Karipap Rapuh Berinti Daging, Kentang dan Keledek.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam Amy berjaya membuat karipap buat kali pertamanya. Sebelum ni Amy tolong masukkan inti dlm karipap dan kepit dgn acuan karipap tu. Kali ni Amy buat dr A sehinggalah Z, tak sangka betul tapi macam biasalah klu kuih2 cam ni memang tangan Amy keras.



Amy nampak resepi ni kat Blog Kak Ita.. Gambar karipap bulat Kak Ita buat hati Amy meronta-ronta nak mencuba. Hajat di hati nak buat seperti kak Ita tapi puas Amy cuba tak jadi-jadi so buat ajelah bentu karipap yang biasa.

Ini first time Amy makan karipap rapuh. Selalu makan karipap yg tak rapuh dan tak garing tu. Karipap ni bila kunyah rasa penuh aje mulut, rasa letih mengunyah pun ada jugak. Tapi memang sedap. Tak rugi mencuba.


Resepi ini ni walaupun Kak Ita bagi yang dah diseparuhkan... (kalau tak silap Amy) tapi bila dah buat masih berbaki banyak lagi. Boleh buat 3-4 kali lagi rasanya.

Kak Ita guna keledek oren tapi kat kedai tu dia tulis keledek merah.  Amy tengok sama aje. Merah ke oren ke janji sama dgn yg dlm gambar Kak Ita tu hihihi.

Inti ni Amy buat satu hari awal. Amy guna daging hancur Jaya jusco tu walaupun banyak tp en hubby Amy kata tak rasa daging pun. Mungkin lain kali kena pakai daging cincang. 


Inti Karipap Daging, Kentang dan Keledek.
Resepi olahan oleh : Amy


4 biji kentang ~ kupas dan potong dadu
2 biji keledek oren yang sederhana besar ~ kupas dan potong dadu
1/2 cawan daging kisar
1 peket rempah kari BABAS yang peket kecil anggaran 3 sudu besar
1 tangkai daun kari
2 tangkai daun sup dan daun bawang ~ di hiris
2 1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa  



Bahan Kisar

3 sudu besar udang kering ~ rendam lembut 
1 labu bawang besar / 4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ~ di rendam lembut ( ini kalau nak rasa inti yang pedas )


Panaskan minyak dalam kuali
Campurkan bahan kisar bersama daun kari dan rempah kari hingga menjadi pes.
Kemudian tumis bersama minyak yang telah di panaskan hingga garing dan harum
Masukkan daging dan masak hingga daging empuk
Masukkan kentang , keledek dan air dan masak hingga kentang dan keledek empuk
Perasakan dengan garam dan gula
Masak hingga kering
Angkat dan toskan minyaknya







PASTRY KARIPAPResepi Olahan : Amy


500gm tepung gandum
170ml minyak jagung
250ml air sejuk dr peti ais
1 sudu the garam halus
1 biji limau kasturi


Masukkan tepung ke dalam mangkuk pengadun
Sementara itu kita panaskan minyak jagung hingga betul-betul panas.
Berhati-hati tuangkan minyak panas ke dalam adunan tepung.
Berhati-hati ya minyak masih panas, gunakan senduk kayu untuk kacau adunan rata-rata hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan sedikit garam
Kemudian tuangkan air sejuk dari peti ais, jangan tuang semua air tu ya, tuang sikit-sikit.
( sukatan air tidak di gunakan semuanya, ianya bergantung pada kesebatian doh, bila dah sebati tak perlu tambah air lagi )
Kacau adunan rata.
Perahkan jus limau kasturi dan uli adunan hingga lembut dan tidak melekat di tangan. Doh biar ia keras sedikit ya, sebab tu jumlah air tidak di masukkan semua.
Kemudian masukkan doh ke dalam bag plastik yang bersih dan tidak bocor
Bungkus kedap dan perap doh selama 15 minit, supaya doh berpeluh dan menjadi doh yang lembut dan elastik


Selepas 15 minit, keluarkan doh dari plastik dan bulat-bulatkan doh sebesar guli, anggaran berat setiap doh 25 gm
Masukkan semula doh dalam plastik dan perap lagi selama 15 minit
Setelah di perap bolehlah kita mulakan proses membuat karipap.
Canai doh, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Jika menggunakan mesen pengelek, setkan pada no 3 untuk ketebalan yang sempurna.
Terap doh dengan menggunakan alat penerap. Jika nak membuat karipap bentuk bulat kena terap dengan acuan bulat dan anda perlukan 2 keping untuk 1 karipap.
Letakkan inti, kemaskan tepinya dan klim kan tepinya kemas.
Susun di atas dulang yang telah di taburkan sedikit tepung. 
Jika menggunakan acuan karipap yang separa bulatan anda hanya perlu letakkan doh yang telah di canai pada acuan karipap, letakkan inti dan tutup acuan, maka terhasillah karipap separa bulatan.
Buat sehingga habis semua adunan doh
Kemudian bolehlah di goreng.



