Pertama kali dalam sejarah blog Amy n3 tak de gambar 😄.

Assalammualaikum ...
 

Dah lama bertahun tak buka blogger ni, tak update, tak ambik tahu tetiba hari ni terlintas nak buat n3, masuk-masuk aje terus rasa macam newbie tapi theme masih sama tak de yang baru pun. Berjam jugaklah tengok sana sini.

Masalah mula timbul bila nak insert image, dia suruh sign in google acc (pelik... kan kita memang dah sign in pun) lepas tu bila dah pilih gambar, tekan open tapi dekat add image tu satu gambar pun tak keluar.

Semangat yang bertahun baru nak datang tu dah hilang balik. 

Mungkin kena guna google crome kot tapi google crome Amy ni pun tak boleh buka .... mungkin kena pakai laptop lain. Adehhh ni kena tunggu Irfan balik lah jawab nya kalau nak cuba pakai laptop lain. 




Resepi Kek Kukus Buah Moist Paling Sedap Pernah Cuba

 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Dua kali raya PKP aku tak buat kek kukus buah, kali terakhir mungkin raya sebelum tu. Raya kali ni kita semua berpeluang raya bersama sanak saudara ... Alhamdulillah. 

Tahun ni aku buat kek kukus buah 13 bekas ... dah macam menjual pulak, heheh. Satu mak mertua punya, kak ipar, adik ipar, jiran kat kampung, nenek aku punya , ehhh ramai ler. Jiran aku kat sini dapat ler 2 rumah. 

Jiran 'selevel' semuanya Cina tapi bila raya diorang ke birthday ke dapat kopi lebih ke moon cake lebih ke.... kalau halal, sampai aje ke rumah aku.

Bila dah bahagi-bahagikan tinggallah sebekas kecik untuk rumah sendiri. Hari ni Amy buat lagi tapi masak 2 jam aje. Kek tetap moist tapi kalau kukus empat jam mungkin dia akan lebih stabil dan tak lembik.

Rasa.... Alhamdulillah, semua kata sedap. Resepi kek kukus buah ni tak manis sangat. Berbeza dengan resepi-resepi yang sebelum ni. Manis buah campuran lebih dari rasa manis kek tu sendiri. Pendek kata kalau nak manis lagi, gigit ler buah campur tu.... ok, dapat tak bayangkan kemanisannya?


Kek Kukus Buah

Kredit: Kak Azita Masam Manis

Bahan A

300g gula halus/kastor

50 ml air panas

250g salted butter (aku guna SCS)

500g buah campur

- aku tambah sikit dried cranberry


Bahan B - ayak sekali

350g Tepung Gandum

2 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 sudu kecil cream of tartar


Bahan C

1 sudu kecil esen Vanila

3 biji telor - dipukul manja, tak nak buih2


Masukkan gula ke dalam kuali dan panaskan. Api biar kecik aje. Biarkan dia mencair menjadi gula perang.

Aku ni jenis yang bukan penyabar, besarkan sikit api dan tunggu kat situ, agak-agak dah mula mencair terus perlahankan api ... ha cepat sikit.





Bila dah cair tu masukkan air panas dan kacau rata.
Hati-hati, gula ni panas, kalau boleh gunalah senduk yang panjang sikit pemenganganya tu.



Kemudian masukkan butter. Kalau nak cepat, potong kecik-kecik butter tu siang-siang. 




Kemudian masukkan pula buah kering. Sebatikan dan tunggu sehingga buih buih kecil atau letupan-letupan kecil. Tutup api.

Biar sehingga suam. Bulan puasa tu nak buat banyak jadi ada yang aku buat malam dan keesokkan paginya letak tepung.




Masukkan tepung, telor dan esen vanila. Kaub balik aje jangan terlebih kacau, sebati dan bolehlah dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai.

Kukus selama 4 jam. 


Aku guna bekas plastik aje, senang dah siap bertutup dan senang nak simpan. Bulan puasa tu mula mula aku kukus 3 jam lepas tu 2 jam kemudian asalkan masak aje. 12-13 bekas nak kukus 4 jam setiap kali kukus... emmmm banyak ler bil elektrik aku. 

