hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam hari Orientasi SMK Seri Bintang Utara dari pukul 7:30 pagi Amy dah ada kat sana sampai pukul 3 petang, punyalah letih.

Dengan perut yang berdendang sayang... tak sempat breakfast punya pasal, mendengar ucapan dan taklimat sampai pukul 12:30 tengah hari. Faris dan Nasiim pulak asyiklah mengajak balik.


Pukul 11:30 sampai pukul 1 ptg, Irfan ada test English. Pukul 2:30 ptg ambik buku test barulah boleh balik.

Masa Taklimat pagi semalam ... kami diberi pilihan sama ada nak ambik DLP atau Dwi Bahasa untuk mata pelajaran Math dan Sc. Faris yang nak masuk darjah 4 tu pun Amy kena pilih nak ambik DLP atau Dwi Bahasa. Kalau si Irfan tu oklah sbb dari darjah 1 lagi memang math n sc dia dalam BI tapi si Faris ni BM... poning kepala.


Habis taklimat untuk ibu bapa... kami gi makan kat kantin dan menyinggah kedai buku SK Seri Bintang Utara, gi beli buku Nasiim dan Faris. Masih ada buku yang tak sampai lagi... adeh, berapa kali nak mengulang daaaa.

Sekolah rendah dan Sekolah menengah tak jauh, sebelah bangunan aje tapi ada pagar yang jadi pemisah.


Ni ajelah gambar yang ada... lama punya pasal, habis bateri tipun Amy dikerjakan budak berdua ni main games. Gambar abang dia pun tak dapat nak ambik.


ENTRY MELEKAT SEHINGGA 31 DICEMBER 2015.
SILA SCROLL KE BAWAH

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... 9 Disember 2015 genaplah empat tahun usia blog Amy ni. Walaupun suam-suam kuku tapi teringin jugak nak buat GA .... hehehe. 

 Hari ini Amy lancarkan Amy Hilmirda Giveaway 2015. Amy harap ada yang sudi join. 




Syarat-syarat Penyertaan :-


1. Follow blog Amy .
2. Blogger yang menetap dan beralamat di Malaysia.
3. Buat Entry bertajuk " Amy Hilmirda Giveaway 2015"
4. Letak banner "Amy Hilmirda Giveaway 2015" dalam entry.
5. Tinggalkan URL entry kat ruangan komen.
6. Nak lagi senang copy aje entry ni... hehehe.

TARIKH TUTUP : 31 DICEMBER, 2015.


Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah oleh anak-anak Amy Irfan, Faris dan Nasiim.








Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam perjalanan dari hotel nak ke Serting, kami singgah Klebang sekejap. Dari Lebuh AMJ ke Klebang tak delah jauh sangat. 

14 tahun dulu... dekat setahun juga Amy tinggal kat klebang ni. Masa tu Amy kerja kat Petronas Penapisan Melaka. Punyalah jauh berulang alik. Balik kerja selalu singgah pantai Klebang makan burger sambil tengok orang menunggang kuda dan main layang-layang. Laut pulak dekat aje dengan jalan utama.

Minggu lepas... Amy dah tak kenal dah tempat tu. Laut dah kena tambak dan jauh dari jalan utama. Dari jauh nampak banyak bas... 

layang-layang

 Mula-mula tuju kedai layang-layang dulu. 

Ni lah first time beli layang-layang... main pun first time jugak hehehe.


tandas dalam bas
 Rupa-rupanya bas yang banyak2 yang Amy nampak tu dah berubah fungsi. Ada yang jadi tandas dan ada yang jadi kedai.

layang-layang

Amy ingatkan susah benarlah nak main layang-layang ni sebab masa Amy kecik-kecik dulu puas berlari keliling rumah pun layang-layang tak naik... buat penat aje.

layang-layang

Sapa kata mama tak gheti main layang-layang...

Tak payah susah-susah nak berlari... pegang dan lepas, layang-layang pun naik. 

layang-layang

Main layang-layang pukul 2 petang... 

layang-layang

Ayah naik kan Nasiim tinggal pegang aje. Silau punya pasal dia tak tengok pun layang-layang tu pergi mana. 




Panas... berbelang muka den. Faris dan Irfan yang beria main layang-layang kat belakang tu.



coconut shake

Lepas main semua mencari air...

Singgah kedai Coconut Shake Original membasahkan tekak.




