Image Slider

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama sebenarnya gambar ni terperap dalam telifon tu. Nak tunggu langsir siap punya pasal, bubur dah kena makan tinggal gambar aje.

Bubur lambuk ni Amy buat minggu lepas atas permintaan en hubby yang bengkak gusi, sakit nak mengunyah. Resepi kjee ni dah lama Amy simpan tapi nak buatnya asyiklah bertangguh-tangguh. 

Alhamdulillah ... en hubby kata sedap tak tawar tak masin, Amy tak letak garam pun. Terima kasih kjee.

resepi bubur lambuk kampung baru


Bahan-bahan :

Secawan beras
Daging ikut suka banyak mana - Amy guna 5-6 ketul tulang lembu.
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kayu manis & bunga lawang
Telor masin
½ cawan pati santan
Garam dan aji (kalau perlu) - Amy tak guna aji.
minyak bijan - Amy tak letak.


CARA: 

- Cuci beras - kemudian jerang atas dapur. bubuhlah air banyak2.  

- Kemudian daging dipotong kecik-kecik dan dimasukkan bersama beras tadi. 

- Campakkan sedikit kayu manis dan bunga lawang.

- Masaklah sampai beras betul2 hancur. kalau tak cukup hancur, tambah air lagi sampai bubur jadi halus. 

- Bila beras dah cantik hancur, masukkan sedikit santan. susah nak agak banyak mana. Kalau satu cawan beras tu yang dah jadi bubur nasi, masukkan setengah cawan santan pekat. masak lagi sampai mendidih. 

- Bubur ni tak usahlah buat pekat atau cair sangat. kalau rasa pekat sangat bubuh air lagi dan masak. begitu juga kalau cair, masaklah bagi dia pekat sikit.

- Apabila bubur sudah mendidih, pecahkan telor masin ke dalam bubur perlahan-lahan. 

- Satu cawan beras tu, bubuhlah dalam empat biji telor asin. 

- Masak dengan api pelahan kerana kuning telor masin lambat sikit masaknye. Kacau perlahan-lahan, takut telor kuning pecah. Guna senduk dan angkat telor masin  untuk pastikan ia sudah masak. 

- Kalau perlu letak garam, letakklah sikit.

- Tumis halia yg telah diracik halus bersama bawang merah dan bawang putih dalam minyak yg sikit. Garing jer, tuangkan keatas bubur dalam periuk. 


- Hidangkan dalam mangkuk, bubuh kuning telor masin satu dan taburkan daun sop, daun bawang atau bawang goreng. Jngan lupa titiskan sikit minyak bijan. ini penting nak bagi aroma yang power.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Lega bila kain langsir yang Amy beli tu dah siap jahit. Hari-hari mengadap langsir, dah tak larat nak tengok lagi dah...sampaikan tidur malam pun mimpi langsir jugak 😭. 

Sekarang ni nak rehat dulu, bagi hilang rasa muak tu dulu baru nak mencari kain langsir yang nipis tu pulak untuk 'day curtain'. Lepas-lepas tu barulah cari lagi untuk tingkap-tingkap yang lain.

kain langsir

Langsir tak abis jahit lagi mentol pulak meletop, nasib baik tak kena muka Amy masa tu. Mesti mesin ni nak bagitau dia pun dah bosan asyik kena menjahit aje kot.

Kain Langsir

Mentol aje yang meletop tapi mesin tak boleh berfungsi lagi. Terpaksalah tunggu en hubby balik keje. Rupa-rupanya suiz kat main suiz tu yang 'tendang'. Cis, buat 'suspen' aje.


kain langsir

Part yang paling Amy tak suka... kena gunting bagi lurus. Kadang-kadang yang kita rasa dah lurus tu pun tak lurus jugak. Lantaklah kau langsir tak de sapa nak cek ko lurus ke tak. Benang pun Amy bantai aje guna benang yang ada, benang kaler lain, kain kaler lain.

kain langsir

Satu lagi yang Amy lupa nak beli ialah besi pencucuk langsir ni. Langsir-langsir yang Amy jahit sbelum ni tak guna besi pencucuk tu, semuanya main masuk aje kat rod langsir ... tu pasal lah tak terfikir masa beli tu.