Amy tak sempat nak ambik gambar step by step utk kulit karipap ni. Jadi klik sini kalau nak tengok langkah-langkahnya dan cara nak buat karipap bulat tu sekali.

Kek Gula Hangus... Resepi terbaik.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Kek Gula Hangus membuatkan Amy terkenang kembali zaman dolu-dolu. Dulu Amy selalu jumpa kek ni, orang kampung Amy rajin membuat kek gula hangus, bila ada kenduri kendara selalu jumpa kek ni. Hari raya pun ada.

Amy suka kek gula hangus ni sebab ia kenyal dan ada lobang-lobang kat dlm dia. Biasalah budak-budak... masa tu semuanya pelik. 

Kek ni Amy makan berdua aje ngan husband, anak-anak tak berminat.


kek gula hangus

Skang kalau jumpa kek gula hangus mesti tak lepaskan peluang. Banyak dah resepi kek gula hangus dlm simpanan Amy tapi angin rajin belum datang lagi.

Ternampak pulak kek ni kat blog Kak Ita, gambar kek ni kat situ sangatlah mengoda.. walaupun angin rajin belum dtg kerana dah terliur punya pasal Amy buat juga.

Walaupun bahannya tak banyak.. tapi cerewet betul kek ni. Kena ikut betul-betul seperti dlm resepi. Kak Ita suruh pakai loyang 4 segi 7x7 tapi Amy tak de saiz tu jadi Amy pakai loyang bulat 8'. Oleh kerana Amy pakai loyang yg besar sikit, kek Amy rendah aje.

Alhamdulillah, kali pertama cuba resepi ni terus menjadi. Walaupun kek Amy tak de banyak lobang dan tak secantik kek kak Ita tapi rasa dan kekenyalannya... memang jadi. Yang bestnya bila bakar kek ni satu rumah berbau karamel. Amy buat mlm.. Amy biarkan kat atas kabinet dapur tu dr pukul 11 dan bakar pukul 6 pagi.


kek gula hangus



 Kek Gula Hangus



Resepi Oleh : Bonda Kak Nor
Rujukan : Kak Nor

Amy buat sama cam kak Ita... Kak Ita buat sukatan yang kak Nor dah kurangkan.
Di bawah ini di terangkan cara dan kaedah kak ita buat.


1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:

Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
Kak Ita suka cairkan gula dalam pan leper. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.

Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk.
Bila dah cair sejukkan. Kak Ita tunggu dia betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.

Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik

Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.

Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata.

Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga dibiarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)
Kemudian kacau rata perlahan aje
Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga

Tambahkan esen vanilla
Kemudian ayakkan tepung dan soda
Kacau rata perlahan

Akhir sekali tuangkan gula hangus
Dan kacau rata

Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
Ita letak atas meja aje... dan ita biarkan selama 5 jam

Bila dah 5 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama 45 minit
5 minit terakhir ita buka api atas dan bawah

45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.


pinjam gambar dr blog kak Azlitamasammanis.
Kak Ita kata kena buat camni tauuu.

Amy tak buat camtu sbb dah ayak dulu siang2. Pastu malas nak ayak lagi sekali terus masuk... pastu berketul-ketul. Lama pulak nak kacau bagi hilang ketul tu, last Amy guna tapis... ketul-ketul tu dah tak de tapi Amy takut betul kek ni tak jadi. Yelah dah tak ikut arahan betul2.




kek gula hangus

 Kek ni tak manis sangat... manis-manis buah gitu. Sapa yg suka manis .. pandai-pandailah nak tambah gula ke atau nak tabur gula ke. 

Tak rugi cuba resepi ni.. tak payah susah payah nak mencari kat kedai lagi. Tapi klu dah malas tu tangkap jugak yg kat kedai tu hehehe.

Biskut Chocolate Chip Lembut...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Balik dari Ikea terus sambung projek membiskut. Satu rumah bau biskut... rasa macam nak raya pulak  hehehe.

Sebenarnya petang Rabu Amy dah buat biskut ni tapi tak jadi biskut lagi.. mesti ada yang 'konfius'kan. Biskut ni ikut syaratnya nak kena 2 jam simpan dlm peti sejuk paling kurang pun 20-25 dlm freezer tu, kononnya nak letak 2 jam lah pastu angin malas pun sampai... hambik, keesokkan petang baru keluar.



Resepi ni Amy jumpa kat Pinterest, blog mana Amy dah lupa... sorry tuan punya resepi ye.


Sepatutnya buat dulu sebelum dimasuk peti sejuk tu tapi Amy buat kemudian.. sejuk2 tu. Klu buat awal2 senang, atur aje n bakar.



Start mencair dah..

Biskut Chocolate Chip lembut..
Nama biskut ni Amy yg letak sbb Amy lupa nak copy sekali nama biskut ni masa tu.


Author: Becky
Serves: ~24 cookies
INGREDIENTS
  • ¾ cup butter (1 ½ sticks), softened
  • ¾ cup brown sugar
  • ¼ cup granulated sugar
  • 1 egg
  • 2 tsp. vanilla extract
  • 2 tsp. cornstarch
  • 1 tsp. baking soda
  • ½ tsp. salt
  • 2 cups all-purpose flour
  • 1½ cups semi-sweet chocolate chips

INSTRUCTIONS
  1. In the bowl of a stand mixer fitted with a paddle attachment, cream butter and brown and granulated sugar together on medium speed, beating until light and fluffy about 3 minutes. Add in egg and vanilla and mix until incorporated on low speed. Turn mixer up to medium-high and mix for 1 minute.
  2. Scrape down the sides of the bowl if needed. Add the cornstarch, baking soda, and salt. Mix for 30 seconds then add the flour 1 cup at a time. Mix until fully incorporated.
  3. Add the chocolate chips and either beat for a few seconds on low speed or fold in by hand.
  4. Drop heaping tablespoons of the dough or roll into balls onto a lined baking sheet. Top with more chocolate chips if desired. Cover with plastic wrap and chill the dough for either 2 hours in the fridge or 20-25 minutes in the freezer.
  5. When ready to bake, preheat oven to 350 F. Spread cookie dough on 2 baking sheets lined with a silpat, or parchment paper, spaced 2 inches apart. Bake, reversing positions of cookie sheets halfway through, for 8-10 minutes until edges are just golden. Make sure not to over bake, the cookies will set up as they cool.
  6. Remove from oven, let cool on baking sheet for 5-10 minutes, and then transfer to wire rack to finish cooling. (Store in an airtight container.)



Ni gambar tu punya resepi tu... Amy punya biskut tak jadi cam ni pun bentuk dia. Amy tunggu sampai 'just golden' tapi mcm tak masak aje.


Ni gambar mula2 lepas bakar tu. Semua kata macam tak masak. 



Pastu Amy 'over cook' kan dia sampai jadi camni... barulah rasa mcm dah masak tp bila sejuk tgh2 tu rasa lembut pulak tak garing...

Agaknya sbb letak baking soda kot...

Sedap memang sedap tapi tak garing. Mungkin sebab tekak kami semua lebih suka biskut yang garing.




Ikea lagi..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahun Baru Cina dah 3 ari dah... baru hari ni nak citer. Kami ke Ikea lagi, pergi dlm pukul 10 selalunya awal lagi dah pergi. Ikea kena gi awal kalau tak susahnya nak dapat meja.


Ramai juga orang tapi orang cina kurang sangat. Lain dah ruang pameran Ikea tu, byk yg berubah.


Satu RM2.90

 Kat sini nak cari bateri pada mulanya tapi bila dah nampak harga lampu meja tu kurang banyak... en hubby belilah satu. 


Dulu dia belikan ayahnya lampu yang sama harganya RM149. 


Cawan ni harganya RM2.90 satu so ambik 4. Yang besar 2 tu harga RM9.++.


 Mangkuk n pinggan ni pun harga dia RM2.90 satu.

Dulu Amy selalu beli karipap kat Ikea tp kali ni Amy tak beli pulak. Karipap RM1 utk satu ketul. 

Cerita hujung minggu... cerita basi.

Assalammualaikum...

Hari Sabtu lepas Amy registerkan budak 3 orang tu kelas Tae Kwan Do kat sekolah. Kelas tu ada hari Selasa dan hari Sabtu. Diorang sekolah agama jadi pergi hari Sabtu.


Beli baju Nasiim dulu, abang dia stok tak sampai lagi.

Register seorang RM30 + yuran bulan ni RM30 lagi. Baju RM80 kalau dah 3 orang.... macam tak cukup aje duit dlm beg tu.


Ari Ahad pepagi lagi kami dah serang Pavilion, nak cari seluar utk Faris... diskaun punya asal. Pegi pagi jalan clear, parking pun kosong aje.

Balik singah makan cendol bawah pokok bertentangan dgn umah Amy. Dekat Taman Pudu Ulu... panas2 makan cendul bawah pokok, huh BEST.


Kami order Cendul Pulut Jagung, Cendol Pulut + Jagung + Kacang, Cendol kosong. Cendul dia Amy bagi 3 bintang... boleh lah skang nak jumpa yg betul sedap susah.

Kat belakang tu rumah kami...


 Tapi rojak dia sedap... Amy suka kuah dia.



Tayang gambar aje lah ye... Jemput tengok, nak jemput makan tak leh lah pulak hehehe.


Kami makan dulu....

Tengah makan cendul.. dpt whatsapp nak jadi agen, Alhamdulillah rezeki dr Allah. 

Amy perlukan Agen dan Stokis Herbal plus pad bagi negeri Sabah, Sarawak dan negara Brunei. Whatsapp 019-2253200. Kat tepi blog Amy ni ada no tipun agen Herbal plus, mana tau kot ada yg dekat.


Alhamdulillah, Herbal Plus pad sekang dah on air kat Selangor FM. Tak rugi sapa yang meniaga Herbal Plus, skang pun dah tak cukup tangan skang dah on air lagilah tak cukup tangan...