 Bas Tai Lye yang dah jadi kedai makan...
Dulu Amy selalu naik bas ni bila nak balik Serting.

keropok lekor

Keropok lekor RM5 untuk 20 batang.

rojak, coconut shake

Rojak Petis... bagi Amy boleh lah telan.


coconut shake

Coconut Shake RM3. Air Kelapa RM2. Burger tak silap Amy RM3 . Lapar punya pasal ingatkan nak minum aje tapi dah makan tengah hari sekali. Semua sekali RM41. 

kenduri

Kat Serting kali ni Amy tak ada ambik gambar. Menu kenduri Mee Kari. Nasib baik adik ipar Amy pagi-pagi lagi dah menyerah diri kalau tak pengsan...


karipap

Tengah hari tu hujan lebat nasib baik kuah kari dah siap masak. Yang bagusnya rumah kampung ni... sambil masak pun boleh tengok pemandangan kat luar.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru hari ni dapat meng'up date' blog ni... dah dah abis cuti sekolah baru nak bercuti punya pasal hehehe. 


Minggu lepas Amy balik kampung.. kononnya 3 hari kat kampung Amy pastu balik Melaka kampung en Hubby tapi lain yang dirancang lain pulak yg jadinya. Dah sampai Serting, nenek Amy baru bagitau yg dia nak buat Yaasin hari Jumaat. Kebetulan pulak hari Khamis cuti Maulidur Rasul dan Jumaat cuti Krismas, kedai yang selalu nenek Amy order makanan cutilah pulak + rumah tak de sapa nak kemas = tukar plan balik Melaka satu mlm pastu balik Serting balik...

premier junior suite

Amy book hotel kat Melaka sebelum balik Serting... sebenarnya keluarga en Hubby dah rancang nak berkumpul kat Melaka. Kalau dah ramai-ramai tu manalah muat rumah jadi kami pun carilah hotel. Dah saat-saat akhir punya pasal manalah ada hotel kan nak pulak cuti sekolah sekarang ni.
Dapat Hatten Hotel .... yang tinggal Premier Junior Suite yang tinggal satu bilik. 2-3 tahun yang lepas Amy dapat Duluxe Suite dengan harga yang sama dengan Premier Junior Suite yang Amy book kali ni.

premier junior suite

 Check in kat tingkat 12 Premier Lounge, yang best kat sini ada free flow of coffee and tea. Kebetulan perut pun dah lapar... ada goreng keledek, karipap, fish fillet, muffin .... minum petang yang mengenyangkan.

premier junior suite

Junior kecik sikit dari Duluxe... Amy minta twin beds. Share satu katil 2 orang. 


premier junior suite

Toilet yang ada 2 pintu...



Complimentary Drink... 

premier junior suite



premier junior suite

Budak main pintu...

premier junior suite

Ada weighing scale ... penimbang yang menguruskan Amy 10 kg.

premier junior suite

Pemandangan dari bilik...

premier junior suite

Complimentary fruit...

Dah siap-siap nak keluar tiba-tiba ada orang tekan loceng... rupanya dia hantar buah. Pelik jugak mula-mula tapi bila diorang kata comlimentary barulah berani nak ambik. Manalah tau kot salah bilik kan... 

premier junior suite


Masa check in dapat kupon welcome drink at Alto Sky Lounge tingkat 22. Amy ingatkan kupon breakfast bila belek-belek balik baru perasan kami ada setengah jam aje lagi untuk kupon tu. Dapatlah Fruit punch drink untuk 2 orang... jadilah.

premier junior suite

Kimchi an Seaweed popcorn.

Banyak tempat yang menarik dekat-dekat ngan Hatten ni tapi kami malas nak berjalan kaki sudahnya kami ke Mahkota Parade aje. 


premier junior suite

Bilik 1970.. 

Rancangan bercuti kat Melaka semuanya dibatalkan. Saudara mara pun tak sempat nak jumpa ... 

premier junior suite

 Check out kat Premier lounge kejap aje tapi punyalah ramai orang yang menunggu nak turun. Lif ada 10 tapi Amy kena tunggu dekat setengah jam baru dapat lif.

Dah sampai Serting, kawan Amy whatsapp katanya dia pun check in dan check out Hatten Hotel sama dengan kami. Kami tingkat 19 dia tingkat 18. Kami breakfast kat tingkat 22 dia kat tingkat 11. Kami singgah Klebang, dia lalu aje. 

