
5. Masukkan cransberry dan coklat cip - gaul rata lagi
6. Masukkan ke dalam loyang.
7. Letak coklat hiasan kat atas, boleh juga letak kekacang.
8. Bakar 30 minit atau sehingga masak.
9. Tunggu sejuk baru potong.


*** Macam biasa, bila dah masuk tepung jangan kacau lama-lama, kaub balik sebati cukup ***

Chocolate Congo Bar, Resepi Senang, Mudah Dan Sedap

Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Lama dah terperap n3 ni kat dalam draf tu. Congo bar ni Amy buat sebelum Irfan ambik PT3 tahun lepas.

Resepi ni sangat senang, tak payah mixer. Boleh aje kalau nak tambah kekacang atau cransberry.

Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang
Nampak macam kering sikit sebab panas-panas terus potong ... kes tak menyempat.


Tak boleh bebel panjang-panjang, banyak lagi yang kat dalam draf tu yang menunggu.

Amy sharekan di sini resepi ni untuk rujukkan masa hadapan. Lagi pun senang kalau letak kat sini, pergi mana-mana tak payah bawa buku resepi. 

Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang

Congo Bar.

75g butter - Amy guna scs
120g gula perang
 1 1/2 telor A - puas nak setengahkan dia.
1 sk esen vanila
155g tepung
1 1/4 sk baking powder
100g chocolate chip


Caranya :-
- ayakkan tepung dan baking powder.
- griskan loyang 7 inch, alas kertas. Biarkan kertas tu lebih dari loyang, senang tarik keluar nanti.
- Panaskan oven 150℃ selama 5-10 minit.

1. Cairkan butter
2. masukkan gula perang - kacau sebati.
3. Masukkan telor dan esen vanila - kacau lagi.
4. masukkan tepung kacau - sebati aje, jangan kacau lama-lama
5. masukkan chocolate chip - kaub balik bagi rata.
6. masukkan ke dalam loyang dan bakar 35 minit atau sehingga masak - Amy tambah lagi 10 minit.

*** tips - bila dah masuk bahan kering jangan kacau lama takut batat... 😉 *** 

Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang

Guna lesung batu ... heheh.

Amy tambah masa bakar 10 minit lagi kerana takut dalam dia rasa macam tak berapa masak, melekat kat lidah.


Congo Bar ... Resepi Mudah dan Senang

Victoria Sandwich Cake ... emmm Sedapnya

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Punyalah lama simpan resepi ni. Zaman kegemilangannya pun dah lama berlalu, Amy pulak baru nak cuba... heheh.


Victoria Sandwich Cake ... emmm Sedapnya

Kek ni kek butter aje pun tapi bila dah disandwichkan dengan buttercream dan strawberry compote, bukan main lagi nama yang diberikan. Nasib baik rasanya sedap.

Macam biasa ... kalau kek butter kenalah guna pure butter baru lah rasa ada umppp sikit ... hahahah.

Nasib baiklah kedai kent tu masih lagi menjual harga butter scs zaman free tax dulu, dapatlah satu ketul RM10.20. 



Victoria Sandwich Cake ... emmm Sedapnya

Nama aje kek butter tapi kosnya bukan main lagi. Untuk kek dan buttercream aje dah RM20.40 butternya, tu belum lagi kira harga stawberry dan stawberry preservednya lagi. Nasib baik rasanya sedap.

Lain kali Amy nak tukar buttercream tu dengan whipping cream non diary Rich. Murah sikit.

Victoria Sandwich Cake ... emmm Sedapnya

Butter Cake

Bahan-bahannya :-
312g  butter - Amy guna scs
250g gula kastor
4 biji telor A
1 kuning telor A
2 sk esen vanila
1 sb madu/glukose syrup
250g tepung naik sendiri
5 sb susu - Amy guna lowfat.

Caranya :-
1. Panaskan oven 150℃ 
2.  Pukul butter dan telur sehingga kembang dan pucat, dalam 5 minit macam tu. 
3. Masukkan telor satu persatu - Amy campurkan aje telor, madu dan esen vanila. Pukul rata
4. Masukkan tepung, jangan pukul lama, kalau nak pakai senduk pun boleh. Asalkan rata dan sebati dah.
5. Masukkan susu.
6. Masukkan ke dalam 3 loyang berasingan. Amy guna loyang 9 inch. Timbang supaya kek lebih kurang sama tebalnya.
7. Bakar 30 minit atau sehingga masak.
8. Biarkan semalaman supaya kek jadi lebih moist. Amy balut dengan plastik wrap dan letak kat luar aje.

Victoria Sandwich Cake ... emmm Sedapnya

Strawberry Compote

188g strawberry segar, dibasuh dan dibersihkan.
18g gula kastor
1/4 sk gula - Amy terlupa letak.
85g strawberry preserved
1/4 sk tepung jagung

Caranya:-

1. Masak strawberry dan gula kastor sehingga menjadi jem.
- Amy buat macam double boil tu. Janganlah hancur sangat, biarkan masih ada rupa strawberry sikit.
2. Masukkan strawberry preserved dan gula.
4. Masukkan tepung jagung.
Biarkan sejuk.

