Roti Untuk Anak-Anak ...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Lama Amy cuti dari up date blog ni kan. Biasalah Amy ni memang ada banyak alasan... heheh.


bread

Setiap kali Amy shopping roti macam nilah banyaknya. Kalau cuti sekolah banyak ni sehari aje habisnya kalau tak cuti dalam 2 hari boleh habis.

Ada yang tanya beli banyak-banyak ni ada ramai ke yang makannya?, ada jugak yang tanya ni stok seminggu ke?.

Rumah Amy ni roti mesti kena sentiasa ada, dah makan nasi pun nak makan roti jugak. Kiranya kalau mamanya malas masak pun tak pe janji ada roti.

Pokok Kari..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera ...



Amy tak de idea nak up date blog ni hari ni ... nasib baik ada gambar pokok kari ni kat dalam telipon. Jadi hari ni cerita pasal pokok kari lah ye... heheh.

Lama dah Amy tanam pokok kari ni, dekat 2 tahun kot. Amy beli kat Ikea RM5 tak silap Amy. 

2 tahun tapi bantut. Tak besar-besar. Dah alih bekas besar pun dia buat tak tau jugak, Amy pun tanamlah pokok lain sekali dalam bekas dia. Padan muka. 

Tapi akhir-akhir ni laju pulak dia keluar tunas baru.  Agaknya sebab baja mahal yang baru beli kat Jaya Jusco kot. Baja murah tu dia tak nak. Mengada punya pokok.


Ini anak pokok cili Faris, projek RBT tahun 5. Ni pun Amy rasa kes bantut jugak sebab pokok lain dah meninggi dia macam ni jugak.

Rumah Pajam : Pasang Grill Rumah ...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Seperti biasa kalau cuti sekolah blog Amy ni akan terbiar sikit ... heheh. Nak-nak pulak start aje sekolah minggu depan peksa pun start jugak.

Anak-anak soleh Amy ni kalau tak dihadap buat ulang kaji ....

 Sedangkan kita ada kat depan mata sempat lagi adik usik abang, abang balik kertas kat adik ... inikan pulak kalau kita tak de kat situ. 


Hari Sabtu lepas kami menjengah rumah Pajam, dua minggu tak 'berjenguk'. Grill rumah semuanya dah sampai tinggal pasang aje.



Pagi tadi kami ke sana lagi, sempat tengok diorang pasang grill tu.


Rumah Pajam ni punyalah banyak tingkap, sliding door aje dah 4 nasib baik 2 pintu aje yang kena pasang grill, jadi bayangkan lah harga yang kami kena bayar... huhuhu.

Lama kami ambil masa nak buat keputusan, nak pasang ke tak ... nak cari yang lebih murah tapi yang berkualiti. Lastnya buat dengan orang yang buat tembok rumah kami tu jugak. 

Alhamdulillah, hasil kerja diorang memang memuaskan ... Kami pilih design yang simple dan kaler yang sama dengan bingkai tingkap supaya tak nampak sangat beza tingkap dan grill.


Ini muka budak merajuk.
Kononnya tak nak ikut nak tinggal rumah dengan oyangnya, sanggup kalau tinggal kat rumah baca buku ... emmmm tak de mananya. Hadap bukunya sekejap aje pastu buku ntah ke mana dia ntah ke mana.

Baiklah dia ikut, depan mata hati pun senang.



Penapis Sisa Makanan ...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...



Nampak penapis dan net nya di Daiso, fikir punya fikir lastnya tangkap jugaklah sepasang. 



Bila dah letak dalam sinki tu nampak macam semaklah pulak dah lah sinki tu kocik. Kalau letak sampah makanan kat situ macam dah tak boleh letak benda lain. Kalau yang letak kat sinki yang besar pun rasa menyibuk jugak bila nak basuh pinggan ke nak cuci ayam ikan ke.

Sebelum ni pakai bekas bulat kecik sikit tapi tak de lubang. Bila tak de lubang nanti ada air berkumpul. Bekas yang berlubang besar gajahlah pulak.