Dah 15 tahun kami tak jumpa, walaupun dah duduk tingkat atas bawah ..... mungkin lain kali, in shaa allah. 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni Amy nak share tentang eczema dan anak-anak Amy. Nampak macam tak de apa-apa tapi kalau diperhatikan betul-betul mereka berdua ni asyik mengaru-garu aje tak de keje lain.


Irfan berumur 8 tahun kat kepala dia keluar bisul-bisul kecil, bukan 1-2 tapi banyak mcm bertompok tompok. Setompok tu banyak bisul-bisul kecil ada ada 1-2 bisul yang besar pastu kat tempat lain ada lagi setompok. Amy terpaksa gunting rambut dia sependek pendeknya tapi tak lah sampai botak... hehehe.

Dia dah tak boleh tidur dalam buaian sebab sakit. Berdarah. Siang malam menanggis. Tangan asyik nak menggaru kepala. 
Masa tu En Hubby masih kerja kapal dan Amy tinggal bersama keluarga mertua. Bila Irfan menangis bukan Amy aje yang tak tidur malam, atuk dan nenek dia pun tak boleh tidur... susah hati punya pasal. Kami memang tak tau tentang eczema ni. Jumpa pakar kulit berkali-kali... bilnya pun bukan murah tapi tak jugak sembuh.

Tak berapa jelas,  kemerah-merah kat kepala... bisul nak keluar.


Tak boleh makan ayam... tak makan pun gatal jugak. Tak boleh pakai losyen,sabun dan syampu baby biasa... kena pakai yang luar biasa punya.



Pantang dengar orang boleh mengubat... tak kira jauh dekat kami pergi. Sama jugak. Ada yang kena bawa telor, ada yang kena sapu kelapa ngan gula merah kat kepala dan ada jugak yang kena sembur.... macam-macam.

Alhamdulillah bila dia masuk sekolah tadika umur 4 tahun semua bisul tu hilang sendiri. Cuma sekarang tak boleh panas sikit mulalah dia menggaru kepala dan leher. Sabun basuh baju tu pun tak boleh terlebih sikit.... clorox jarang sekali.

Irfan dan Faris...



Masa Faris berumur 2 tahun Amy masih tak tau lagi tentang aczema... bawah tempurung betul Amy ni kan. Yang kami tahu Irfan... doktor kata alergik. Si Faris pulak dia tak ada keluar kat kepala tapi dia gatal-gatal kat pelipat tangan dan kaki (belakang lutut). 

Masa bawa Nasiim jumpa Paediatric ... tak sampai sebulan umur Nasiim masa tu Amy pun tanya tentang Faris sekali. Barulah tau tentang eczema dan yang Irfan kena tu pun eczema jugak. Doktor  kata kalau ada yang mengidap Asma dalam keluarga...  kemungkinan nak kena Eczema memang ada. Doktor bagi Ezerra dan bungkus tempat yang gatal tu.

Nasiim dan Faris..


Sekarang Faris dah 9 tahun... 22 Januari tahun depan dia dah 10 tahun. Gatal-gatal kat tangan dah hilang tapi kat kaki dah melarat sehingga ke punggung. 

Sama jugak macam si Irfan... tak boleh pakai sabun biasa. Losyen Ezerra tu pun dah tak berkesan dah. Puas dah melarang tapi dia tak boleh tahan nak menggaru jugak. Kulit kat kaki tu memang dah tak cantik dah... tak tau nak gambarkan, yang pernah mengalaminya aje yang tahu.


Bukan sebarang losyen boleh sapu sebab takut ada steroid. Amy dah tak tau nak sapu apa lagi kat situ. Ada yang kata sapu olive oil dan ada jugak kata tak boleh. Pernah sapu Alor Vera gel... lagi bertambah gatal pulak. Sabun Marine Essence pun dah cuba juga  tapi gatal tetap gatal. 

Ada blog yang Amy baca dia bawa anak dia gi Ampang Putri dan HKL tapi Amy tak pasti detailnya. Dulu selalu budak-budak ni jumpa Dr Kumari dan Dr Cristopher tapi tak tergerak pulak nak merawat eczema ni. Lepas ni harus ke sana ... En Hubby kata claim tahun ni untuk medical tak pakai lagi so kena pakaikan sebelum tutup buku... hehehe.


Ada juga terbaca tentang shaklee.... ada testimoni eczema sembuh.  Nak kena study jugak ni... macam nak ambik peksa aje pulak bunyinya kan. 






Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Dah dekat 2 minggu lif rosak... tinggal 1 aje yang boleh berfungsi. Kalau dah terlepas sabar ajelah nak menunggunya. Kena tunggu dia turun pastu naik sampai atas dan turun balik... punyalah lama nak kena tunggu. Nak turun naik tangga.... 15 tingkat . Pengsan.



2 hari berturut-turut gi sekolah menengah. Hari pertama kedai buku aje buka, koperasi dah buka tapi tak menjual lagi. Hari Kedua pergi koperasi pulak untuk beli baju dan seluar PJ, samping, tie, lencana dan macam-macam lagi.

Kedai buku  sekolah rendah pulak masa Amy datang masih banyak buku yang tak ada. Nak kena datang lagi...malasnya lah hai.



Yang Amy tak puas hati tu kena beli sock sekolah pulak. Amy dah beli sock 4 pasang sebelum tu kat JJ, adehhh. 


Hari-hari nak fikir nak masak apa... 

Sudahnya potong-potong daging burger letak kat dlm roti oblong tu. Tak taulah nak bagi nama apa... kalau letak sosej jadilah hotdog yang ni entahlah. Sayur pulak bukan diorang makan... membazir aje kalau letak sayur. Letak aje timun jepun tu.




Pavlova pulak kena buat 2 biji... itu pun tak cukup.




Si Nasiim tu request nak kek oren... dah seminggu dah. Entah bilalah oven tu berasap lagi. 

Hari ni nak kena gi Koperasi sekolah menenggah lagi... nak tukar seluar PJ. Masa ukur kat sana ok aje tapi bila dah sarung kat rumah nampak tergantung pulak.



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Cuti sekolah tinggal 2 minggu lagi, Amy masih tak bawa anak-anak  berjalan lagi. Maklumlah masing-masing baru baik dari berkhatan hehehe.

Ramai sahabat blogger yang dah bawa anak-anak gi tengok citer Good Dinosour ni kata citer ni ok. 



Petang Sabtu kononya nak bawa anak-anak gi taman kat Tasik Permaisuri tapi hujan punya pasal kenalah patah balik. Bila dah sampai rumah teringat pulak kat wayang ada movie Good Dinosour Amy pun apa lagi... cek lah kat showtime dia online. 

Nasib baik One Sharmelin tu dekat aje dengan rumah, tak sampai 5 minit drive. Kalau jalan kaki mau 20 minit... berpoloh kotiak hahaha.



Lepas sembahyang Magrib kami terus gi One Sharmelin. Movie tu pukul 8:45 mlm kalau lambat kang dapat seat yang tak best pulak.

Bila dah beli tiket... kena tunggu kejap sbb tak leh nak masuk lagi.

Anak-anak Amy biasalah kalau yg dah dekat ngan rumah ni... diorang lebih suka pakai baju "duduk rumah"  dan berselipar jepun. 



Orang yang pertama masuk... golap lagi dalam tu. Sempat jugaklah si Faris dan Nasiim main turun naik tangga. 
 Sepatutnya start pukul 8:45 pm tapi pukul 9 pm pun tak start lagi citernya.



Ok lah citer Good Dinasour tu... anak-anak Amy suka tapi yang tak bestnya tu dlm citer tu manusia mcm ****** pulak. Boleh menyalak pulak tu.  Tak puas hati betul, tak de idea lain ke?

Sebelum citer Arlo n Spot ada citer lain pulak dulu. Citer seorang budak India yang tengah tengok tv kena panggil ngan ayah dia utk sembahyang (kot)... Sampaikan Amy ingat kami beli salah tiket atau pun dah termasuk salah hall.









Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Akhirnya... jumpa jugak dimana silapnya sehingga Amy tak leh nak tinggal komen kat blog orang lain.

Tadaaaa.... dah berjaya tinggalkan komen. Rasa nak senyum sampai telinga aje.



Semuanya sebab tangan Amy jugak yang gatal... memandai mandai gi tukar kat setting safari tu. Sebelum ni Amy pilih "Allow from websites i visit" Pasal tu lah jadi hura hara tu ... hehehe.



Tukar balik setting tu kepada "Always allow" barulah setel segala masalah.

Untuk yang ruangan komen ada "i'm not robot" macam kat bawah ni... 


Kalau tak nak keluar robot... tuan tanahnya kenalah tukar kat settings dari full page ke embedded




Barulah robot tu tak de... 

Masalah dah setel... hati dah senang hehehe...
malam nanti Amy sambung BW ye.