Victoria Sandwich Cake ... emmm Sedapnya

Swiss Meringue Buttercream

2 biji putih telor A
1/4 cwn gula kastor
255g butter - Amy guna scs
75g whipping cream non diary
50g whipping cream uht anchor
setitik esen vanila - nanti klah pulak bau strawberry.

Caranya :-

1. Double boil telur dan gula.
2. Kacau laju supaya gula larut dan putih telur tidak masak. nanti tak pasal2 jadi telur hancur pulak. 
3. masukkan dalam mixer dan pukul sehingga soft peak dan mangkuk mixer sejuk.
4. Masukkan butter sejuk yang telah dipotong kecil-kecil. Lagi kecik lagi bagus.
5. Putar sehingga berkrim. Jangan terlebih putar nanti terlalu kental pulak. Berkrim, licin aje dah.
6. Masukkan kedua whipping cream dan esen vanila.
7. nak lagi selamat pukul non diary whipping cream tu asing. Pukul sehingga kembang masukkan uht whipping cream dan campurkan ke dalam butter. Pastu kaub balik.
- Amy terlebih pukul jadi buttercream Amy tidak cantik, kental dan bila dipaipkan tak nak putus, dengan kulit kek tu sekali tercabut.



Victoria Sandwich Cake ... emmm Sedapnya


Dah siap semua bolehlah sandwichkan kek kita.

Bermula dengan kek, buttercream, stawberry compote dan ulang balik sehingga abis.

Krim tengah Amy tak suka letak banyak-banyak. Amy tak suka buttercream sebenarnya. Letaklah apa nama buttercream sekali pun, tetap Amy tak suka. Biar strawberry tu banyak tak pe.

Kek ni bila dah dibiarkan semalaman barulah rasa cream tu bercampur dengan strawberry. Buka peti sejuk aje semerbak bau dia. 

Kek ni sedap tapi tak leh makan banyak-banyak.
Muak.

Amy tambah strawberry dan blueberry lagi untuk seimbangkan rasa lemak tu barulah boleh makan banyak sikit. 

Kek Butter Yang Gebu dan Lembab.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Minggu lepas Amy jumpa resepi kek butter kat taste.com.au, resepi siap ada video. Nampak macam senang aje. Bahan pun memang dah ada kat dapur tu.

Kek Butter Yang Gebu dan Lembab.

Seperti kek butter yang lain, nak sedap kenalah guna pure butter, kalau guna buttercup dalam tin tu nanti ada bau macam magerin.

Resepi pun macam kek butter biasa jugak, kena ada butter, telor, gula dan tepung.



Kek Butter Yang Gebu dan Lembab.

Beza resepi ni dengan resepi yang selalu Amy guna tu, yang ni kena putar lama dan tambah susu. Hasilnya kek lebih gebu dan lembab. 

Kek Butter Yang Gebu dan Lembab.


Butter Cake
Taste.com.au


Bahan-bahan:-

250g butter - Amy guna csc
1 cwn gula kastor
2 sk esen vanila
3 biji telor saiz A - Amy guna saiz L
2 1/2 cwn tepung naik sendiri
2/3 cwn susu - Amy guna low fat
1 sb madu/sirap glukose - Amy pandai2 letak 😉

Kek Butter Yang Gebu dan Lembab.



Cara-caranya :-

1. panaskan oven, suhu ikut oven masing-masing - amy guna api atas bawah, 150℃ 
2. Grease dan letak kertas ke dalam loyang - Amy guna 8 inch.
3. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan warna butter bertukar pucat. Amy pukul lebih kurang 6-7 minit.
4. Masukkan esen vanila, madu dan telor - pukul lagi
5. Masukkan tepung selang seli dengan susu - Tepung - susu - tepung -susu-tepung. Mulakan dgn tepung akhir juga dengan tepung.
6. Jangan pukul lama, agak agak sebati aje dah. Amy pukul sekejap pastu guna senduk untuk kaup balikkan dia.
7. Masukkan ke dalam loyang. 
8. Bakar sehingga masak. 
9. Amy guna loyang 8 inch dia tebal. Bakar 70 minit.
- kalau guna 9 inch mungkin rendah sikit dan masa bakar kurang sikit.
10. Biarkan sejuk dan tabur gula aising kat atas kek sebagai hiasan.

Kek Butter Yang Gebu dan Lembab.

Cerita Pertama 2019

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Dah 19 hari masuk tahun 2019, orang lain dah post macam-macam cerita tapi Amy baru nak start... huhu.

hujan lebat di petang hari

Hujan lebat masa ambik Nasiim hari Khamis lepas. Habis basah baju dan tudung dek tempias hujan tapi sempat jugak ambik gambar...😊.

Sekarang ni asal malam aje kena mengadap Nasiim buat homework. Punyalah banyak homework dia. Sampai rumah dah pukul 6 ... dari lepas maghrib sampai pukul 11 malam pun belum tentu habis homework dia. 

Kesian dia setiap hari tidur lewat. Mamanya ni pun kadang-kadang terlelap jugak mengadap dia tu... heheh.