Selamat Hari Raya Semua...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap aje dah sampai penghujung ramadan, semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan ramadan tahun depan.

Ramai sahabat Amy yang dah start balik kampung. Amy pulak insyaallah akan balik ke Negeri Sembilan hari Sabtu ni. Pada yang akan memulakan perjalanan, Amy doakan semoga perjalanan kalian selamat pergi dan balik.


selamat hari raya


Amy ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang pernah singgah di sini dan juga kepada tuan punya blog yang pernah Amy singgahi dan meninggalkan komen yang terkasar bahasa menyinggung perasaan.

Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat kita semua.


Sampul Duit Raya...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah tahun ni dapat lagi sampul duit raya walaupun tak sebanyak tahun lepas. Jimat tak payah keluar duit lagi nak membelinya.

sampul duit raya

Amy dapat paling banyak dari JJ siap boleh bagi 3-4 bungkus lagi pada nenek. En Habib pun baik hati jugak susah payah kirimkan kita sampul duit raya setiap tahun walaupun kita beli kat kedai dia 5-6 tahun dulu pastu tak beli-beli dah. Pakson pun ada jugak memberi, herbalife, Mary Kay dan dari opis en hubby. 

Nampak aje banyak kan, nanti bila balik kampung dengan anak-anak buah, anak dan cucu jiran yang datang bertandang, anak-anak kawan .... kejap aje habis.

Hadiah Hari Bapa Dari KFC ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Semalam Amy tak de mood nak masak jadi ajaklah en hubby gi cari makanan. Nak pergi bazaar ramadan rasa macam tak tau dah nak beli apa lastnya ajak gi KFC pandulalu tu aje.


Masa nak ambik makanan tu tetiba datang sekumpulan staff KFC bagi hadiah semperna Hari Bapa siap ambik gambar lagi. 
Tengoklah tu orang lain yang dapat hadiah orang lain yang excited nak bergambar 😁

Magnet Pin ... Magpin

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekejap aje dah sampai penghujung ramadhan kan, nenek Amy pun  dah balik kampung malam tadi. Risau rumah sana belum berkemas, risau pokok bunga tak de yang siram, langsir belum diturunkan... macam-macam yang difikirkannya. Sunyi pulak bila dia dah balik.


magnet pin

Minggu lepas ternampak magnet pin kat IG teruslah berkenan. Lagi pun banyak tudung Amy bertanda disebabkan pin/keronsang. Tudung satin mesti ada tanda pin tudung bawal pulak ada sampai tertarik-tarik benang, geram betul.

Amy tak taulah harga magnet pin ni murah ke mahal sebab tak pernah beli lagi sebelum ni. Sepasang RM15 katanya dari Turki. Bila dah bayar tetiba nampak iklan Arzu kat FB jual magpin.

magnet pin

Ada yang 6 pasang RM69 lagi murah.... 😭. Adoiiii rugi betul rasanya.

Bila dah dapat magnet pin tu, Amy pun belek-beleklah. Pastu rasa macam pelik pulak sebab selalu kalau pakai keronsang pin kat belakang tapi magnet pin ni dia side by side. 

Sesapa yang beli tudung mahal-mahal tu kalau tak nak tudung ada kesan pin pakailah magnet pin ni, selamat tudung korang 😁.

Projek Sains Kelas Nasiim...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum cuti sekolah cikgu Sains Nasiim ada beri senarai barang yang perlu disediakan untuk projek Sains kelas jadi masa cuti tu dapatlah kumpul semua barang yang diperlukan. Bukan semua barang dari kedai yang sama.


 Sarung tangan plastik tu tak de saiz kecik pulak. Punyalah besar, Lebih besar dari tangan Amy. Dia nak bawa air dalam botol untuk siram biji benih tu nanti tapi Amy bagi dia botol spray supaya tak delah tumpah sana sini atau banjir pasu tu nanti.

Puas Amy demo kat dia macam mana nak buka plastik tanah dan masukkan dalam pasu tanpa tumpah tanah tu keluar. Tak taulah boleh ke tak dia buat dengan kemas. Risau pasal baju pun satu hal jugak, takut ada yang main tanah dan kesat kat baju sekolah pulak. 


Wadai Kiping Durian...

