PENCARIAN BLOGLIST 2018

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi balik dari menghantar anak-anak soleh tu baru perasan Nasiim tertinggal buku teks dan buku tulis Bahasa Malaysia dia kat atas meja... Adehhh dah lah BM tu tetiap hari ada homework boleh pulak dia tak perasan buku dia tertinggal.

Jadi macam biasalahkan kenalah mamanya ni pergi menghantarnya.  Nasib baik kelas BM lepas rehat lepas tu dah alang-alang keluar teruslah Amy bercadang nak pergi merayap kejap.

Hari ni buat n3 ringkas ni aje... BW malam nanti ye.

PENCARIAN BLOGLIST 2018

Nak join sila klik 👆


Follow Google Plus : +MariaFirdz
Follow blog 
Like page (optional) : cetakbajuekspress
Like page (optional)  : homemadestickerdesign
Follow Instagram (optional)  : @cetakbajuekspress
Follow Instagram : @maria_firdz
Letakkan blog MF ni dalam bloglist korang juga. 

Sidai Baju Dalam Rumah

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Sekarang ni kalau berkumpul dengan kawan-kawan dan jiran tetangga mesti bab baju tak kering jadi topik hangat. Dobi layan diri tu pun asyik penuh aje. Amy tak kuasa nak hantar keringkan baju kat sana.

Sidai Baju Dalam Rumah

Ini adalah bahagian paling cantik/kemas, ruang lain takut nak tunjuk 😂. Kalaulah tetiba sampai tetamu tak diundang mau pengsan orang tu... heheh.

Kat luar jangan citerlah, baju saje. Tak cukup kat luar kat dalam pulak. On semua kipas tapi Amy pulak yang kesejukkan. 

Sidai kat dalam ni lebih cepat kering dari yang kat luar tu jadi bila dalam dah kering kenalah hangkut kain sejuk kat luar tu pulak sidai kat dalam. Mana boleh sidai Amy sidaikan.

Korang pulak sidai kat mana? Beli dryer ke? 😁

Rumah Pajam : Contrete Top Dan Finishing Water Trap Untuk Dapur

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Plug kat dapur sangat terhad jadi kenalah tambah plag lagi untuk dua dinding, satu dinding bahagian masak-masak satu lagi bahagian oven.

intech kitchen

Tanya pada kontraktor buat tembok tu dia nak RM1k. Punyalah mahal, ingat kita ni cop duit ke. Dah buat macam-macam dengan dia itu pun tak boleh kurang. Kalau boleh semua dia nak buka. 

Nasib baik Jasper boleh uruskan bab plug tu. Cina yang alihkan plug tu caj RM500 untuk semua.


intech kitchen

Rumah Semenyih dulu pakai solid surface, Rumah KL ni dah pakai Quartz kali ni kita pakai contrete pulak. Lebih murah. 

Tiga minggu kemudian barulah orang yang buat concrete top tu datang. Sebelum diorang sampai Amy buka dulu semua langsir kat bawah tu takut nanti kena habuk simen. 

intech kitchen

Tadaaaa ... rupa dah siap.

intech kitchen

Inilah rupa finishing water trap tu. Dia ternaik sikit jadi kalau kita basuh membasuh tu tak delah airnya meleleh ke tempat lain.

Singki kami beli satu mangkuk dari Intech Kitchen. Senang nak cuci kuali lepas ni.

Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Tahun 2013 dulu Amy ada cerita yang Amy buat wardrobe dan rak kasut dengan Intech Kitchen tahun ni Amy buat kitchen cabinet pulak dengan Intech Kitchen.

Kebetulan kami dapat Jasper lagi. 

Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Jasper tengah menconteng dinding dapur ku.

Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Ada mural di sana .... heheh.

Lepas Jasper datang ambik ukuran dan siapkan design yang kami nak, kami pun pergilah ke show room Intech Kitchen di Semenyih untuk pilih material dan sebagainya.

Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Antara contoh kitchen cabinet yang ada di sana.

Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Special finishing water trap for concrete. Amy berkenan dengan design yang macam ni, nampak lain sikit.


Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Milamine board yang ada di situ. Pilihlah mana satu yang berkenan...


Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Nak bawa balik pun boleh. Jasper suruh rendam dalam air lagi untuk test kualiti milamine board tu.



Rumah Pajam : Kabinet Dapur Intech Kitchen.

Wardrobe yang ada di situ.

Yang bestnya Amy boleh pilih pintu milamine ke, pintu 3G ke atau pintu 4G. Rumah KL Amy ambik melamine sebab tu aje yang murah tapi untuk ramah Pajam ni kami pilih pintu 4G setelah buat perbandingan harga dengan dapur KL tu.

Baju Unit Beruniform Nasiim.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Tiga minggu dah sekolah bermula tapi baru semalam baru nak pergi mencari baju untuk unit beruniform Nasiim. Kalau satu jenis aje tak pe jugak ni 2. Satu yang macam kemeja kaler putih tu satu lagi baju t-shirt yang merah.

Nasib baik kena beli untuk anak seorang aje kalau semua, nanggis. Nak pinjam Faris punya, Faris pun masih pakai lagi baju dia lagi pun baju Faris besar Nasiim ni kecik aje orangnya. 


baju bulan sabit merah malaysia

Amy tak ingat dah nama sekarang ni, BSMM ke apa nama baru PBSM tu. Punyalah banyak nak kena beli sampai RM180 lebih seorang. Nasib baik duit dalam beg tu ngam-gam aje.

Dah keluar kedai barulah Nasiim teringat yang topi tak beli... adehhh. Kebetulan setiap Isnin ketiga kena pakai baju unit beruniform lengkap. Tak de topi tak lengkap lah kan tapi nasib baik sekolah beri kelonggaran bulan pertama ni boleh pakai baju PJ.

Nasiim dah bersemangat nak pakai hari ni tapi topi tak de. Amy cakap dengan dia kalau dia nak pakai jugak kalau cikgu tanya nanti cakap "mama saya tak cukup duit nak beli topilah, cikgu".... hahaha, terus tak jadi nak pakai.

Baju bulan sabit merah malaysia

Baju Faris dul butang dah siap-siap kat baju. Yang ni butang pun kena beli dah tu mahal pulak tu. Amy pulak tak kira butang tu, rasanya penjual tu kata ada 10 biji tapi bila sampai rumah ada 9 aje.


Baju Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia

Puaslah membelek, macam mana nak pasang butang ni. Satu lubang kecik satu lubang besar. Sampai kena tengok youtube cara-cara nak pasang butang tu... adehhh.

Kalau jahit terus kan senang. Nanti nak basuh nak kena buka balik, pasang buka pasang buka lama-lama ada jugak yang hilang.

Rumah Pajam : Dalam Rumah Ada Rumah

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Rumah Pajam tu Amy dah buka langsirnya sebab takut kena habuk simen jadi dari jalan lagi dah nampak macam ada rumah setinggan aje dalam rumah tu 😂.


Rumah Pajam : Dalam Rumah Ada Rumah

Sorang satu rumah lagi .... si Irfan yang dah besar panjang tu pun ada jugak rumah dia. Dia pun main pondok-pondok sekali... Adehhh.

Rumah Pajam : Langsir Dan Motor.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera ....

Post kali ni agak panjang sebab Amy satukan dari mula hingga akhir cerita. 

Sebelum ni Amy ada citer pasal Amy jahit sendiri langsir rumah Pajam tapi Amy hanya berjaya jahit langsir untuk tingkat bawah dan sliding door ruang family kat atas. Semuanya 4 tingkap dan 3 sliding door. Dapur pakai blind yang dibeli dari Ikea dan bilik belakang memang dah ada langsir.


Atas ada 4 lagi tingkap yang belum berlangsir. Yang mematahkan semangat Amy tu ialah tingkap bilik Amy. Punyalah tinggi tingkap tu ... berapa meter nak kena beli, kalau salah kira nanti 'senteng'(singkat) pulak langsir tu. Nak potong nak jahit ... punyalah panjang, tak mampu den. 