Banyak betul belanja untuk langsir ni kan. Tahun-tahun yang sudah  beli langsir untuk 1-2 tingkap aje jadi tak de lah terasa sangat. Tahun ni nak mencari langsir untuk 3+1 sliding door dan 12 tingkap...😭😭😭. 
Tu baru tingkap belum lagi pasang grill, kitchen cabinet. Kenalah buat sikit-sikit dulu gayanya. Ada kita buat tak de kita senyap-senyap aje.... kannnnnn.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak kebelakangan ni agak terabai blog Amy ni, selagi langsir-lamgsir tu tak siap selagi tulah tak boleh nak jengguk selalu blog ni.   Tugasan harian pun terkejar kejar inikan pulak nak menjahit. Satu hari dapat sekeping langsir pun dah syukur sangat.

kek kukus coklat

Hari Sabtu lepas, Along (kawan Amy) buat kenduri jadi dia minta tolong buatkan kek coklat. Dia sediakan bahan dan Amy tolong buatkan. Hari Khamis dia dah hantar barang jadi hari Jumaat pepegi lagi Amy dah bersilat kat dapur tu.

Amy buatkan 2 jenis, satu yang ada topping meleleh dan satu lagi yang biasa.  

Rebate Voucher AEON

Hari Sabtu pagi selepas hantar anak-anak ke kelas Tae Kwan Do, Amy dan en hubby ke Jaya Jusco Maluri untuk ambil rebate vaucher. Alhamdulillah dapat RM30. 

Point ada RM280 tapi tu Amy simpan dulu. Tahun lepas tak ambik. Hujung tahun ni baru nak ambil, boleh buat tambah-tambah beli baju dan kasut sekolah. 


Mehraj Pandan Jaya

Lepas kelas Tae Kwan Do menyinggah pulak ke Mehraj, Pandan Jaya mencari buku untuk anak-anak soleh Amy tu. Ada aje buku yang cikgu nak guna tapi bookshop sekolah masih tak ada stok. Dah 2 tahun macam tu... geram betul.

Novel

Amy suka beli buku kat Mehraj tu... harga murah sikit dari kedai buku yang lain. Tak silap Amy diskaun 10%... kalau tak silap lah. Dah lama tak beli buku jadi Amy pun tangkaplah satu. Kalau buku melayu, buku cintan cintun Amy dah tak berapa minat ... entahlah agaknya umur dah banyak kot penyebabnya. 

Buku tu masih belum terusik lagi ... entah bilalah nak baca tu. Tengok buku ingat langsir. 


Kain Langsir jakel

Dari Mehraj kami ke Jakel pulak. Entah macam mana masa beli langsir sebelum tu boleh pulak tertinggal satu tingkap. Tingkap tu pulak betul-betul sebelah sliding door kat ruang tamu. Kan ke pelik nanti satu bertutup labuh satu pulak tak de apa-apa. 

Nak tak nak terpaksalah en hubby bawa ke Jakel. Sampai sana kain yang sama dengan sliding door tu dah tak de terpaksa ambik yang sama kaler dengan tingkap yang lain. Sebelum ni Amy ada citer yang sliding door tu warna kain dia lain sikit sebab tak cukup kain. Jadi diorang keluarkan kain dari stor tapi kaler dia lain sikit. Kain yang tulah yang tak de lagi.

Harga kain tu RM26 lebih tapi dia nak bagi RM25. Amy tak puas hati. Teruslah Amy beritahu dia yang minggu lepas Amy beli RM22 memula macam keberatan tapi akhirnya dia bagi juga harga tu. 


Kain Langsir jakel

Tengah tunggu orang tu gunting langsir, Amy pun pergilah belek-belek kain yang lain. Tetiba terlintas pulak kat fikiran... "rumah nenek dah lama tak tukar langsir". Amy pun minta dengan en hubby belikan langsir untuk ruang tamu rumah nenek. 

Satu meter RM12.90 tapi dia nak bagi RM12 aje. En hubby kata kalau dia bagi RM10 kami ambik. Tak sangka dapat jadi kami ambil 10 meter.