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Bulan ramadan tahun ni Amy masak yang simple-simple aje untuk berbuka puasa. Rasa tak de mood nak memasak, tu yang tak de post  resepi bulan ramadan... heheh.

resepi wadai kiping

Dah 3 minggu nenek Amy berada di sini jadi adalah yang menolong Amy di dapur.


wadai kiping durian

 Minggu lepas kebetulan ada lebihan pengat durian jadi nenek buatkan wadai kiping durian. Senang sangat nak membuatnya. Nenek Amy kata ni ala puteri mandi cuma kuah dia aje berbeza sikit.

Tepung pulut dan sedikit air sahaja. Kalau nak letak garam sikit pun boleh. Gentil-gentil pastu masukkan dalam air mendidih(sikit) bila dah timbul masuk aje terus dalam pengat durian. Dah siap. Senang kan.

wadai kiping durian

Bertambah-tambah si Irfan tu makan. Dia kata rasa macam kuih mochi.

Ramadan Dan Anak-Anak...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Sejak kebelakangan ni agak terabai blog Amy ni, lebih-lebih lagi bulan ramadan ni. Kalau tahun-tahun lepas ada aje yang nak di up datekan tahun emmmm. 

Sekarang ni pepagi mesti sakit kepala dan mata pun rasa macam nak tutup aje jadi lepas mengemas-gemas mesti nak kena lelap kejap.


Amy rasa macam tak de mood nak buat biskut raya tahun ni tapi buat jugaklah 2-3 jenis kotttttt.

Semalam buat biskut coklat chip, biskut yang mesti ada setiap tahun. Buat lebih sikit sebab nak bawak balik kampung sekali. Suruh anak-anak soleh ni tolong kejap aje siapnya lagi pun diorang seronok kalau suruh benda-benda macam ni (sebab selalu tak dapat).

Resepi ada di sini.

Amy rasa biskut tu macam tak sampai raya aje masing-masing balik terawih terus mengadap biskut tu. 



folio sains tingkatan 2

Folio Sains Irfan... Sc Form 2

folio sains tahun 5

Projek sains Faris Folionya entah manalah dia letakkan. Sains Tahun 5.



folio sains tahun 3

Folio Sains Nasiim... Sains Tahun 3.

Cuti sekolah ni anak-anak soleh ni semua ada folio yang hendak disiapkan. Irfan dah Faris dah boleh buat sendiri tapi si Nasiim tu kenalah mamanya yang tolong dia tinggal lekat gambar dan salin aje.

Alhamdulillah masing-masing masih penuh puasanya, nasib baik cuti sekolah. Minggu depan bila sekolah dah start + sek Kafa habis pukul 4:30 pm mulalah dugaan untuk mereka. 

Perkongsian Wanita ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Amy kongsikan di sini dari group telegram, jawapan dari Ustaz Mohd Zamri Abdul Halim tentang wanita, haid dan al quran.




Para Ulama berpendapat harus bagi perempuan dalam haid membawa, memegang dan membaca kitab al-Al-Quran bertafsir yang mana kandungan tafsirnya lebih banyak daripada ayat-ayat al-Al-Quran. Sekiranya kandungan tafsir dan kandungan ayat al-Quran adalah bersamaan dari sudut kuantitinya maka hukumnya adalah makruh dan sekiranya ayat al-Quran lebih banyak daripada tafsirannya, maka hukumnya menjadi haram kembali.

Para ulama membenarkan wanita yang berada di dalam keadaan haid dan nifas untuk membaca al-Quran di dalam hati tanpa menggerakkan lidahnya sehingga boleh menyebabkan keluar suara yang mampu didengari oleh dirinya sendiri. Tetapi jika dia mengerakkan lidahnya tanpa mengeluarkan suara dan hanya menyebutnya di dalam hati maka ianya dibenarkan.

Jumhur ulama mengharamkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran secara syafawi (lisan) dalam keadaan berhadas besar, iaitu menyebut ayat-ayat al-Quran dengan lidah. Jika hanya menunjukkan dengan isyarat atau alatan yang bersesuaian, ia dibenarkan. Walaupun begitu, terdapat keringanan dalam bab ini kerana terdapat perbezaan para ulama.

