Dasyatnya Sedekah

umrah 2018, feb.

Perkongsian Kebaikan daripada sedekah.

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

2.  Sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makanan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa-dosa yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT 

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah 

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT In Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang atau burung-burung



Zikir selepas solat witir

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

zikir selepas solat witir

Zikir selepas solat witir.

Tips Doa Qiyamullail 10 malam terakhir

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera ....


  Tips Doa Qiyamullail 10 malam terakhir, Amy kopi paste dari group whatsApp untuk dikongsikan di sini.


In The middle of nowhere, umrah feb 2018.
Gambar takde kena mengena, 


Bahagian 1 – Pengampunan Dosa 

1. Minta ampun keatas dosa2 diri sendiri
2. Minta ampun keatas dosa ibu bapa 
3. Minta ampun keatas dosa pasangan 
4. Minta ampun keatas dosa anak2 
5. Minta ampun keatas dosa keluarga (sanak saudara adik beradik), jiran-jiran, 
6. Minta ampun keatas dosa guru2/ustaz/ustazah, kawan-kawan dan
7. Minta ampun keatas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia) 

Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan 

1. Dimurahkan rezeki 
2. Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga 
3. Anak2 diperlihara oleh Allah 
4. Minta rezeki diberkati 
5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit 
6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kita tanggung
7. Minta hati anak2 kita tidak berpecah belah
8. Minta orang lain kasih kpd keluarga dan diri kita 
9. Dijauhkan dari orang lain dengki khianat, iri hati, cemburu kpd kita 

Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian 

1. Mohon Mati dalam husnul khatimah 
2. Mohon Mati dijauhkan dari fitnah 
3. Mohon Dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, muhammadur rasulullah” 
4. Minta mati sedang dalam beribadah 

Bahagian 4 – Alam Barzakh 

1. Jadikan kuburku nanti dari taman2 syurga
2. Jangan jadikan kuburku dari lubang, lubang api neraka 
3. Ya Allah, aku takut gelap (terangkanlah kuburku) 
4. Ya Allah, aku takut sempit (luaskanlah kuburku) 
5. Ya Allah Engkau lapangkanlah kuburku sejauh mata memandang 
6. Engkau berikanlah rezeki pada ku didalam kubur nanti 
7. Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat dudukku di dalam syurga 

Bahagian  5– Ketika di Padang Mahsyar 

1. Ya Allah, selamatkanlah aku di padang mahsyar 
2. Jadikan aku duduk di maqam mahmudah (kedudukan yg terpuji) 
3. Jadikan aku orang yg duduk dibawah perlindungan arashmu 
4. Ya Allah, jangan Engkau seksa aku di padang mahsyar 
5. Berikanlah suratan amal dari tangan kanan 6. Padamkan dosa2ku di dalam kitab2 amal 
7. Jangan Engkau tunjuk/tayang dosa2ku yg dulu aku lakukan di tayangan amal 
8. Tutup dan lindungilah aib2ku,dosa2ku dan kesilapanku dulu 
9. Beratkan timbangan amal di sebelah kananku 
10. Masukkan aku di dalam golongan yg masuk syurga tanpa hisab 

Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat 

1. Permudahkanlah aku milintasi titan sirat 
2. Jangan jatuhkanku ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat 
3. Ya Allah, tolonglah aku ketika melintas titian sirat 
4. Ya Allah, percepatkanlah aku melintas titian sirat sepantas kilat.

Bahagian 7 – Masuk Syurga Allah 

1. Ya Allah, kurniakan aku syurga firdaus 
2. Bangkitkan aku bersama nabi Muhammad saw di syurga firdaus 
3. berilah aku dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW 
4. Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api neraka.

Selamat beramal.

Kredit kepada penulisnya yang dapat via whatsaap. Semoga beroleh pahala dariNya atas sharing bermanfaat ini.

26Ramadan 
19May 2020

Mandi Wajib Selepas Subuh Semasa Bulan Puasa. Sahkah Puasanya?