Lagipun bukan nak simpan 3 - 4 bulan pun, tak sampai seminggu dah abis kena ngap.








Laundry Detergent Pods - Ehh Sayang Pulak Nak Guna

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera.

Sabun basuh baju aje pun tapi cantiknya sabun baju zaman sekarang ni 😍. Kat pasaraya tu harganya.... aku hanya mampu tengok ajelah. Kalau pakai bukan cukup satu ketul, kejap aje habis.

laundry detergent pods

Teringin punya pasal sanggup scroll satu satu kat shopee tu. Pernah beli yang jenis satu-satu tu (10sen sebiji) tapi banyak yang bocor lepas tu, bau pun tak berapa dan kena pakai banyak.


Aku beli Fruity-Grape/peach tapi yang dapatnya Sakura... emmm bolehlah.



laundry detergent pods

3 in 1 laundry pods (59 sen) - Sakura

Bila dah masuk dalam balang ehhh nampak cantik jugak, sayang pulak nak guna. Rasa nak simpan buat hiasan aje.

Laundry pods ni ok sikit lah dari yang aku beli jenis satu-satu tu. Kalau penuh mesin basuh tu kena guna 5-6 biji barulah nampak bersih dan ada bau. 







laundry area







 

Beli Keronsang Cantik Kat Shopee

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Tak ingat bila kali terakhir beli keronsang tapi yang pasti setiap kali beli keronsang mesti beli kat Jalan TAR. Dulu selalu sangat ke sana, kalau nak raya macam tak sah kalau tak ke sana.  


Keronsang cantik

Keronsang ni beli aje hilang beli aje kejap dah hilang. Tak ingat letak mana tau-tau nak pakai satu biji pun tak jumpa.

Sejak Covid ni pulak pergi mana-mana aje pakai tudung sarung, senang dan cepat tapi bila ada kenduri kahwin tak kan nak pakai tudung tu jugak kenalah pakai tudung lain. Masa tu barulah terkial kial mencari pin lah keronsang lah, satu pun aku tak jumpa... cisss.

Aku tak kuasa nak pergi Jalan TAR dengan keadaan sekarang ni + batuk aku yang tak baik-baik ni nanti semua orang pandang semacam pulak.


keronsang rama rama

Rainystars Korea Premium Kerongsang RM4.86 satu biji.

Shopping keronsang kat shopee ni jumpa cantik aje masuk cart dari atas sampai bawah semuanya kerosang. Dua tiga hari tak jugak check outnya. 
 'Window shopping' kat situ lagi lama dari aku 'berwindow shopping' kat Jln TAR tu. Rambang mata.


keronsang shopee

YYWholesale SA25 Brooch RM5.59 (30pcs)

Akhirnya aku beli keronsang Rama-rama tu 2 biji dan keronsang kecik-kecik tu 30 biji. Keronsang yang kecik tu sellernya bagi free satu keronsang besar. Cantik jugak tapi masa kemas-kemas keronsang ni tak jumpa pulak. Manalah aku letak.... 

Tengok ... belum apa-apa dah hilang satu. Sabar ajelah.







Fibre Cable rosak si Bulus punya angkara

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Lepas maghrib semalam tetiba tak ada line internet, kotak putih (lupa namanya) tu dah keluar lampu merah. Bila cek cable pulak ... emmm patut ler pun.

fibre cable

En Hubby call Time Internet, pok pek pok pek dekat 10 minit hari Isnin baru diorang boleh datang.

Dah pukul 11 lebih tadi diorang call kata boleh datang pukul 1, aku pun apa lagi kelang kabut kemas rumah 😅.

Aku tak tau kucing aku ni gigi dia gatal nak mengunyah ke apa. Sebelum ni empat wayer headset dah putus digigitnya. Kena aku beli yang lain, waktu PDPR tak dengar pulak cikgu cakap apa nanti.