Diharamkan kepada orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya walaupun satu huruf atau kurang satu ayat sekalipun pada mazhab Syafi’e dengan niat membacanya. Sekiranya untuk tujuan doa, pujian, ucapan perasmian, memohon perlindungan daripada Allah atau zikir, maka hukumnya dibolehkan. Sekiranya dengan niat membaca ayat al-Al-Quran atau niat membaca al-Al-Quran beserta zikir, maka hukumnya adalah haram.

ezbuy - Bikin Rambang Mataku.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

 Sekarang ni semuanya dihujung jari, gedung membeli belah online dah semakin banyak. Tak payah keluar rumah pun boleh beli barang. Tunggu aje barang sampai depan pintu. 

ezbuy



Mesti ramai yang dah kenal dengan ezbuy ni kan terutamanya pembeli tegar online. ezbuy ni adalah satu tempat yang kita boleh beli barang secara online. Yang bestnya di exbuy ni selain barangan tempatan ia juga ada banyak barangan dari China, Taiwan dan USA. 

Harga yang ditawarkan memang mampu milik, kos penghantaran pun murah dan yang pastinya akan membuatkan kita rambang mata. Sekali Amy dah masuk situ memang berjamlah jawabnya nak pulak sekarang ada 65eday Global Super Sales.



65eday Global Super Sales.

Apa yang best tentang 65eday ni?
  • 65eday Global Super Sales adalah 'sale' besar-besaran barangan dari Malaysia, China, USA dan Taiwan oleh ezbuy Malaysia dan nikmatilah diskaun sehingga 90%.                   
  • Terdapat lebih daripada 20 juta produk 'on sale' termasuklah Fashion Specials, Lifestyle Essentials dan ezbuy's Best Seller.
  • Exclusive Flash Deals - rebutlah produk popular dengan diskaun hebat. Ia berubah setiap hari dari 31 May, 12 tengah hari sehingga 5 Jun 2017. 
  • Friends Deal, Share & Shop dengan yang tersayang dan nikmati harga borong lebih dari 300 barang bersama(update daily).
  • Deal of the Day Section - Tawaran hebat harian untuk semua orang. 
  • Antara jenama terkemuka dengan diskaun yang menarik ialah :
                - Sony           - Tefal          
                - Canon         - Casio         
                - Omron         - Samsung           
                - Viewsonic    - Pineng   
                - Sonicgear    - Kelloggs
                - Dettol           - Johnson Baby     
                - Brands         - Durex      
                - Scholl           - Avent  
                - Olivia Burton 
                - Daniel Wellington
                - Western Digital 

Ada lagi yang best...
- Perhantaran percuma tanpa pembelian minimum.
- Flash deal dengan tawaran masa terhad dan diskaun sehingga 90%.
- Ribuan baucer untuk direbuti.



Ada banyak yang Amy berkenan kat ezbuy ni terutamanya barangan kat kategori Home & Garden tu.


ezbuy malaysia

Bila buka aje bahagian tableware tu mulalah rambang mata... ada macam-macam 'design' sudu. Tinggal pilih aje dan sediakan duitnya.


ezbuy malaysia

Amy memang suka kumpul sudu. Tak tentu arah Amy dibuatnya. Kalau boleh semua nak beli.

Korang suka kumpul apa?


ezbuy malaysia

Small coffee spoon, ini satu lagi spesis sudu yang Amy berkenan. Ada 4 warna tapi Amy paling suka warna copper.


ezbuy malaysia

Senduk ni pun Amy suka jugak, dah bertahun-tahun guna senduk spesis yang sama aje rasa bosan pulak.


ezbuy malaysia

Kitchen storage rack holder ni pun Amy berkenan juga. Boleh letak periuk dan kalau di baringkan boleh letak dulang atau tudung periuk. Nampak kemas sikit kabinet dapur Amy tu.



ezbuy malaysia

Exclusive untuk semua...

 Download ezbuy APP dan 'scan' untuk dapatkan baucer percuma bernilai RM15 (QR Code disediakan).

Amy dah buat dah ... baucer pun dah dapat. Tak sabar nak guna.

Apa lagi jom lah kita gi serbu, manalah tau kot ada yang nak cari baju raya atau pekakas buat biskut raya yang berkenan di hati.