Tapai Pulut ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sahur tadi baru teringat tapai yang tersorok dalam kabinet buku, sepatutnya semalam Amy dah keluarkan. Alhamdulillah menjadi resepi tapai yang Amy cuba kali ni, tak terlalu manis dan macam kapas rasa pulutnya. 


Tapai Pulut

Awal bulan Februari yang lepas, Amy jumpa video cara-cara menbuat tapai di Facebook Dapur KakZu. Puas mencari ragi tapi tak jumpa, bila tak cari ada aje dia tu. Bila dah PKP ni langsunglah terhenti misi mencari ragi tu. Nasib baik ada yang menjual di Shopee. Macam biasa, kalau beli kat online masa pkp ni tau ajelah ntah bila sampainya tu. Ragi Amy ni ambik masa seminggu baru sampai. Warna dah kekuningan dan bau agak kuat. 


Tapai Pulut



Tapai Pulut By FB Dapur Kakzu.

Bahan 

1 kilo beras pulut ( rendam 6 jam )
1 1/2 sudu makan gula
10 gm RAGI
3 cawan air MINERAL



Tapai Pulut


CARANYA

1. Kukus pulut selama 1 jam hingga pulut masak dan berkilat
2. Sejukkan dahulu
3. Hancurkan RAGI
4. Apabila Pulut sudah SEJUK Tapiskan serbuk ragi ke keseluruhan pulut balik balikkan biar ragi sekata
5. Masukkan 3 cawan air bercampur gula secara berperingkat sambil gaul rata
6. Masukkan tapai ke dalam bekas di sukai
7. Peram tapai selama 2 hari 2 malam di dalam kotak bertutup
8. Selepas 2 hari boleh la di masukkan ke dalam petisejuk

TIPS


1. Boleh kurangkan kandungan gula pada sesiapa yng tak suka manis sangat @ jangan letak gula langsung jika nak original manis dari RAGI

2. Pemilihan ragi adalah sangat penting. Jika tapai anda masam bermakna anda perlu menggunakan ragi yang lain

3. Kesedapan tapai pulut bergantung sepenuhnye pada jenis ragi yang digunakan.

4. Kebiasaannya ragi ada di jual di pasar. 

5. Pastikan pulut betul2 sejuk sebelum menggaul utk menggelakkan tapai menjadi merah


6. Boleh juga di bungkus dalam daun pisang atau daun getah

Balcony - Tanam pokok yang boleh dimakan.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Pokok yang beli kat Shopee tu semua sudah selamat dipasukan. Tanah yang satu beg besar tu pun dah habis.. ingatkan cukup tapi tak. Kena beli lagi jawabnya sebab pokok utama tak tanam lagi.


Balcony - Tanam pokok yang boleh dimakan.

Banyak pokok bunga Amy dah buaang. Pokok Telang yang menyalar kat kayu tu Amy dah cabut, nanti nak semai benih baru kat situ ... kena tunggu tanah dulu. Rasa macam kosong pulak bila dah alihkan pokok Fiddle Leaf Figs.

Balcony - Tanam pokok yang boleh dimakan.

Pokok Lemon ... Amy cucukan sekali pokok ulam pengaga yang dah berakar kat situ. Sesat satu pokok kesum. 

Balcony - Tanam pokok yang boleh dimakan.

Bahagian belakang pagar, tempat aircond. Bahagian ni memang bermanga(lock pad) sentiasa.
Rumput tipu tu beli kat DIY,  nak kena tambah lagi tu bagi  berseri sikit kawasan ni.

 Pokok Limau purut dah tengelam dek pokok kaembong yang gomok tu.


Balcony - Tanam pokok yang boleh dimakan.

Pokok Mulberry yang diserang si scale dan si bug hitam kocik tu. ntah apa nama dia Amy pun tak ghajin nak mengoogle, heheh. Buang segala daun yang rosak dan sembur si Neem yang sampai semalam tu.


Balcony - Tanam pokok yang boleh dimakan.

Sumber baja .... setiap kali nak ambik air mesti ada penyibuk, minggu lepas tak perasan dah tertangkap sekor, nasib baik amy perasan kat pokok ketapang tu. 