Wayer robot vakuum aku tu dah banyak kena gigit, sekarang lepas pakai aje kena terus sorok wayer tu. 


Time internet


Nasib ler yang rosak tu kat cable yang lebih, kalau tak kenalah ganti cable baru. Kalau cable baru cajnya RM300, nangis nak membayarnya. 

Installer tu kata kes fibre cable kena gigit kucing macam aku ni selalu terjadi, bukan kucing aje arnab pun sama.

Jadi kucing aku yang gigit sana gigit sini ni bukan ler kes pelik. Kucing orang lain pun sama jugak. Dulu-dulu aku ingatkan tikus aje yang mengigit wayer. 

Masuk Asrama seminggu sahaja

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Sabtu minggu lepas kami memang bercadang nak ambik Irfan maklumlah baru first time masuk asrama, maknya risau anaknya tak gheti catu baju 😅


Hari Jumaat lepas koko dia dah excited nak balik. Kalau ikut buku panduan asrama tu Jumaat Sabtu Ahad sebelum pukul 11 malam boleh keluar tanpa tandatangan SRK tapi hari tu tak boleh pulak jadi kenalah tunggu hari Sabtu. Katanya dalam tu dah ada kes.


UITM Kampus Dengkil

Malam tu dah pukul 10 lebih rasanya, pihak universiti beritahu mulai hari Sabtu boleh ODL kat rumah atau kat kampus.
Kebetulan giliran si Irfan hari Sabtu, mamanya pun apa lagi suruh anaknya kemas cepat-cepat, esoknya tu cepat-cepat pergi buat test RTK - masa kulu kilir tu jangan dekat-dekat dengan sesiapa pun, jangan pegang mana-mana. 

Hanya mak-mak spesis macam aku aje yang paham. Bapak dia hanya mampu tengok telatah mak dia ni. Kalau boleh saat tu juga aku nak pergi ambik dia 😂



kolej  tualang 3

 Nasib ler Kuala Lumpur -  Dengkil setengah jam sampai. Rupanya Irfan sorang aje yang balik, housemate yang lain ODL kat kampus aje.

Tak tahulah lepas ni kena masuk asrama balik ke tak. Barang-barang semua dah bawa balik dan kunci bilik pun dah pulang balik.

Seminggu aje duduk asrama, jadilah buat pengalam bagi budak yang tak pernah duduk asrama. Kes tengah banyak sekarang ni, dia ada kat depan mata tak delah risau hati aku.

Baklava Dari Istanbul

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..


Alhamdulillah Baklava yang aku beli awal Januari lalu selamat sampai tengah hari tadi. 


hafiz mustafa mix baklava

Teringin nak merasa yang Istanbul punya ... sama ke rasa macam yang dijual kat sini. Kalau dah teringin tu tak boleh buat apa. Asyik teringat ingat aje... heheh.

Baklava ni aku beli dari IG akudanistanbul. Masa beli tu dah tau dah sebulan lagi baru dapat, bagi aku oklah tu. Kalau nak tunggu aku sendiri masuk kedai Hafiz Mustafa kat Istanbul tu tak taulah bila.


hafiz mustafa - Istanbul

Punya excited masa buka tin tu tapi lepas tu....😮😱😩 

Abis penyek kuih aku.



Baklava Pistachio

Baklava Pistachio.

Tak sempat nak ambik gambar dalam kotak. Buka plastik rasa kotaknya melekit-lekit, terus ler aku cuci sikit. Tak tengok betul-betul kotaknya tu, bila perasan .....dah banjir daaaa.

Semuanya rasa sedap dan tak manis sangat. Yang bagusnya makan sikit lepas tu rasa cukup dah, kalau kuih keria banyak macam ni sekali anak-anak aku hadap ... dah abis 😁


Nitori, Lalaport - Jalan-Jalan Cari Penat

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera... 

Hari Isnin (31/1/22) yang lepas masa ramai yang balik kampung, aku ambik kesempatan pergi Nitori kat Lalaport.  Tak pernah rancang pun nak pergi ke sana, tempat tu dulu kan tapak .......


