Tak Keluar Komen - Bertuah punya Safari.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Selagi masalah komen tu tak selesai selagi tulah hati tak tenteram. Semalam lepas terawih sambung lagi mencari puncanya tapi tak jumpa jugak. Lepas sahur pagi tadi Amy cuba buat google akaun yang baru (email n blog) manalah tau kot akaun Amy tu yang ada masalah.

Amy perasan benda ni sejak Google + dah tak ada jadi Amy buat kesimpulan mungkin Amy ada terusik apa-apa kat google akaun tu kot. Tapi bila dah buat semua yang baru ... tetap sama jugak, blog baru Amy tetap tak boleh tinggalkan komen kat blog orang lain.

Tak Keluar Komen - Bertuah Punya Safari.

Semalam tukar komputer pun tak berhasil sebab komputer tu pun guna Safari jugak, jadi hari ni Amy terpaksa install google chrome tu kat laptop Amy ni. Nak tengok dia keluar camner kat situ.

Alhamdulillah, Amy cuba di blog sendiri dan 4-5 blog lain, semuanya keluar nama dan gambar Amy tu ... ertinya dah oklah tu kan 😁.

Bertuah betul Safari ni tau. Nampaknya Amy kenalah guna google chrome ni setiap kali nak buat bw sehingga si Safari tu ok.

Alahai Komen Aku Tak Keluar Lah

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi baru Amy perasan rupanya komen-komen Amy yang sebelum ni kat blog lain tu memang tak keluar (publish). Amy ingat mungkinlah kena tunggu approval. 

Bila Amy cuba reply komen kat blog Amy sendiri baru Amy perasan yang komen tu tak keluar.


Alahai Komen Aku Tak Keluar Lah
Kalau kotak komen tu keluar macam 👆, sepuluh kali cuba pun dia tak keluar. 


Alahai Komen Aku Tak Keluar Lah

Tapi kalau keluar yang macam ni ... selamat hidup aku 😌. 

Ingatkan kes third party cookies tu kena block ke apa. Semua mak nenek kat dalam safari preferences Amy usik, tak de beza pun hasilnya. Ada yang kata pop out window .... pun tak jugak.

Usik jugak profile kat blogger setting tu, pun sama hasilnya. Lepas tu ingatkan setting safari kat laptop Amy tu, Amy pun tukar ... cuba komen guna komputer satu lagi. Pun sama jugak hasilnya

Akhirnya terfikir ... perkataan comment as - Google Account tu. Pergi balik akaun google, pastu usik lagi satu per satu sampailah terjumpa alien ni 👇. Buka Privacy and personalisation dan buka activity control.

Alahai Komen Aku Tak Keluar Lah

 Web & App activity tu paused, jadi amy pun godek-godek kat situ, tengok apa jadi.

Alahai Komen Aku Tak Keluar Lah
Tadaaa. Dia dah keluar gambar dan nama Amy kat situ. Amy berjaya meninggalkan komen... tetapi...

Tetapi... setelah meninggalkan komen di dua blog, masalah tu terjadi semula. Kejap dia ok kejap dia jadi balik. Ikut nasib 😭.

Ok... aku tak kuasa nak layan dah. Mengadap benda ni dari pagi sampai dah nak petang, keje lain tergendala. Lain kali lah sambung.


Senyum Simpul ... Dah Kurus Ke?

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Amboiii tanya orang dengan gaya macam tu. Tak kurus pun, sama aje ni.... sibuk aje. 

Saf Rapat Ke Tengah Bukan Ke Kiri Atau Ke Kanan.

Assalammualaikum Dan Ramadan.

Perkongsian dari group whatsapp mengenai saf kaum wanita, kaum lelaki rasanya tak de kes macam ni.

"Assalamualaikum, ustaz. Kalau dalam masjid kan, jemaah perempuan nak buat saf, lebih afdal start dari tengah or kiri. Sebab ada sorang mak cik ni dia kata "perempuan sunat start dari kiri". Mohon penjelasan"


"Wsalam. 