Yang bagusnya, sisa makanan tu tak berair. Angkat aje net, ikat dan dah boleh buang. Kemudian cuci bekas tu dengan senang. Tak de sisa yang terselit kat celah mana-mana lubang.

Pinggan Mangkuk Viral Central Market ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Setiap kali pergi dating lunch dengan En Hubby kat Central Market mesti nampak ramai orang kat kedai pinggan mangkuk tu. Sebelum-sebelum ni lalu aje kat situ ... sambil lalu sambil jeling-jeling dalam hati 'pinggan mangkuk kat rumah tu pun tak terpakai 
kalau beli mana nak letak'.

Pinggan Mangkuk Viral Central Market ...

Amy ni asyiklah citer dating lunch kat Central Market kan, tak pun kawasan sekitar tu jugak. Sebenarnya opis En Hubby tu kat situ, kat Dayabumi tu. Kalau makan dekat-dekat situ tak delah kes masuk lambat ... kan.

Malarat pulak dah Amy ni, huh.

Ok ... gambar atas tu, mangkuk kat depan sekali yang kocik harga dia RM5 pastu besar sikit RM8 dan besar lagi sikit RM10.


Pinggan Mangkuk Viral Central Market ...


Semalam teringin pulak nak menyinggah kedai pingan mangkuk tu. Tergugat sudah, hilang dah semua alasan sebelum-sebelum ni.

Tak nampak pulak pinggan mangkuk yang harga 50 sen tu. Semuanya nampak cantik tapi design yang Amy berkenan tak banyak.



central market

Amy beli ni aje. Mangkuk pink tu RM10 dan yang biru kat dalam tu pun RM10 jugak tapi yang pink tu besar sikit dari yang biru. Sudu RM2 satu ketul. Rumah Amy memang tak de sudu yang 'pesen' camni.

Memula ingatkan nak hangkut pinggan sebiji dua ke pinggan panjang tu ke yang empat segi tu ke tapi kalau satu dah RM 20 ke RM25, dua tiga dah berapa kan.

 Tak delah namanya murah. Jadi Amy beli ajelah 4 ketul tu RM24. Nak beli lebih rasa macam ... 'habis duit aku, habis duit aku'. 

Dah beli barulah terdengar cerita yang pingan mangkuk viral ni tak bagus untuk kesihatan kita. Nasib baik aku beli yang bercorak kat dalam tu satu aje. Kalau beli banyak-banyak pastu was-was nak guna membazir pulak jadinya. Tak kan nak buat hiasan kot.

Peperiksaan Hujung Tahun ...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera ...

Minggu lepas Nasiim bawa balik jadual 'peksa', mamanya pulak ambik tengok dan oh ok peksa lagi. Tak delah tengok betul-betul 'peksa' apa, ingatkan peperiksaan biasa aje... ala peperiksaan yang biasa sebelum atau selepas cuti sekolah tuuuu. Rilex aje mamanya ni 😂😂😂

End year exam

Dua tiga hari kemudian Faris pulak tunjuk jadual peksa ... jadual yang sama. Rasanya baru dua bulan lepas 'peksa' .... dah peksa lagi ek?

Entah macam mana barulah nak terpandang tajuk jadual yang kat atas sekali tu. Adehhhhh, rupanya ni peperiksaan hujung tahun lah. Macam manalah sebelum ni tak baca betul-betul 😅.

Tapi... awalnya 'peksa', 30hb Oct dah selesai. Ada lagi 4 minggu sekolah. Nanti jadi macam tahun lepas, anak-anak lepas 'peksa' dah bosan nak ke sekolah tapi kena datang jugak sebab pemulangan buku teks, buku Adab(rekod) dan kelas untuk tahun depan tak tau bila. 