Balcony - Tanam pokok yang boleh dimakan.

Briosa Rose
Lepas kena baja air ikan banyak keluar bunga dia.

Balcony - Tanam pokok yang boleh dimakan.

Alhamdulillah ... Pokok Belimbing Buluh tu dah berdaun. 


Balcony - Tanam pokok yang boleh dimakan.

Si Matahari...
Punyalah banyak sebelum ni tapi yang berjaya hidup sehingga berbunga 2 pokok aje.

Balcony - Tanam pokok yang boleh dimakan.

Si Kunyit....

Jangan gelak... ini adalah first time Amy buat tau. Konon untuk Kesum tapi masa tu kesum tak de lagi jadi Amy letak kunyit. Air kat dalam tu air dari akuarium ikan. Serai tu baru berakar sikit, nak tunggu tanah dan pasu.



Balcony - Tanam pokok yang boleh dimakan.

Si Jambu...
Tak tau nak letak mana, ko duduk lah sementara kat sini tau.

Beli Pokok Online ...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Bila dah terkurung lama ni mulalah itu habis ini habis. Takkanlah nak ke kedai semata-mata nak beli cili atau daun pandan. Kedai runcit kat bawah tak jual benda-benda ni, kedai runcit bawah PPr sebelah tu tak taulah buka ke tidak. Tak kan nak ke AEON pulak kan... emmmm.

Nenek Amy kat kampung rilex aje. Nak serai tepi rumah, nak pandan kat belakang. Ko nak cili petik aje kat tepi-tepi dapur tu. Pokok cili tu pulak bukan dia tanam pun ... pokok hidup sendiri pastu boleh pulak sentiasa berbuah aje, tak de sapa siram atau baja pun. 

Dah menyimpang dari topik pulak dah .... heheh.

Amy nak buat edible garden kat balkoni tu ... nak tanam pokok pandan, serai dan sebagainya. Tangan panas pun panaslah kalau mati tanamlah lagi.

Sebelum nak tanam mestilah nak kena ada pokoknya dulu, bila semua tutup terpaksa beli kat Shopee. Matlamat utama nak beli pokok pandan dan pokok kari tapi bila dah rambang mata, pokok lain pulak yang dibeli...


Beli Pokok Online ...

Mulberry - Bunga Ong Nursery
Pokok ni sampai masa Hulu Langat kena PKPD, penjual tu sampai whatapps Amy tanya rumah Amy kena zon merah ke tidak... 



Beli Pokok Online ...

Pokok Lemon, Kunyit dan yang tinggal batang aje tu Belimbing Buluh - Mohdiwann, Shah Alam.

Satu minggu lebih Poslaju peram pokok aku. Kesian Belimbing Buluh tu tinggal batang aje daun semua dah gugur.

Beli Pokok Online ...


Baba Mr. Ganick Natural Insecticide Dr. Neem For 40 Types of Pests Insecticide, Tanah untuk sayuran dan benih pokok telang SHS Kebun

Amy beli minggu lepas sampai petang semalam. Selalunya JnT cepat tapi kali ni lambat sikit.

Tanah pun beli online ke? Ye lerrr, atas langit ni manalah nak ambik tanah, kedai pun tak buka lagi. Tanah ni khas untuk tanam sayur dan tidak dicampur najis haiwan.


Beli Pokok Online ...

Pokok Jambu batu dan Pokok Jambu Bertih (spesis pokok kocik)  - Mohdiwann, Shah Alam 

Kuih Seri Muka Yang Sangat Sedap... Yeay menjadi akhirnya.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kuih Seri Muka salah satu kuih favourite Amy. Banyak kali cuba buat kuih Seri Muka ni, ada aje yang tak kena ... senang citer, Fail. Bukan kuih Seri Muka aje, tanak pulut tu pun selalu fail jugak. Kuih Lapis tu pun sama janganlah request, baik beli aje. 
Agar-agar atau dulu-dulu Amy panggil 'Lengkong' yang guna agar-agar tali tu pun sama, kalau guna serbuk insyaallah menjadi. Pendek citer, kuih muih tradisional ni memang tak 'ngam' dengan Amy... heheh.