Hendaklah dimulakan dari tengah saf kerana Nabi –sallalllahu ‘alaihi wasallam- bersabda;

وَسِّطُوا الْإِمَامَ وَسُدُّوا الْخَلَلَ
“Jadikanlah imam berada di tengah kamu dan tutupilah kekosongan (pada saf)” (HR Imam Abu Daud dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).

Maksud hadis ini menurut ulamak ialah; jadikanlah imam kamu di tengah-tengah saf kamu iaitu dengan kamu berdiri di belakangnya serta di sebelah kanan dan kirinya. (‘Aunul-Ma’bud, Kitab as-Solah, jil. 2, bab Maqam al-Imam min as-Saf)."


Saf Rapat Ketenggah Bukan Ke Kiri Atau Ke Kanan.

Perkara ni memang selalu terjadi. Boleh dikatakan setiap kali Amy ke masjid atau surau mesti jumpa benda ni. Nak-nak sekarang ni setiap malam Terawih... adoiii rasa tak tenteram masa solat tu asyik teringat saf yang terputus-putus.

Masing-masing tak nak tinggal sejadah dan beg masing-masing. Nak harapkan orang belakang isi kekosongan sebelah dia. Orang belakang tu pun serupa jugak tak nak ke depan, tak nak tinggalkan barang-barang dia.

Bila kita ajak dia rapat ke kita ada yang kata kena rapat ke kiri dan ada jugak yang kata kena rapat ke kanan. Bukan ke Pak Imam tu duduk kat tengah-tengah jadi kena rapat ke tengahlah... kan.

OSAKA ALTERNATIF KEPADA TOKYO


Banyak-banyak flight yang Amy tengok, flights to Osaka kali ini sangat menarik perhatian. Di samping kemodenannya, Osaka turut terkenal sebagai salah satu kota yang paling santai dan mendamaikan di Jepun kerana penduduknya cukup terkenal dengan sikap ramah mereka.

Rasa macam nak bercuti ke Osaka pulak pada percutian akan datang. Osaka pun tak kurang hebat kalau dibandingkan dengan Tokyo, tapi sebelum tu kena rancang dulu nak ke mana, ada beberapa lokasi menarik yang boleh dimasukkan dalam rancangan perjalanan semasa di Osaka nanti.

Osaka Aquarium Kaiyukan

Terletak di dalam sebuah bangunan yang unik reka bentuknya, Osaka Aquarium Kaiyukan adalah sebuah tarikan penting yang wajib dilawati semasa berada di Osaka. Secara keseluruhannya, di dalam ini terdapat sebanyak 27 buah tangki yang terbahagi kepada 16 buah pameran berbeza. 
Tangki yang terbesar adalah berkedalaman 30 kaki di mana korang dapat melihat 2 ekor ikan jerung bergerak dengan bebas di depan mata.

Bahagian-bahagian lain yang ada di sini adalah Deep Sea Zone, Japanese Forests, Tunnel Tank, Panama Bay, Ecuadorian Jungle, Antarctica, Tasmanian Sea, Great Barrier Reef, The Pacific Ocean dan banyak lagi! 


Osaka Castle.

Bila melawat negara Jepun, tak sah kalau tidak singgah ke kawasan istana lamanya. Kalau di Osaka, tarikan bersejarah ini dapat ditemui di Osaka Castle. Untuk pengetahuan kita semua, bangunan sebenar istana ini telah dibina pada tahun 1583 sebelum beberapa kali melalui kemusnahan dan dibina kembali pada kali terakhir pada tahun 1931. 

Ianya turut diperbaharui pada tahun 1997 dengan kelengkapan moden seperti lif. Istana ini kini dijadikan muzium yang mempamerkan info dan pameran lain berkaitan sejarahnya sendiri setelah berabad lamanya wujud di tapak yang sama.