Lalaport

Kedai banyak lagi belum buka dan parking pun banyak kosong. Aku pergi berdua dengan En Hubby je, anak-anak tinggal. 


Nitori Malaysia

Ikea versi Jepun tapi alahaiiii kocik aje.

Nitori

Piring kocik ni RM12.90... tak sampai hati nak beli.


Nitori - Ikea Versi Jepun


Nitori Malaysia


Konit aje milk pitcher ni tapi harga amboiii. Ni kocik bona nak isi apo ni?




Nitori Malaysia

Perabot versi Jepun... semua versi kecik-kecik, sesuai ler dengan rumah kita yang kecik. Mengamit kenangan masa duduk kat Jepun dulu. Semua kecik-kecik.


Nitori Malaysia

Super Absorbent Sponge... harga pun boleh tahan, Span aje kot.


Nitori

Sekarang ni ramai yang minat spesis bakul ni, tapi harga kat sini aku tak pasti lebih mahal atau lebih kurang dengan Ikea atau Sportlight.

Nitori Malaysia

Bakul ni jumpa sebiji kat Mr DIY kat situ jugak RM39. Yang ini kiri kanan depan belakang ada lubang tempat nak pegang tu tapi yang kat Mr Diy tu aku tak pasti pulak.


Nitori Malaysia

Sebab utama pergi sini sebab si N Cool ni. Dari sejuk hingga super sejuk. Sesuai ler untuk bilik tidur yang tak ada air cond macam bilik aku.

Aku hanya mampu tengok dan sentuh aje spesis N Cool ni. Tak sampai hati nak beli. 

Tempat Sangkut - Sangkut

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Kat bawah cermin tu nak letak kabinet kecil untuk simpan mask dan hand sanitizer. Puas cari susah betul nak jumpa saiz yang sesuai. Sebelum ini aku ingat nak letak rak kat situ tapi mesti nampak semak juga nanti.


entryway - nippon paint

Nak kena imagine lebar kabinet atau rak ... Aku tak boleh. Jadi terpaksalah angkut kabinet kat tv letak kat situ kejap. Kabinet Besta tu 60cm X 64cm tak termasuk kaki. Lebar dinding tu 70cm jadi kenalah cari yang kurang dari tu.


living room

Nampak tak side table putih kecil sebelah kabinet tv tu? Side table tu sebelum ni kat tempat lain dan kabinet yang dekat pintu tu kat situ tempat asal dia.


Tempat sangkut

Hook yang ada tu aku letak kat belakang pintu. Tak kuasa nak tunggu en hubby drill ke dinding, aku guna patafix untuk lekatkan kat dinding. Tak kuat pun patafix tu, kejap dah jatuh. Kena guna gam kuat atau drill jugak ke dinding lah nampaknya. 

Pernah beli Gorilla tape, punyalah mahal harganya tapi disebabkan aku guna kat dinding bercat, dia tak lekat. Buat abis duit aku aje. 

entryway - mirror n cabinet
kabinet pinjam tu.

entryway - mirror

Boleh dah nampak kalau guna kabinet lebar 60cm. 40cm mesti tak cantik. Lepas ni kena fikir pulak kedalaman kabinet tu. Nak lebar 25cm ke 15cm ke atau 17cm.




Mengecat Pintu dan Dinding kat Entryway

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Bila mata dah tak boleh tahan automatik hati pun tak tenteram, jadi nak tak nak kena jugaklah tukar kaler pintu yang dah kepam tu. 


ici dulax water based (kayu dan logam)


Dulu aku pernah beli cat kayu untuk cat pintu bilik si Faris tapi baru cat rangka pintu aje baunya dah satu rumah. Satu minggu pun bau tak hilang lagi, dah lah anak-anak aku jenis tak boleh bau cat yang kuat ni nanti diorang demam.