Langsir jakel

Tetiba nampak pulak benda ni. Terus terfikir nanti kalau dah gantung langsir nak sangkut tali kat mana? tak teringat pulak sebelum ni. Tak banyak pilihan yang ada. Yang RM3- RM4 tak berapa cantik. En hubby kata ambik untuk ruang yang penting aje dulu yang lain kita cari yang lain. Tali pengikat langsir pun tak cari lagi. Nak buat sendir tak cukup kain. Nak beli paling murah rm10 tapi tak cantik. Emmm.


Sri Wangsa Nasi Beriani Batu Pahat

Balik dari kelas Tae Kwan Do lagi anak-anak soleh ni dah ajak pergi makan. Dah melompat sana sini memanglah lapar. Masa Kat Jakel tu mulut asyiklah "mama... lapar, bila kita nak pergi makan?". Mamanya pun tak sempat nak cuci mata tengok kain untuk baju. 

Si Faris pulak dari minggu lepas ajak makan nasi beriani. Nasiim kata nak lauk daging yang menyanyi dalam mulut tu. Menyanyi dalam mulut???? puas dia terangkan tapi mamanya masih tak paham last sekali iyakan ajelah.

Nasib baik kedai Sri Wangsa Beriani Batu Pahat ni dekat aje dengan Jakel tu. Sedap nasi beriani kat situ ... harga. Kalau makan seorang atau berdua ok lagi harganya tapi kalau berlima. Kalau nak di bandingkan dengan kedai nasi beriani lain yang pernah Amy pergi, kedai ni lebih sedap dan murah sikit.


Kenduri

Lepas makan kami balik rumah terus ... tak de menyinggah mana-mana lagi dah. Kenduri rumah Along tu lepas Asar tapi hujan lebat punya pasal pukul 6 lebih baru sampai rumah dia. Orang yang baca doa pun dah abis makan.


British Counsil

Hari Ahad lega sikit. Pagi Amy pergi pasar Pudu beli lauk untuk stok sebulan. Sayur dan buah aje tak beli. Petang pulak anak-anak soleh ni ada kelas kat British Counsil. 

Semalam dan hari ni sambung balik bersilat dengan kain langsir .... eh bila nak siap daaaa. Bosan asyik mengadap dia aje. 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah 2-3 hari terbiar blog ni rasa macam tak best pulak. Pagi ni sebelum bersilat di dapur, sebelum mengadap mesin jahit ... baik Amy mengadap blog ni dulu.

Faris dan Irfan

Tak de idea nak up date apa, tetiba teringat benda ni kat pintu bilik Faris tu. Nanti diorang dah besar bila terbaca blog Amy ni mesti diorang gelak.

Faris share bilik dengan Nasiim. Irfan bilik lain. Irfan selalu masuk bilik Faris dan suka usik barang-barang Faris... bukan dia ambik tapi saja nak menyakat.

Faris pun selalu masuk bilik Irfan, maklumlah Irfan dah sekolah menengah jadi ada barang-barang yang menarik perhatian si Faris tu. Nanti ada aje barang yang dia nak pinjam. Selalu kena marah dengan Irfan.

Bila dah gaduh inilah jadinya.... siap tampal kat pintu lagi. Bila Irfan nak tampal Faris kata Irfan nak tiru dia. Amy dan en hubby jadi tukang dengar ajelah.

Faris dan Irfan

Bercinta betul nak mengadap kain langsir tu. Hari Selasa siap sekeping langsir aje. Semalam hanya dapat gunting 4 keping aje tak sempat nak jahit. Bila semua dah balik jangan haraplah boleh mengadap kain langsir tu lagi.

Tak sempat lagi nak buat BW. Jangan marah jangan kecil hati ye.... 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Mengenangkan orang dari rumah seberang jalan boleh nampak sampai ke dapur dan orang sebelah yang rumahnya tinggi banyak tu boleh nampak apa yang ada dalam rumah Amy jadi terpaksa jugaklah mencari langsir.


Bayangkanlah dari pagi sampai petang kena pakai tudung (tutup aurat), kipas pulak tak de... nak sembahyang susah dan nak baring pun tak boleh. Rasa macam nak pengsan. 