Baru Sekarang Nak Makan Jamu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak mencecah 30 siries ni hormon Amy agak kacau bilau. Elok-elok aje dari bangku sekolah muka licin tak de sebiji cerawat tapi sekarang... Dah macam-macam cuba tapi muka den masih jugak macam muka bulan, kg pun hamboiiii menaik aje menurunnya tak de.

Jap .. jap, ni bukan iklan tau...



Masa reunion lepas, seorang kawan Amy ni maintain aje kurus, tak nampak macam 30an. Jeles Amy tau. Bila ditanya-tanya dikata dia amalkan makan jamu sejak lepas bersalin anak pertama. Amy pun apa lagi startlah mencari jamu.

Dulu-dulu tak pernah ambik tau sekarang barulah nak mencari-cari... heheh. Mengadung dan lepas bersalin Amy ambik ubat Homeopati, jamu-jamu memang tak mandang.

Dah cuba 2 jenama sebelum ni tapi rasa macam tak serasi, macam tak ada apa-apa pun. Sekarang ni cuba jamu yang ketiga pulak. 

Disebabkan hormon yang kacau bilau jadi kenalah cari jamu untuk betulkan hormon balik. Amy cuba jugak supplement untuk kulit. Sebelum ni memang tak boleh ambik benda-benda yang ada kolagen ni tapi yang kali ni punya boleh pulak.

Alhamdulillah, dah botol ke 4 Royal V tu, start tunjuk tanda-tanda dah. Minta-minta lepas ni hormon Amy ok balik. Yang bestnya beli jamu jenama ni, dia hantar sampai depan pintu tak payah nak tunggu en posmen yang ntah datang ntah tidak tu.


Pandai Panjat Tapi Tak Gheti Turun

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


cat in the tree

Nampak tak apa kat celah dahan pokok tu?

Dari petang Selasa lagi, masa Amy nak pergi ambil Faris dari sekolah KAFA dia dah ada kat atas pokok tu. Mula-mula dengar bunyi miow miow aje, puaslah mencari keliling tak jumpa sekali tengok atas baru nampak dia.

Amy pun biar ajelah dia kat situ, tak kan dah pandai panjat tak pandai turun kot. Dulu kucing kat rumah kampung Amy tu relax aje naik atas bumbung pastu terjun bawah. Nak pulak kalau dia berambat dengan kucing jantan yang lain, macam nak runtuh bumbung rumah tu.


cat in the tree

Tengah hari semalam, masa ambik Nasiim dari sekolah Amy lalu lagi kat situ. Rupanya dia ada lagi kat atas tu. Ingatkan dah turun.

Kebetulan kat tepi tu adalah lelaki dalam kereta, enjin mati dan tingkap pun dia turunkan. Nasiim punyalah banyak tanya pasal kucing tu tapi orang tu buat tak tau aje. Takkan lah tak dengar kot. Orang macam tu Amy pun malas nak minta tolong. Kalau Amy boleh panjat memang Amy panjat.

Tak tau nak buat apa, Amy whatsapp kawan-kawan yang duduk kat situ tapi masing-masing pun tak dapat nak tolong. Maklumlah semua perempuan, orang lelaki tak balik kerja lagi.

Petang masa nak ambil Irfan, kebetulan ramai budak sekolah menengah yang lalu situ Amy pun panggilah. Kebetulan ada tong dram kat situ dan budak tu panjat. 

Masalahnya budak tu besar sikit aje dari Irfan, tak cukup tinggi dan kuat. Kucing tu pulak bila dah ditarik tak nak turun. Takut jatuhlah tu konon.

Masa tengah kecoh tu datanglah satu kereta hijau park kat situ. Keluar seorang budak lelaki.... Amy panggil budak, heheh tapi dah besar dah lebih kurang awal 20an. Nama pun budak besar kan mestilah lagi tinggi dan besar dari budak sekolah 14-15 tahun tu. Dia datang, dan terus panjat tong dram tu. Dia lebih besar punya pasal jadi bolehlah dia ambik kucing tu walaupun kucing tu meronta ronta tak nak turun.