Pastu nak kena pikir sapa nak panjat kalau nak pasang atau nak turunkan langsir tu nanti.

beli tempah pasang langsir dan motor

Bulan Oktober tahun lepas, kami ke Homedex lagi buat kali kedua tahun tu. Kononnya nak mencari kipas. Kipas rumah KL ni dah lama buat perangai. Bila lalu kat booth langsir In Curtain, En Hubby terus berkenan dengan motor langsir yang boleh turun naik tu. Inilah namanya lain yang dicari lain yang jumpa.

beli tempah pasang langsir dan motor

William Yap dari In Curtain, Jln Ipoh Kuala Lumpur. Kalau ada yang berminat bolehlah hubungi dia, 010-246 9700.

Ehhhh iklan tak berbayar pulak... heheh. Amy promote sebab kerja dia sangat efisen berbanding dengan orang yang buat tembok dan orang yang buat kitchen cabinet untuk rumah Pajam tu. Memang puas hati dengan kerja dia.

beli tempah pasang langsir dan motor

Akhirnya ... disebabkan dah tak kuasa, dah menyampah nak mencari dan menjahit langsir Amy tempah aje langsir tu. Amy bukannya kenal jenis-jenis kain ni, yang Amy tau kain langsir ni adik beradik Acacia. 


Rumah Pajam : Langsir Dan Motor.

Dinding rumah Amy ni keras sangat. Drill En hubby tu tak mampu nak buat kerja jadi suruh diorang pasangkan blind dapur tu sekali. 
Dah alang-alang pasang langsir kat atas kami suruh sekali diorang pasangkan rel langsir kat bawah. Senang tapi duit lah yang terkorban.

Boleh pengsan En Hubby kalau dia pasang sendiri satu rumah tu. Bawah aje dah 7 tingkap 3 sliding door atas pulak 2 sliding door 5 tingkap. Nak membelinya satu hal, nak mendril pun dia sorang aje. Amy tolong tengok... heheh

Ikutkan hati nak beli jenis rod tapi duit dalam poket hanya boleh beli jenis rel aje. 

beli tempah pasang langsir dan motor

Langsir yang Amy jahit.
Semua orang kena tolong cucuk besi, Nasiim aje yang terlepas. En Hubby kata ... baru dia ingat kenapa masa dia kecik-kecik dulu tak suka kalau kena pasang langsir. 
Anak-anak soleh tu memula aje excited lepas tu mulalah bising. Diorang tak tahu tu yang mamanya pun masa kecik paling pantang kalau kena suruh cucuk besi langsir ....😂.


beli tempah pasang langsir dan motor

Nak ikutkan seminggu dah siap tapi nak kena tunggu kami free baru boleh ke sana jadi 2 minggu siap pasang.


beli tempah pasang langsir dan motor

Langsir bilik Irfan tapi orang lain yang jadi modelnya. Masa ni day curtain belum pasang lagi.

beli tempah pasang langsir dan motor

Bilik Faris dan Nasiim.
 Bilik ni ada 2 tingkap. Langsir putih jarang tu Amy beli kat Ikea RM30 sepasang, senang dah siap jahit tinggal jahitkan kain keras untuk cucuk besi tu aje kat atas. 


beli tempah pasang langsir dan motor

Dari tengah hari sampai ke malam diorang buat kerja. Tingkap yang satu ni susah sikit nak setkan motornya.

beli tempah pasang langsir dan motor

Pembantu dah penat William pulak yang naik.
Sampai pukul 9 malam tak siap lagi sambung lagi 3-4 hari kemudian.

beli tempah pasang langsir dan motor

Tadaaaa... dah siap langsirnya.


beli tempah pasang langsir dan motor

Biasalah ... model ni memang sentiasa ada aje.

Rumah Pajam : Barang Dari Ikea Dah Sampai

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Lori Ikea yang ditunggu-tunggu dah sampai. Sepatutnya dari pukul 1 sehingga pukul 3 petang tapi dia sampai pukul 5 lebih. Tak pelah janji sampai.


Rumah Pajam : Barang Dari Ikea Dah Sampai

Selalu tengok lori ni buka sebelah atau buka tepi kan tapi bila diorang nak keluarkan barang terakhir tu dia buka semua... tinggal rangka aje.

Rumah Pajam : Barang Dari Ikea Dah Sampai

Macam biasalah mula-mula semua bersemangat nak menolong.


Rumah Pajam : Barang Dari Ikea Dah Sampai

Lastnya tinggal barang aje ... diorang dah buat hal lain pulak.

Rumah Pajam : Barang Dari Ikea Dah Sampai

Ayah dan mamanya ajelah yang gigih memasang. Punyalah banyak nak pasang 5-6 kali datang sana pun tak siap-siap... heheh.


Rumah Pajam : Beli Perabot Di Ikea

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Husband Amy kata beli perabot kat Ikea aje ... senang semua ada kat situ tak payah keluar masuk kedai dah. Betul jugak kata dia, dah jimat masa kat situ. Nasib baik Ikea ada buat penghantaran ke Pajam.

Kalau pergi Ikea ... cuci mata pun berjam inikan pulak kalau nak beli barang. Nak-nak pulak kalau barang yang nak dibeli tu jenis banyak cerita. Nasib baik kami dah rancang dah dari rumah lagi barang apa yang hendak dibeli.


Rumah Pajam : Beli Perabot Di Ikea

Puas belek sana belek sini tapi tetap jugak tak gheti. Belek komputer yang ada software dia pun tak gheti jugak, tanya staff yang kat kawasan tu tak membantu langsung last-lastnya pergi tanya adik yang kat bahagian sofa ni👆. 

Rumah Pajam : Beli Perabot Di Ikea

Adik ni banyak membantu menjimatkan masa kami. Tunjuk aje contoh gambar yang kami nak pastu tambah sana sikit sini sikit tak sampai 10 minit siap. Siap dengan design, senarai barang dan harga. Tinggal bayar aje. 

Rumah Pajam : Beli Perabot Di Ikea

Kalau lah buat sendiri rasanya terkial-kial sampai ke
malam pun tak siap lagi. Pasang pun upah diorang pasangkan. Punyalah banyak cerita besta ni. Poning kepalo den.


Rumah Pajam : Beli Perabot Di Ikea

Adik tu siap bagitau lagi kalau ada barang lain dia boleh tolong masukkan dalam sistem nanti kita tinggal bayar aje. 

Bila dah tau ada jalan mudah kami pun apa lagi ambik gambar detail barang-barang yang kami nak. Tilam aje tak leh nak ambik gambar sebab kena ada staff yang punchkan order kita. 

Staff yang punchkan tilam tu tolong masukkan sekali barang-barang lain yang kami nak tu. Bagi kat dia nama barang-barang tu, nak pasang sendiri ke atau diorang pasangkan (caj 10% kot dari harga barang).

Bila penghantaran ke rumah dia akan tanya nak ambik sendiri ke atau diorang ambik kan. Kalau nak ambik punya banyak macam ni... jenuh ler sampai esok pun tak siap. Kalau nak diorang ambikkan kena caj RM25 untuk semua barang tu.

Selain harga barang Amy kena bayar:
Pasang kabinet Besta RM 221.++
Delivery RM150
Pick up RM25

Bila dia dah siap punchkan dia printkan senarai order kita tu dan kita tinggal bayar aje. Bayar pun kami bayar di atas aje tak payah nak beratur kat kaunter bawah tu panjang-panjang. Kat atas boleh bayar guna kad kredit sahaja kalau tunai kenalah join barisan yang panjang kat bawah tu.

Tak payah lagi ambik barang kat rak banyak-banyak tu, beratur panjang-panjang nak bayar pastu nak tolak pulak ke bahagian delivery.

Renew Passport Anak-Anak ...

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera ...

 Dah 2 tahun expired passport anak-anak soleh Amy ni, last guna passport masa pergi Bandung dulu pastu tak de dah berjalan keluar negara lagi.