Minggu lepas Amy nampak kat IG Azie Kitchen, kuih seri muka comel aje dia buat, siap boleh tengok kat youtube lagi cara membuatnya. 

Kali pertama cuba, masa tanak pulut Amy lupa cairkan santan kotak tu dulu dan masa buat lapisan atas pun sama 'plus' salah baca resepi, terlebih air hasilnga lapisan atas terlalu lembik TAPIIIII.... tapi en hubby suka yang lembik tu dia kata macam makan tepung pelita.

Kali kedua buat Amy baca resepi betul-betul dan santan kotak tu campur air sehingga jadi seperti di dalam resepi. Alhamdulillah.... menjadi.

Amy suka resepi yang ini. Lapisan atas lembut tapi tak lembik seperti sebelum ni dan tidak juga rasa kenyal. Lapisan bawah sedang elok kejadiannya. Pulut masak dengan sempurna.

Kuih Seri Muka Yang Sangat Sedap... Yeay menjadi akhirnya.


Lapisan Bawah (pulut)

¾ cawan/320 gram beras pulut - rendam 1-2 jam  
1 ½ cawan santan – Amy guna santan kotak + air = 1 1/2 cwn santan tak berapa cair 😁 
½ sudu kecil garam 

Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang. Kukus pulut di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak. 


Angkat dan dikacau supaya bergaul rata. Kemudian ditekan tekankan dengan tangan berlapik plastik/sudu sehingga sedikit padat. 


Lapisan Atas:
resepi asal boleh lihat di blog Aziekitchen. Pertama kali buat amy tersalah baca jadi santan 2 cawan + 1/2 cawan air daun pandan hasilnya lembik terlebih air.

Kali ini Amy buat:

2 cawan santan pekat + 3 daun pandan 👇keterangan di bawah.
1 cawan gula pasir - Amy guna 3/4 cawan sahaja.
2 biji telur – saiz B
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air panas mendidih
Sedikit pewarna hijau

- Kisar 3 daun pandan dengan 1/2 cawan air dan tapis airnya. 
     [Amy guna santan kotak kara, sangat pekat jadi kena tambah air. 1/2 cawan air daun pandan + 1 cawan santan kotak + 1/2 cawan air = 2 cawan. Campur sikit sikit supaya dapat santan yang tak terlalu pekat dan tak cair.]
- Titiskan sedikit pewarna hijau. 
- Dalam bekas lain ... Telur dan gula dipukul seketika agak agak gula hancur sedikit. Tak perlu hancur betul betul pun. 
- Masukkan separuh dari tepung gandum. Kacau 
- Masukkan 1 cawan santan. kacau lagi.
- Masukkan tepung dan diikuti dengan baki santan. 
- Tapis dan akhir sekali, masukkan 1/2 cawan air panas mendidih dan kacau rata. 

Nota: Jangan terlebih pukul untuk menghasilkan permukaan kuih yang rata.

Masukkan loyang lapisan pulut yang telah ditekan rata ke dalam pengukus dan kukus sehingga panas. 


Kemudian tuang adunan hijau dengan perlahan lahan melalui senduk kayu/sudu barulah turun ke permukaan pulut untuk elakkan lapisan pulut bocor/berlekuk. 



Kukus selama  45 minit sehingga 1 jam atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak.  
Ketika mula, kukus dengan api kuat dalam 10 minit. Bila nampak permukaan menggelembung, buka penutup dulu sehingga dah turun, baru tutup semula. 
Untuk 5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih. 

Nota: Amy kukus menggunakan periuk pengukus Trio. Setiap beberapa minit, buka tudung pengukus dan lap untuk kering air.

Setelah betul betul sejuk (3-4 jam), baru dipotong dengan pisau plastik bersaiz kecil atau pisau yang dilenser dengan minyak.

Amy guna pisau platik dan potong ikut suka aje... heheh.


Kuih Seri Muka Yang Sangat Sedap... Yeay menjadi akhirnya.