Nishinomaru Garden,

Setelah puas mengisi minda dengan kisah sejarah istana ini, kita boleh menenangkan fikiran dengan berjalan-jalan di Nishinomaru Garden, kawasan taman istana. Di taman ini terdapat 600 batang pokok sakura, tea house, bekas Osaka Guest House dan kemudahan rekreasi. 

Sakuya Lumina

Untuk pemandangan lebih indah, kenalah datang ke taman ini ketika musim bunga sakura berkembang iaitu pada awal April.

Dunia penuh magikal, Sakuya Lumina adalah sebuah lokasi tarikan di mana korang sekeluarga dapat merasai pengalaman yang mustahil boleh didapati di tempat lain. 

night walk Osaka Castle Park

Memori percutian di Osaka dapat diperindahkan lagi dengan aktiviti night walk di Osaka Castle Park. Yang menariknya lagi, kita bukanlah sekadar berjalan di tengah malam dalam suasana malam yang biasa, kerana night walk yang akan kita akan lalui adalah sebuah perjalanan yang dikelilingi oleh dunia fantasi. Seolah-olah kita telah ditelan masuk ke dalam filem fantasi yang selama ini hanya ditonton di kaca tv.

Anak-anak Amy mesti suka kalau bawa diorang ke sini.

Sakuya Lamina

Sakuya Lamina

Di dalam Sakuya Lamina, kita akan mengikuti karakter fantasi yang akan membawa korang di sekitar istana untuk menyelesaikan sebuah misi. Sepanjang perjalanan ini, kita dapat melihat efek pencahayaan, bunyi, efek pemandangan dan banyak lagi ciri interaktif lain yang dapat menghidupkan seluruh deria. Cukup unik dan menyeronokkan!


Osaka Science Museum

Jom tenggelam dalam dunia sains di Osaka Science Museum. Memang rugi kalau tak melawat muzium sains negara yang terkenal dengan teknologinya ini. Di dalam muzium 4 tingkat ini, kita dapat memahami dengan lebih mendalam bermacam info saintifik berkaitan tenaga, elektrik, kimia dan alam semesta. 

Selain ruang pameran, muzium ini turut menempatkan planetarium dengan beberapa pertunjukan berbeza setiap hari dan juga sebuah Imax Dome Theater / Omnimax yang memaparkan filem Imax pada setiap hujung minggu dan cuti umum.

Umeda Sky Building

Sudah menikmati pemandangan Osaka dari tingkat yang tinggi di Umeda Sky Building, cara unik seterusnya untuk menikmati keindahan Osaka adalah dengan mengikuti Tombori River Cruise. Tombori River Cruise akan membawa kita melalui 9 buah jambatan dan melihat pemandangan kawasan sekitar yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. 

Tombori River Cruise

Masa yang diambil untuk melalui sungai ini adalah dalam sekitar 20 minit. Sepanjang perjalanan ini, kita dapat belajar banyak perkara menarik tentang sesebuah lokasi yang dilihat dan kisah di sebaliknya hasil perkongsian jurupandu. 

Untuk membeli tiket, kita boleh ke Tazaemonbashi Bridge Boat Dock yang terletak berhadapan dengan kedai Don Quixote di Dotonburi. Jambatan ini hanyalah 5 minit berjalan kaki dari Namba Station. 

Antara cadangan kalau kita hendak ke Osaka ialah kita pergi ke online Singapore Airlines Flight booking dan terus book untuk ke Osaka. Senangkan, sekarang ni semuanya 'klik' aje.

Baju Raya Tahun Ini

Assalammualaikum Dan Salam Ramadan...

Dah beli baju raya ke?. Yang beli kain tu dah hantar jahit ke?. Yang jahit sendiri tu dah siap ke? Banyak pulak soalan hari ni kan... heheh.