Renew Passport Anak-Anak ...

Masa cuti sekolah yang lepas Amy bawa diorang pergi renew passport. Kami pergi UTC Pudu tu aje. Anak-anak Amy tak pernah lagi naik MRT jadi bawalah diorang pergi sana naik MRT.


Renew Passport Anak-Anak ...

Mula-mula pergi dah tengah hari tapi nombor dah habis. Ingatkan macam dulu datang petang ke malam ke boleh aje.

Keesokkannya kami datang lagi tapi masa tu saing En Hubby pergi opis, dalam pukul 7 lebih. Kami turun di Stesen Merdeka satu stesen sebelum En Hubby.

Renew Passport Anak-Anak ...

Ingatkan sampai awal kurang orang rupanya .... hambik punyalah panjang barisan, pintu pun belum buka lagi. Pergi pepagi pun dapat no 60 lebih.

Renew Passport Anak-Anak ...

Lepas sediakan apa yang perlu ... sementara tunggu giliran kami singgah kejap JPN untuk sahkan salinan surat beranak anak-anak soleh ni. Tak payah ambik nombor pun terus pergi kaunter. 


Renew Passport Anak-Anak ...

Lepas selesai di JPN kami pergi balik ke imegresen. Pukul 10 pun belum sampai giliran lagi. Tengah duduk-duduk tetiba ternampak MIL dan FIL kat situ. Rupanya diorang pun nak renew passport jugak.

MIL dan FIL walaupun mereka datang lambat tapi warga emas ada nombor giliran yang lain. Pukul 11 diorang dah balik tapi giliran kami masih lagi belum sampai....😭. 

Anak-anak pun dah start bising bila menunggu lama-lama. Pukul 12 lebih baru siap segalanya. 



Renew Passport Anak-Anak ...


Ingatkan nak renew passport anak-anak aje tapi mamanya pun renew sekali sebab akan expired bulan September 2018. Dah alang-alang ada kat sana buat ajelah.

Kasut Sekolah Sarung

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Salam Jumaat Semua, sekejap aje dah minggu kedua anak-anak kita start sekolah tapi Amy baru nak cerita pasal kasut sekolah. Sepatutnya ni cerita masa cuti sekolah tu, cerita basilah ni... heheh. 


Kasut anak lagi besar dari kasut mamanya

Anak-anak Amy sekarang kasut dah lebih besar saiznya dari saiz kasut Amy. Kasut Faris Amy pakai longgar, kasut Irfan lagilah  ... nenek Amy kata dah macam kapal 😂, tak lama lagi kasut ayah dia pun dia boleh pakaikan. Nasiim aje yang belum kalahkan Amy.

Tahun ni Amy belikan diorang kasut sarung aje. Senang, sarung terus jalan. Walaupun tak berapa 'hansem' kasut tu berbanding kasut jenis lain tapi dia paling jimat masa. Tak payah nak lekat-lekat, tak payah nak ikat tali. 

Faris aje nak satu kasut bertali, bersungguh dia nak beli masa tu. Dia tak pernah pakai kasut tali lagi ... dia tak tau lagi tu, abang dia dah rasa tahun lepas. Irfan terus serik nak pakai kasut bertali dah.

Nak pergi sekolah nak menunggu dia ikat tali kasut kang dah jalan-jalan tetiba tali kasut tu terbuka, kena ikat balik.... banyak cerita kalau kasut bertali ni.

Nasiim awal-awal lagi dah minta kasut sarung, dia kata senang.

Surprise Dari Blogger Anies...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Bulan lepas (Disember) Amy cuti panjang dari berblogging jadi memang tinggal semua yang berkaitan dengan blog. Tak tau menahu dah apa citer terbaru. Tetiba minggu lepas dapat whatsapp dari blogger Anies, apa lagi senyum sampai ke telingalah...😍


Surprise Dari Blogger Anies...

Dah 3-4 hari sampai tapi Amy terlupa nak menjengah mailbox. Sorry Anies, minggu ni huru hara sikit... heheh.