Pagi semalam ajak en hubby pergi Jakel KL, punyalah ramai orang lama mencari parking. Amy sebenarnya tak suka kalau pergi mencari barang kalau ramai orang. Tak tenteram nak mencuci mata.

Beli langsir di Jakel


Semua kain yang cantik RM40 semeter keatas. Satu sliding door aje lebih kurang 10 meter, pengsan. Nasib baik ada kain yang RM10 - RM2+ semeter.

Target dari rumah nak beli langsir yang RM9.90 aje semeter tapi bila belek-belek balik kain tu rasa macam pakai setahun dah reput aje. Pernah terjadi MIL kononnya nak basuh langsir yang Amy beli tahun sebelum tu. Rumah mengadap matahari petang jadi langsir tu memang kena panas selalu, baru rendam belum basuh lagi... bila angkat aje dah rosak. Tak boleh pakai lagi.

Pekerja Jakel tu tunjukkan kain yang harganya sama tapi lebih baik dan jenis yang 'blind' tu (betul ke). Kain tu yang tergantung nampak sikit aje dalam gambar tu. Amy beli kaler purple gelap tu untuk tingkap kecik dalam bilik. Tak de kaler yang Amy berkenan pulak untuk sliding door dan tingkap kat bawah.



Beli langsir di Jakel

Semalam Amy tak beritahu pun budak bertiga tu yang kitaorang nak ke Jakel. Sampai aje sana terus bising. Tak puas hati kena pergi kedai kain. 

Kita sibuk memilih kain diorang sibuklah... "mama, bila nak balik"... "mama, dah laparlah". Penat mengadu, dia kacau dia pulak. Pastu mengadu balik... yang paling kelakar tu Nasiim mengadu yang bulu tangan dia dah panjang kena tarik dengan abang Faris.


Beli langsir di Jakel

Amy ni sebenarnya 'fail' tang nak gunting ni. Bukan setakat gunting aje, semua yang ada kaitan dengan garis lurus, Amy 'fail'. Amy minta pekerja Jakel tu potongkan siap-siap, nanti Amy tinggal jahit aje. Kalau setakat nak jahit tepi, nak sambung kain tu bolehlah, kalau nak macam-macam design, kirim salam lah... tak de bakat.

Beli langsir di Jakel

 Purple untuk bilik bawah... senang Amy nak solat nanti. Biru untuk sliding door ruang keluarga atas - naik aje tangga, orang sebelah dah boleh nampak jadi kena letak langsir. Coklat merah untuk sliding door bawah, pun supaya orang sebelah tak nampak. Yang merah tu pulak dah potong-potong tetiba tak cukup kain nasib baik ada yang kaler lebih kurang sama. Yang tu untuk sliding door depan dan tingkap depan.

Beli kain langsir untuk tingkap yang perlu aje dulu. 3 tingkap dan 3 sliding door. Rasa nak pengsan membayarnya. 


Beli langsir di Jakel

Nak bergambar pun sempat lagi mengusik.

Hari ni Amy tengok aje langsir dalam beg plastik tu. 'Bercinta' nak menjahit. 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni Amy kongsikan pula tentang glycemix Index. Selalu dengar  ulasan dari pakar nutrisi tentang kebaikan makanan mengandungi G.I (Glycemix Index) rendah, tapi apakah G.I ini dan apakah kebaikannya kepada kita?

tip kurus


G.I ialah ukuran bagi makanan yang mengandungi karbohidrat dan impaknya terhadap gula darah kita.

"Semakin rendah nilai G.I, maka semakin lambat makanan itu dicerna atau diserap. Ini kerana pemecahan dan pembebasan glukosa adalah secara berperingkat-peringkat"


tip kurus


G.I rendah adalah amat penting dan sangat membantu dalam program penurunan berat badan. Ini kerana serapan yang berperingkat tadi mampu membuatkan seseorang individu tadi lambat berasa lapar, sekaligus dapat mengawal selera makan.