Masa nak turun sempat lagi kucing tu mencakar tapi yang sempat kena cakar ialah budak sekolah yang kat tepi, Amy pun pelik ntah macam mana boleh jadi camtu.

Tak makan tak minum kucing tu. Kalau tak de manusia yang baik hati tak taulah macam mana nasib dia.

Dulu-Dulu ...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Amy tak taulah bedak ni ada lagi ke tak sekarang tapi dulu-dulu bukan mak Amy yang pakai tapi nenek Amy yang pakai.



 Nenek Amy selalu pakai bedak yang kaler pink berbanding yang kaler putih. Amy pun selalu tumpang pakai bedak dia sebelum pergi sekolah... heheh.



Sapa pernah makan ubat demam ni?

Amy ingat lagi ubat ni ada masa Amy sekolah rendah tahun 80an, tahun bila ia 'pupus' Amy pun tak perasan.

Dolu-dolu kalau kami demam mesti kena sumbat dengan 'kotal'. Sekarang, kalau demam kena sumbat dengan 'Panadol' pulak 😅.

Yard ... Stor dan Dobi

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Sebelum ganti kitchen cabinet tu, banyak barang yang share tempat. Bila dah share ruang tu biasalah mula-mula cantik lepas tu sepah dah sebab tak kuasa nak susun balik. 

Sekarang ni bukan barang en hubby aje yang banyak, barang anak-anak soleh tu pun banyak jugak. Bila masing-masing dah besar ni mulalah ada macam-macam projek sekolah. Masing-masing ada toolbox sendiri. Tak kan nak sumbat dalam bilik tidur kan. Nasiim aje yang belum ada toolbox. Barang tae kwan do pun banyak jugak, dengan head gearnya, target... body protecter lagi.


Ada yang keliru bila Amy cerita pasal rumah. Yang ini cerita kat rumah KL, rumah yang satu lagi masih kosong.

Dulu kat ruang belakang/yard ni ada drawer. Amy letak mesin jahit, alatan jahitan dan tool en hubby kat situ. Sumbat aje kat situ. Skang Amy dah alih drawer tu kat tempat lain... dah la barang-barang tu tak de tempat.

Satu rak barangan en hubby dan anak-anak dan satu lagi khas untuk mamanya.... heheh. Itu pun rasa macam tak cukup lagi 😅. Senang nak ambik tupperware dan loyang. Capai aje. Kalau dulu seksa nak susun balik. Cover mixer kaler merah tu Amy buat tutup mesin jahit. Tak delah berhabuk tapi mixer aku pulak yang berhabuk.


Dulu kat belakang/yard tu Amy buat tempat duduk-duduk, ada tv kecik kat situ dan ruang dobi, skang kena tukar jadi stor. Panggil yard aje sebab dalam plan rumah tulis ruang ni yard. Sekarang kena panggil stor lah kan.





Langsir tu Amy tukar dengan bidai aje. Langsir yang panjang menjela tu rasa macam menambahkan semak kat ruang ni.

Kerusi tu dulu Amy letak kat dapur, sambil masak boleh duduk tapi sekarang ruang tu Amy dah letak troli jadi kerusi ni Amy hantar ke belakang. Dalam ruang ni sebelah rak barang sebelah lagi ruang dobi.




Kononnya dulu nak buat tempat letak sabun baju, tempat sidai baju ataupun tempat mengosok baju tapi mana pulak nak letak dapur yang lama tu. 

Sekarang ni Amy rasa nak buat tempat anak-anak bertukang. Lapikkkan meja putih tu dengan tikar getah dah boleh guna dah. Meja makan Amy tu dah teruk dah sejak jadi meja multipurpose. Letak kipas kocik satu supaya masa diorang buat projek tu tak panas sangat.


Belakang pintu ni Amy rasa nak letak penyakut. Boleh sangkut apron dan body protector anak-anak. Nama pun stor kan, meh aku sumbat macam-macam... heheh.