Surprise Dari Blogger Anies...

Tadaaaa...

Amy dapat FM lagi dari Anies tapi kali ni dari Macau pulak.

Terima kasih Anies atas surprise ni. Semoga Anies dimurahkan rezeki dan diberkati umurmu... eh macam ucapan birthday pulak. Dan... dan Semoga dimurahkan rezeki dapat travel banyak tempat lagi, heheh.

 Jomlah menyinggah ke blog Anies ni, Amy suka singgah sana baca citer-citer travel Anies. Yelah kan tak dapat pergi dapat cuci mata pun jadilah.


Surprise Dari Blogger Anies...


Terus letak kat peti sejuk tu... dekat-dekat dengan FM London yang Anies bagi dulu.


Mood happy pulak pagi ni walaupun tengah hujan kat luar tu ... jom kita layan lagu citer Outlander ni.

Outlander - The Skye Boat Song


Sing me a song of a lass that is gone... Say, could that lass be I? Merry of soul, she sailed on a day Over the sea to Skye. Billow and breeze, islands and seas, Mountains of rain and sun... All that was good, all that was fair, All that was me is gone. Sing me a song of a lass that is gone... Say, would that lass be I? Merry of soul, she sailed on a day Over the sea to Skye.


Setelah Sekian Lama...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Hari ni lambat sikit mengupdate, mata ni dari pagi tadi rasa nak tutup aje perut pulak rasa tak sedap.

Semalam kononnya nak pergi HUKM tu naik grab aje sebab dia letak kat situ 5 minit lagi grab sampai tapi lepas 20 minit tak sampai sampai jugak, nak ambik nombor pukul 2 ... huhuhu dia tersangkut dalam jem pulak. Nak tak nak terpaksalah suruh en hubby hantarkan. Nasib suruh dia ambik halfday semalam.

Setelah Sekian Lama...

Lama dah tak mengadap doktor hospital. Last selepas bersalinkan Nasiim 10 tahun lepas. Selalu pergi klinik aje kalau sakit demam. Kali ni kena jugak pergi hospital, tak boleh nak elak.

Amy ingatkan dia akan panggil ikut giliran tapi rupanya ikut klinik.   Tak de 'can' nak merayap. Amy berharap sangat dapat doktor perempuan ... tapi tak de rezeki daaaa. 

Esok kena pergi hospital lagi, nak kena x-ray pulak. Nasib baik anak-anak balik lambat esok kalau tak tak taulah nak suruh sapa jemput.


Ukur Jalan Mencari Buku

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Setiap tahun kedai buku sekolah rendah anak-anak Amy tu gagal menyediakan buku yang diperlukan sebelum sekolah bermula.

Setiap tahun ... bila sessi persekolah bermula, mesti Amy nak kena pergi buku aktiviti. Macam dah satu kemestian pulak. Masuk setiap kedai buku yang ada... selagi tak cukup selagi tulah kena mencari. Hangin betul.

Ukur Jalan Mencari Buku

Yang menambah hanginnya tu, hari kedua sekolah buku teks English Nasiim hilang.

Pagi semalam nak tak nak kenalah ukur jalan kat Jalan TAR pulak selepas 2-3 kedai buku besar dekat-dekat rumah Amy ni tak de buku-buku tu.


Buku Sejarah tahun 4 jumpa kedai pertama, buku BM amy jumpa di kedai kedua, itupun tinggal tak banyak jadi kenalah tanya ada ke sesapa nak kirim. Ibu bapa yang lain pun sama jugak. Ada yang sampai ke Bangi tolong belikan buku Sejarah tahun 6.

Buku teks Nasiim pulak jumpa kat kedai Mukmin depan Sogo tu. 


Ukur Jalan Mencari Buku

Dekat 2 jam jugaklah ukur jalan kat situ sampai sakit kaki ... berjalan aje tak duduk-duduk. Duduk pun masa dalam LRT aje. Buku aktiviti arab aje yang tak ada lagi ni tak tau mana nak cari lagi dah. Susah-susah Amy potostat aje buku tu nanti.