Rujukan nilai Glycemic Index adalah 100, pengkelasannya begini:

1) G.I TINGGI ukuran indek melebihi 70
2) G.I SEDERHANA ukuran indek antara 55 - 70
3) G.I RENDAH ukuran indek bawah 55

tip kurus

Kandungan G.I bergantung kepada jenis kandungan kanji, lemak, protein, asid organik atau garam dalam sesebuah makanan.
Apa kebaikan jika kita mengambil makanan yang kandungan Glycemic Index nya rendah?

1) Perut akan tahan kenyang lebih lama
2) Dapat mengelakkan diri dari mengantuk. Ini kerana G.I rendah akan mengekalkan lebih lama tenaga pada tubuh.
3) Membantu menstabilkan paras gula dalam tubuh
4) Membantu mengurangkan kolesterol
5) Dapat mengurangkan berat badan secara konsisten.

Jom amalkan gaya hidup sihat aktif dan seimbang bermula hari ini juga sebagai langkah ikhtiar serta TANGGUNGJAWAB kita menjaga AMANAH tubuh badan kurniaan Allah ini.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa yang lahir tahun 50an,60an, 70andan 80an. Amy lahir tahun 80an ... ada geng Amy yang singgah kat sini?. Amy jumpa benda ni(tak tau nama) kat group whatsapp dan tepekkan kat sini. Mungkin ramai yang dah baca.

Benda ni buat Amy teringat balik zaman kanak-kanak Amy kat kampung. Jauh beza zaman tu dengan zaman anak kita sekarang.

zaman dahulu


1-   Kita yang lahir di tahun 50-60-70-80 an, adalah generasi yang layak disebut generasi paling beruntung. Kerana kitalah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu revolusi di abad ini, dengan keadaan usia prima. 

2-   Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menari di atas keyboard pula.  πŸ“ƒπŸ“„πŸ“πŸ’»πŸ’».

- Sempat jugaklah ada dan guna type writer walaupun masa tu dah pergi kelas komputer.

3-   Kitalah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. Sekaligus kita juga menikmati mudahnya memuat-turun lagu dari gadget. πŸ˜„  πŸ”Š  πŸ“». πŸ“Ό. πŸ“±

- Amy pernah buat benda ni. 

4-   Kitalah generasi semasa kanak2 bertubuh lebih sihat dari anak masa  kini kerana mandi sungai panjat pokok, melastik, guli, getah gerip, adalah permainan yang tiap hari akrab dengan kita. Sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah memainkan pelbagai game  di gadget . πŸƒπŸŽˆπŸŠπŸ’ƒπŸ“±πŸ’».

- Mak Amy terjerit-jerit panggil balik sebab dah magrib tak ingat nak balik rumah. 

5-   Kitalah generasi terakhir di masa remaja yang pernah mempunyai geng yang tanpa janji, tanpa telefon / sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sepuasnya... Kerana kita adalah generasi yang berjanji cukup  dengan hati. Kalau dulu kita harus bertemu untuk bergelak tawa bersama. Kini kitapun tetap bisa ber ''πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜›πŸ˜œ πŸ˜‚'' di grup Facebook/WhatsApp.

- Malam minggu tu Amy tak pernah buat.

6-   Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana. Juga naik motor menikmati segarnya tiupan angin di jalan tanpa helmet di kepala.πŸ˜€πŸ˜…πŸš΄.

- Bawa motor tak pakai helmet, tak de lesen. Selalu takut terserempak dengan polis, heheh.

7-   Kitalah generasi terakhir yg pernah menikmati tanpa perlu berpikir ada penculik yang membayangi kita. πŸ‘§ 🚢. πŸ‘¬. πŸƒ. πŸ’ƒ

- Sekarang ramai betul anak-anak yang hilang.

8-   Kitalah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang untuk pindah saluran sana sini.


9-   Kitalah generasi terakhir yang pernah begitu mengharapkan datangnya posmen menghantar surat, dari sahabat atau kekasih hati😍.πŸ“¬πŸ˜πŸ“©.πŸ˜˜πŸ’Œ

- Tak pernah tunggu posmen tapi mesti cek ada surat sampai ke tak hari tu.

10. Generasi yg bawa RM0.10 - RM0.50 ke sekolah tapi boleh  makan sampai kenyang kat kantin.

- Masa Amy darjah 6 bawa 50sen. Bila beli mee sup dalam mangkuk kaca tak dapat beli air.

Itulah kita....

Anda generasi itu? Kongsikan ini kepada yang lain. Biar yang belum tau menjadi tau. Biar yg pernah tau tetap ingat kalau mereka tau dan menikmati lagi indahnya masa lalu yang tidak semua generasi tau..
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kebelakangan ni bila buka youtube aje nampak iklan Tohaku Japan. Mula-mula skip aje iklan tu tapi ntah macam mana tetiba tergerak pulak nak tengok sampai habis. 

treasureland tohaku japan

Cantiknya pemandangan kat sana. Amy paling suka tengok winter punya pemandangan. 


Nak pergi entah bilalah kan, dapat tengok aje pun jadilah. 

treasureland tohaku japan

Cantiknyalah bila salji menutupi pokok-pokok ni.

treasureland tohaku japan

Amy print screen aje gambar-gambar ni. Kalau nak tengok boleh pergi https://tohoku-japan.jp/winter/.

treasureland tohaku japan

treasureland tohaku japan

treasureland tohaku japan

Semoga satu hari nanti tercapai hasrat Amy nak pergi sana. Kalau boleh nak pergi dengan keluarga tak delah asyik teringat-ingat dan risau anak-anak dan en hubby yang kena tinggal.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Post ini dedikasikan khas untuk semua Wanita Terbahagia (emosi) di Dunia. Amy kongsikan di sini dari group whatsapp. Amy copy aje, tak larat nak salin... heheh.

Why is it normal to gain weight during your menstrual period? Keyword dia, its WATER WEIGHT because of WATER RETENTION


ONLY WATER WEIGHT CAN CHANGE YOUR WEIGHT OVERNIGHT

ONLY WATER WEIGHT CAN CHANGE YOUR WEIGHT OVERNIGHT. 

Macam mana berlaku?
1. Estrogen 
2. Progesteron
3. Emotional craving
4. Eating craps
5. Less workout.

Semua di atas tu, akan menyebabkan water retention. Macam mana?

1. Sebelum period hormon estrogen akan meningkat. Jadi hormon ni akan bagi signal kat badan get ready to bleed, makanya badan akan retain water. Sebab tak nak kita dehydrates bila kita bleed nanti. 

2. Bila dah period, the water weight will be released slowly sebab kita bleed. However, the emotional roller coaster takes in. Haha the beauty of hormone. Jadinya kita start la makan macam-macam. Time ni la tetiba nak makan manis, nak makan masin, nak makan masam. Semuaaaa tu, leads to water retention (againn??😱)

3. Masa period jugak selalunya kita teringin nak makan junks and craps (senang citer). So kita pun dengan redhanya blame it on the hormone 😁 craps mean = overdose sugar, overdose sodium = water retention (never ending stories).

4. Bila dah hujung-hujung period plak, progesteron kicks in. Untuk prepare badan kot-kot nak pregnant. Progesteron jugak akan buat badan simpan air untuk persediaan pregnancy tu. So yes, again, water retention ( almost the end πŸ˜‚).

5. Masa period especially kalau yang heavy memang malas nak workout kan? Kalau tak heavy bleeding pun memang time period penyakit MALAS tu jadi 5x ganda. So, macam mana nak hilang water retention tu, tak berpeluh langsung? Gitu je la citernye. Haha 

So, should u feel sad? No.
Should you indulge? No. 
Should you eating craps? No. 
Should you just blame the hormone? No..or maybe Yes. 😁

You should be grateful if you gain weight during your menses because that means your body function well as they should. Bersyukur sebab sebagai wanita hanya kita je dapat pengalaman macam tu. And its normal. 

Oh btw, you can gain 500g to 5kg during your menses so dont be suprised 😱

Jika nak berat maintain ketika period, jaga selera makan dengan amalkan 'smart snacking' dan juga minum lebih banyak air masak. 

Untuk pastikan metabolisma kekal aktif, buat aktiviti 'low impact' seperti banyakkan berjalan, naik turun tangga, atau buat senaman yoga atau pilates.

Smart snacking maksud makan buah tinggi fiber.