Kali ni cari cat kayu besi water based. Cari kat kedai cat yang aku selalu pergi tu tak ada pulak jadi terpaksalah aku beli cat Ici Dulux Water Based Gloss (Besi dan Kayu) kat Shopee. Harga RM30 lebih untuk satu liter.

Aku ni jenis rajin sekerat ... pintu tu aku cat bahagian dalam aje, bahagian luar masih lagi kaler lama.

Sebenarnya aku tak tau nak cat kaler putih ke kaler hitam, dua -dua macam cantik. Tak pelah nanti beli cat hitam, aku cat luar pulak. Dapat 2 kaler satu pintu 

entryway -

Dari pintu dah melarat ke dinding pulak. Mula-mula cat putih biasa dulu. Macam biasa, kalau aku sibuk buat keje si bulus tu pun sibuk jugak, kat badan dia pun kena cat.... macam dia pulak yang buat keje.


mengecat dinding entryway

Aku turun dia pulak yang naik atas tu.

Cat putih tu kena 2 lapis baru dapat kaler putih cantik kemudian barulah cat dengan cat cantik pulak.

mengecat entryway


Ok siap dah projek mengecat ...

Aku guna baki cat yang ada masa aku cat bilik dan hallway dulu tu. Aku guna Nippon Paint Satin Glo Hush White. Sebenarnya kaler putih Hush White tu tak putih betul. Ruang kat hallway tu masih nampak suram, ikutkan hati aku nak tukar kaler putih yang lebih cerah tapi aku malas. 

Paling Pantas Sejak Aku Kenal Shopee

 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

'Dolu-dolu' setahun 3-4 kali aje aku beli barang online tapi sejak kena kurung tahun 2020 aku start beli barang kat shopee. Macam-macam pengalaman yang dapat dari beli barang online masa PKP tu. Ada seller yang pos barang cepat tapi proses penghantaran lambat. Ada seller lambat pos tapi sampai cepat.

 Aku beli buku UITM untuk si Irfan minggu pertama kelas tapi dapatnya minggu ke 3, pembelian ke 2 dari seller yang sama dah sampai dulu dari pembelian yang pertama ... 😞

Masa beli kali ke dua, aku siap tinggal pesan kat seller tu supaya jangan guna shipping company yang sama sebab pembelian yang pertama tu masih lagi tak sampai.


si bulus

Dalam Sejarah aku beli barang kat shopee, seller ni dia memang pantas dan barang yang dia pos pun sampai cepat. Ini dah kali ke 3 aku beli barang dengan dia. Biasanya aku beli sebelum tengah hari dan keesokkan harinya dah sampai.

Beli hari ini esok sampai

Si bulus ni, kita sibuk dia pun sibuk jugak.

Barang dibungkus dengan bubble wrap untuk lebih selamat dan mesti setiap kali beli mesti dapat free gift.


The Original Skin care

Ini ler barang yang aku beli tu. Aku guna free shipping voucher.



si bulus and laptop den

Ni camner aku nak guna laptop? punyalah besar meja ni kat situ jugak yang dia nak duduk.


Si bulus





Dinding, pintu dan Tempat Sangkut-Sangkut

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Sebelum ni aku ada share tempat sangkut-sangkut kat tepi pintu tu kan, tapi hari demi hari makin semak tempat tu kat mata mata aku. 

entryway tempat sangkut

Semak mata memandang... pintu tu pun dah kepam. Rasa nak tukar cat pintu pulak dah. Dari tempat sangkut-sangkut dah melarat ke pintu pulak dah.

Nippon paint straw stack
 
Masa mula-mula pindah tahun 2010 dulu dinding entryway dan dinding belakang tv kat living room tu aku cat 'kaler' yang sama tapi bila dah nak masuk tahun ke 12 ni rasa nak tukar kaler lain pulak.  Masa tu aku cat guna Nippon Paint Satin Glo Straw Stack. 


nippon paint satin glowv
Aku masih suka lagi kaler Straw Stack tu tapi kat entry kaler tu buat ruang nampak lebih kecil dan gelap. 

Nampak tak ... dah melarat ke dinding pulak dah 😂.