Baju Raya Tahun Ini


Tahun ni Amy tak beli kain pun, malas nak pergi mencari kain. Masalah Amy ni bila sampai aje kedai kain, Amy nampak kain tu semua tak cantik... tak boleh nak imagine bila dah jadi baju. 

Lagi pun, tukang jahit yang jahitkan baju Amy bertahun-tahun tu dah pindah balik Johor... tak tau nak hantar kat mana dah.

Nak beli on line baju dah siap tu, selalunya Amy tak boleh pakai. Ada aje yang rasa tak kena dan tak selesa. Kain dan seluar selalu panjang menjela.

Kalau beli baju kat kedai pun sama, kain panjang menjela jugak. Amy ni dah lah tak nak berapa tinggi. Nak kena potong pulak. Nak pulak kalau kain yang ada corak kat bawah, bila potong dah lah nampak pelik aje.

Rasa macam tahun ni tak de baju raya aje nampaknya.

Kalian macam mana?

Sedap Mata Memandang ...

Assalammualaikum Dan Salam Ramadan..

Bestnya lah kalau buka-buka aje kabinet kat dapur tu nampak semuanya tersusun kemas aje. 

Nampak kat Ig ramai jugak yang share bab-bab organizing ni. Amy pun teringin jugak nak buat macam tu tapi... nak-nak kalau yang kat dapur tu. Nak mengemas susun dan atur bukannya senang tapi bersepah balik kejap aje.

Amy juga yang menyepahkannya bukan orang lain ... 😂. Nak ambik yang belakang kena alihkan yang depan dulu lepas tu nak cepat punya pasal tak letak balik kat tempat asal, letak mana dapat aje... heheh.

Sedap Mata Memandang ...

Sedap Mata Memandang ...

Sedap Mata Memandang ...

Sedap Mata Memandang ...

Lambat Datang Tapi Rebut Saf Yang Pertama

Assalammualaikum Dan Salam Ramadan...

Dah start pergi terawih ke? Amy tak lagi. Dah miss 2 kali terawih dok mengadap anak-anak dengan homework diorang. Kenapalah cikgunya bagi banyak homework bulan puasa ni... Irfan pulak dah start peksa tengah tahun semalam.

Lambat Datang Tapi Rebut Saf Yang Pertama

Perkongsian dari group whatsapp berkaitan dengan oarang yang masuk lambat tapi rebut saf yang pertama. 



"Assalam. Saya selalu terjumpa sorang jemaah jumaat. Selalu dtg lambat tapi rebut saf pertama. Terpaksa langkah jemaah yang sedang iktikaf dimasjid. Apa pandangan ustaz dlm hal ini"


Wsalam. 

Ini adalah perkara yang dilarang dan salah dalam Islam. Kerana itulah kita dituntut supaya datang awal ke masjid bagi mendapat saf hadapan manakala yang datang lewat mengisi barisan belakang. Perbuatan ini mengelakkan daripada perbuatan melangkah yang dilarang kecuali kerana darurat. 

Dari Jabir bin Abdillah bahawasanya; “Ada seorang lelaki masuk ke masjid pada hari Jumaat ketika sedang Nabi saw menyampaikan khutbah, lalu dia melangkahi atas tengkuk orang-orang (yang sedang duduk), lalu Nabi saw bersabda:

“Duduklah! Kerana sesungguhnya engkau telah menyakiti (mengganggu), dan telah datang lambat”

[Riwayat Ibnu Majah, no 1115; riwayat Nasa’i, no 1382; riwayat Ahmad, no 17036; riwayat Abu Daud, no 943, hadis Sahih]

Salam Ramadan 1440H

Assalammualaikum Dan Salam Ramadan.


"Tiada bulan seagung ini. Tiada bulan semulia ini. Tiada bulan seberkah ini.
Ramadan penuh berkah dan maghrifah. 
Marhaban ya ramadan.

Mohon ampun dan maaf lahir dan batin dari Amy dan keluarga.
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua"