Sup simple...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni Amy masak sup simple aje... mula-mula ingat nak goreng aje sayur tu tapi tiba-tiba rasa macam jemu pulak.




Hari ni Amy rajin sikit tu yang nampak ada 2-3 jenis sayurnya... alamak carrot pulak tak nampak. Selalunya Amy guna brokoli aje. Kalau nenek Amy nampak ni mesti dia kata ni sup orang malas.

Memang tengah malas pun ... hehehe. Mananya tak senang sangat nak buatnya. Rebus daging yang dah dihiris nipis-nipis sampai empuk pastu masukkan sayur yang kita suka pastu masukkan garam. Mendidih sekejap pastu padamkan api.  Bila nak makan tabur sikit lada hitam.

Senang kan... main campak aje.









Guna patafix abis citer.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ni ramai sahabat FB yang up date mereka guna Patafix untuk aktiviti 'tampal menampal' kat rumah diorang. Minggu lepas masa gi JJ ternampak pulak Patafix ni kat bahagian alat tulis. Amy pun tak lepas peluang terus beli. 

Amy beli UHU Patafix untuk yang 3kg punya. Harganya amboiii... RM9 satu paket. Ada juga jenama Faber Castel Tack-It tapi yang tu untuk benda yang ringan shj. 

Rak Ikea tu dah sebulan lebih beli, lambat sangat nak tunggu drill Amy lekat aje rak tu guna Patafix. Abis citer. Amy lekat gam tu kat 6 bahagian takut jatuh punya pasal .... hehehe. Amy tak berani nak letak benda yang berat berat, Alhamdulillah dah 8 hari tak jatuh lagi.


Rasa macam merdeka pulak bila ada Patafix ni sebab tak payah drill atau paku.... frem gambar yang ada banyak kat rumah ni pun abis Amy patafixkan jugak.

Amy lekat gambar ni kat belakang. Dulu kat situ tak de tingkap.... melopong aje. Ruang tu Amy letak mesin basuh tapi utk keselamatan punya pasal kami buat tingkap 4 daun. Bila dah letak langsir tak nampak dah macam bahagian belakang rumah. 

Kalau pakai patafix ni senang nak buka balik, dinding kita pun tak rosak.









Cerita cover sofa lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lamanya tak update blok ni, nak buat camner ... terlebih vitamin M punya pasal. Minggu lepas Amy ke Nature Style kat Viva semata-mata nak tanya pasal nak tukar baju sofa putih tu. Dulu sofa tu Amy beli dari Nature Style jugak jadi Amy ingat mestilah dapat harga murah sikit tapi hampeh.


Amy tengok sofa yg sama spesis ngan sofa Amy tu dia dah kecik sikit saiz dia tapi harga dah lagi mahal. Masa Amy beli RM8++ tapi skang dah dekat RM15++. 

Sofa Amy tu kalau nak tukar kain RM1180 satu kalau PU Leather RM1050. Diorang tukar baju ngan kusyen nya sekali tinggal rangka aje pakai rangka lama. Transport kena hantar sendiri. Kalau macam tulah harganya baiklah beli sofa baru aje.


Tak lama lagi dah puasa... nak tak nak kena jugak cari baju baru utk sofa tu. Ada sahabat FB cadangkan HannyMadu Home Deco, lepas belek-belek FB dia Amy pun whatsapp... berhari-hari jugaklah berwhatsapp, apa-apa pun yang penting harga transpot. Alhamdulillah dapat harga transpot yang paling rendah untuk 2 trip (ambik dan hantar). HannyMadu ni ada banyak cawangan tapi Amy pergi yg paling dekat kat Melawati.



Punyalah lama nak pilih kain tapi kain baldu kaler putih yang Amy cari tu tak de. Akhirnya pilihlah kaler macam biege tu dan butang kaler hitam. Kakak tu bagi RM1550 untuk 2 sofa dan 2 trip transport.




Disebabkan mamanya lama sangat nak pilih kain, anak-anaknya pun masing-masing mulalah... Bila nak balik?, Bila nak gi makan dah lapar. Tak tenang nak buat pilih kain dibuatnya. 



Petang semalam kakak tu datang dengan pembantunya untuk ambil sofa dan kusyen, kebetulan lif rumah Amy satu yg berfungsi yang lagi satu dah seminggu lebih rosak.

Lebih teruk lagi masa keluar dari lif kat basement pintu nak keluar tak boleh buka, lif pulak dah 2-3 kali sampai GF dia naik atas balik... tak turun B, telifon Amy pulak tak de line. Mengelabah sekejap sebab terkurung kat situ. Nasib baik lif tu turun juga ke B, rupanya ramai orang pulak kat dalam tu. 

Yang buat Amy geram tu... dah nampak lif tu nak turun ke B tapi diorang yang nak naik ke tingkat lain tu boleh masuk pulak. Amy tak kira sapa suruh diorang masuk dulu. Kami masuk jugak dlm lif tu ngan sofa-sofa sekali kalau tak... sampai bila nak terkurung kat bawah tu.

Sampai GF Amy terus cari guard... rupanya dia pun tak tau pintu nak keluar lif kat basement tu tak boleh buka, dia unlock lif aje pintu dia tak cek. Nak tak nak kenalah dia bagi kitaorang bawa sofa tu keluar pintu GF. Kalau ikut peraturan shift in/out kena lalu B.

Bilalah lif yang satu lagi tu nak ok... lif yang tinggal satu ni pun selalu rosak, nasib baik dia rosak kejap aje.... 10-15 minit dah ok balik tapi merasa jugaklah Amy turun 15 tingkat semlm sebab tiba-tiba dia buat hal.



Wainscoting...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Skang ni Amy berkenan betul ngan wainscoting. Nampak cantik dan tak perlu nak tambah apa-apa hiasan lagi kat dinding tu.



Boleh tahan juga harga nak buat wainscoting ni kalau upah kontraktor, kalau tak de ribu riban tak sah.




Ingat nak buat sendiri ... tapi kalau tunggu En Hubby tu entah tahun bilalah dapat. 

Rumah Amy ni atas langit + kecik pulak tu manalah tempat nak buat keje2 potong memotong kayu tu. Lagi satu... kayu tu kalau tak potong siang-siang mesti tak muat nak masuk kete kan. 





Yang di tunggu dah sampai...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Salam Isra' & Mikraj.

Sofa yang Amy beli kat SSF 2 minggu yang lepas dah sampai.


Meja tu pinjam side table bilik Irfan kejap ... ada side table ok ke atau tak de lagi ok.

Letak dekat ngan pintu tempat untuk En Hubby pakai stoking hari-hari.



Buka pintu nampak dia... macam kesunyian aje.



Sofa putih Amy tu masih lagi belum gi hantar tukar baju. Masa homedex minggu lepas Amy tak tanya anggaran harga nak buat baju lagi, apa-apa hal tanya transport dulu.  Ada satu kedai tu nak transport utk 2 trip aje dah RM240. Itu ok lagi  ... Kedai yang kat Desa Pandan tu nak RM180 satu trip utk transport padahal Desa Pandan ngan Pudu Ulu ni dlm 4-5 km aje.